Monday, September 28, 2009

PRODUK HERBA PALSU

Pengurus Besar AWM HPA, Encik Mohd Faisol bin Abd Rahman meluahkan kebimbangan dengan kebanjiran masuk produk-produk palsu daripada luar negara ke pasaran negara kita Malaysia.Ianya juga kata beliau sekiranya tidak dibendung oleh pihak yang bertanggungjawab dengan lebih serius turut akan mendatangkan kesan dalam usaha kita untuk melonjakkan herba tempatan khususnya di kalangan masyarkat kita dan dunia.


KERATAN AKHBAR METRO 28 SEPT.2009


JANGAN TERTIPU DENGAN UBAT KUAT YANG TERLALU
BANYAK DI PASARAN

Oleh:PJS Ust Mohd Zahir bin Ghazali

PRODUK COKLAT HPA TELAH BERADA DI PASARAN


Alhamdulillah..Syukur kerana produk coklat keluaran HPA yang ditunggu-tunggu sekian lama kini telah berada di pasaran.1-Radix Chocolate Hazel=RM7.00 (2 nm)1-Radix Chocolate Milk=RM7.00 (2 nm)1-Radix Chocolate Almond=RM7.00 (2 nm).
Semoga kejayaan ini akan membuka laluan kepada kejayaan-kejayaan yang lebih besar dalam usaha HPA untuk menghasilkan produk-produk alternatif untuk pilihan umat Islam dari masa ke semasa.



RADIX CHOCOLAT MILK DAN CHOCOLAT HAZEL, ANTARA PRODUK CHOCOLAT HPA YANG TELAH BERADA DI PASARAN.
PRODUK-PRODUK PEMBUNUH UMAT ISLAM TERLALU BANYAK DI PASARAN

KIT KAT DAN NESTLE ANTARA PRODUK YANG DIKAITKAN DENGAN PEMBANGUNAN EKONOMI YAHUDI MELALUI BANYAK RISALAH-RISALAH BOIKOT YAHUDI YANG DIEDARKAN.


UMAT ISLAM...MARILAH BERSAMA KAMI MENERAJU PERJUANGAN INI

KERANA...PERJUANGAN INI MEMERLUKAN SOKONGAN KITA BERSAMA

Menurut PJ Sdr Mohd Faizi bin Halim, beliau mengharapkan dengan produk choklat yang telah berada di pasaran ini akan penyelesaian masalah kepada para ibu bapa muslim yang berhadapan dengan naluri kanak-kanak yang sukar dipisahkan dengan makanan-makanan ringan.Beliau juga berharap produk keluaran HPA ini juga mampu memberikan kebaikan kepada kesihatan tidak seperti banyak produk-produk di pasaran yang memberikan kesan sampingan yang memudharatkan kanak-kanak pada masa akan datang terutamanya.

Oleh: PJS Ust Mohd Zahir bin Ghazali

Sunday, September 27, 2009

PROGRAM KEPIMPINAN KPU BERJAYA DIADAKAN

Lebih 100 pemimpin KPU di kalangan PJS,PJ dan pemimpin Gen 1 hingga Gen 6 telah ikut serta menjayakan program yang telah diadakan.Walaupun program diadakan pada hari bekerja dan persekolahan di mana ramai di kalangan pemimpin yang tidak dapat hadir dan berlaku banyak pertembungan dengan majlis jamuan aidil fitri yang dijalankan namun ianya tidak menghalang perjalanan program.Antara PJS yang turut serta menjayakan program adalah PJS Sdr Noorhyzad bin Kassim,PJS Sdr Abd Razak bin Hussain,PJS Sdr Abd Razak bin Md Arif,PJS Sdr Mohd Faizal bin Azmi, PJS Sdr Muhammad Bakar bin Awang,PJS Sdr Salehuddin bin Remly,PJS Sdr Shaari,PJS Sdr Sabri bin Jaafar, PJS Puan Jamaliah bt Omar,PJS Puan Asnah bt PK Mustaffa,PJS Puan Normah bt Zainol dan PJS Puan Noriah bt Hussain.

Antara pengisian program adalah ceramah oleh PJS En Azizan bin Ahmad yang menyampaikan pengisian berkaitan dengan "Pembinaan Jaringan Yang Berkesan". Seterusnya peserta berpeluang melakukan perbincangan di dalam bengkel kecil berkisar dengan perkembangan setiap peserta di dalam perniagaan HPA dan masalah-masalah yang dihadapi oleh para pemimpin. Para pemimpin dapat berkongsi pengalaman bersama PJS dan meluahkan masalah dan cabaran mereka yang tersendiri.

Manakala untuk sesi petang pula,majlis diisi dengan pembentangan Kertas Kerja MLM Syariah: Satu Kefahamana.Pembentangan disampaikan oleh tokoh yang tidak asing lagi Prof Madya Dr Ishak bin Sulaiman, Timbalan Pengarah Akademi Islam Universiti Malaya dan merupakan salah seorang ahli panel syariah HPA.Para peserta didedahkan dengan maklumat yang lebih mendalam tentang perbezaan MLMS berbanding sistem-sistem yang lain yang tidak dibenarkan dari sudut syarak.


Program diakhirkan dengan pembentangan dan ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan yang merupakan juga penceramah Islam yang dikenali ramai Dr Jamnur Azhar bin Mulkan.Dengan tajuk H1N1 ,Satu Kefahaman Dan Terapi Islam. Tajuk ini dibawakan khusus bagi memberikan pemahaman kepada pemimpin-pemimpin HPA berkaitan dengan penyakit H1N1 yang menjadi isu negara dan dunia pada hari ini.Sekurang-kurangnya para pemimpin didedahkan dengan pemahaman tentang penyakit tersebut dari sudut saintifik.Tahniah kepada semua pemimpin yang hadir.

Oleh-PJS Ust Mohd Zahir bin Ghazali

BENGKEL DIJALANKAN UNTUK BERSAMA BERMUHASABAH PENINGKATAN DIRI MASING-MASING DI DALAM PERNIAGAAN BERSAMA HPA.PJS CIKGU ZAINUDDIN SEDANG MEMBERIKAN SEMANGAT KEPADA PEMIMPIN-PEMIMPIN BARU KPU UNTUK MELANGKAH LEBIH JAUH.

PJS UST HELMI ABD KADIR, ANTARA PJS YANG TURUT SERTA MEMBANTU PROGRAM

PJS CIKGU ABD RAZAK BIN HUSSAIN MENGENDALIKAN BENGKEL KUMPULAN

PJS PUAN ASNAH BT PK MUSTAFFA BERSEMANGAT MENCURAHKAN ILMU KEPADA TEMAN-TEMAN SEPERJUANGAN


ANTARA BENGKEL YANG MELIBATKAN KEPIMPINAN MUSLIMAT KPU

Saturday, September 26, 2009

PBC EL ZAHRAA IN SG PETANI-16-17 HB OKTOBER 2009

PBC KPU akan diadakan untuk kali ke 2 di mana sebahagian peserta akan menginap di Hotel Kebanggan HPA, EL Zahraa Inn.PBC kali ini akan diadakan pada tarikh 16-17 hb Oktb. 2009. .Program akan berlangsung di Dewan Omar Mokhtar,RFC Lagenda Heights, Sg Petani. Untuk perhatian semua bakal peserta dan pemimpin yang berhasrat menghantar peserta,penginapan di Hotel El Zahraa Inn hanya akan disediakan untuk 50 orang peserta yang terawal mendaftar dan membuat bayaran tunai.Yuran peserta yang dikenakan pada kali ini adalah sebanyak RM160.00.Bayaran hendaklah diserahkan kepada PJS Ust Mohd Zahir bin Ghazali atau kepada kakitangan beliau di Stokis Daerah Lagenda Heights .Tel 04-4259003.




Editor 2 banterajuang

RADIX PIZZA HPA

SETELAH BEROPERASINYA RADIX BAKERY HPA DUA BULAN YANG LALU, KINI HPA SEDANG GIAT MENYIAPKAN SEBUAH LAGI CABANG PERNIAGAAN MELALUI HPA RADIX PIZZA. RADIX PIZZA HPA YANG JUGA TERLETAK DI LAGENDA HEIGHT SUNGAI PETANI, DIJANGKA AKAN MEMULAKAN OPERASINYA TIDAK BERAPA LAGI
OLEH:PJS UST MOHD ZAHIR GHAZALI

PRODUK-PRODUK TERKINI DI PASARAN

MEE KUNING KERING HPA TELAH BERADA DI PASARAN SEJAK SEBULAN LALU DAN MENDAPAT SAMBUTAN YANG CUKUP MENGGALAKKAN DARI UMAT ISLAM
Harga Pengedar-RM3.50 /Nilai Mata 0.5


SOSEJ KELUARAN BARU YANG LEBIH BERKUALITI DARI HPA

IKAN GELAMA MASAM HPA
Harga Pengedar RM 6.50/ Nilai Mata 1




Friday, September 25, 2009

TAKHZIAH BUAT KELUARGA PJS KAK BEDAH

24 hb SEPTEMBER 2009, HPA TELAH KEHILANGAN SEORANG PJS DAN PEMIMPIN LAMA YANG BEGITU SETIA MELALUI JATUH BANGUN PERJALANAN BERSAMA PERNIAGAAN HPA.PJS PUAN ZABEDAH BT ABDULLAH ATA LEBIH DIKENALI DENGAN PANGGILAN KAK BEDAH TELAH MENGHEMBUSKAN NAFAS TERAKHIR PADA WAKTU MAGHRIB PADA HARI KHAMIS.SEMOGA SEGALA KEBAIKAN DAN AMALAN BELIAU DITERIMA OLEH ALLAH SWT .
SAYA MASIH MENGINGATI KETIKA KAMI BERDEPAN DENGAN SAAT MENCEMASKAN DI DALAM PERNIAGAAN SATU KETIKA DAHLU.NEGERI PERAK BAGAIKAN DISERANG THUNAMI HEBAT YANG MENGHERET KELUAR SEBAHAGIAN BESAR PEMIMPIN SETIA HPA PADA KETIKA ITU.NAMUN TIDAK BAGI BELIAU, TETAP SETIA MEMPERTAHANKAN HPA WALAU SEBATANG KARA DAN BIARPUN SEMAKIN DI MAMAH USIA."SORRY..KAK BEDAH TAK AKAN BIARKAN MEREKA MERUNTUHKAN HPA.."ANTARA KATA-KATA BELIAU YANG MASIH DIINGATI. PERJUANGAN YANG BELIAU RENTASI BERSAMA HPA TANPA DIBATASKAN DENGAN TEMBOK USIA SEWAJARNYA MENJADI GEGARAN INSPIRASI DAN LEDAKAN MOTIVASI BUAT KITA. AL FATIHAH...
OLEH :PJS UST MOHD ZAHIR GHAZALI
PJS KAK BEDAH DALAM KENANGAN

INNALILLAH WAINNA ILAIHI RA JI UUN
KAMI PJS KPU MENGUCAPKAN TAKHZIAH BUAT KELUARGA PJS KAK BEDAH

Thursday, September 24, 2009

KURSUS PENGGUNAAN POWER POINT DI DALAM PEMBENTANGAN


Oleh:Editor 2 Bahtera Juang
Alhamdulillah..satu lagi Program Pembinaan Kepimpinan HPA telah berjaya dilaksanakan.Kali ini bukan kursus demo atau diagnos penyakit, tetapi program yang diadakan khusus kepada pemimpin-pemimpin untuk mendalami lebih lanjut bagaimana kaedah memaksimumkan manfaat dan kelebihan program Microsoft Power Point di dalam pembentangan dan ceramah.Program yang diadakan di Dewan Muhammad Mujahid, Stokis Daerah Ust Mohd Zahir di Lagenda Heights disampaikan sendiri oleh PJS Ust Mohd Zahir bin Ghazali.
Program yang hanya menerima 15 orang peserta tersebut bertujuan untuk membolehkan penumpuan diberikan kepada setiap peserta.Pemimpin-pemimpin yang hadir rata-ratanya di kalangan penceramah KPU yang telahpun mempunyai basic penggunaan power point di dalam ceramah-ceramah yang telah di sampaikan. Namun program tersebut menambahkan lagi maklumat dan skil baru untuk memastikan persembahan yang ditampilkan akan menjadi lebih ceria menguja para audien.
PJ PUAN AZALINA BT AZMI..TERKENAL SEBAGAI SALAH SEORANG PEMIMPIN YANG CUKUP MENCINTAI MAJLIS ILMU
PJS UST MOHD ZAHIR SEDANG MEMBERIKAN BIMBINGAN KEPADA PJS UST MUHAMMAD BAKAR BIN AWANG DAN PJS ABD RAZAK BIN MD ARIFF
PJS SDR ABD RAZAK BIN IBRAHIM, ANTARA PEMIMPIN YANG MENUNJUKKAN KESUNGGUHAN SEPANJANG PROGRAM

PJS UST MOHD ZAHIR SEDANG MENYAMPAIKAN CERAMAHNYA

SEBAHAGIAN PESERTA YANG HADIR

PEMIMPIN MUSLIMAT JUGA MENUNJUKKAN KOMITMEN DAN MINAT WALAUPUN ADA YANG NAMPAK SEOLAH HILANG PUNCA


Wednesday, September 23, 2009

BERITA TERDAHULU-DALAM KENANGAN-MAJLIS PERASMIAN PENGURUS STOKIS DAERAH LAGENDA HEIGHTS

ALHAMDULILLAH ..PADA MEI 2008, STOKIS DAERAH LAGENDA HEIGHTS TELAH DIRASMIKAN DENGAN BERLANGSUNGNYA MAJLIS JAMUAN YANG DIADAKAN SECARA SEDERHANA.MUDAH-MUDAHAN PEMBUKAAN STOKIS DAERAH INI AKAN MEMBERIKAN RUANG SEBAIK MUNGKIN KEPADA SEMUA PENGEDAR HPA UNTUK BERKONGSI MEMBINA PERNIAGAAN INI.

PENGUNJUNG DIALU -ALUKAN TANPA MENGIRA JARINGAN DAN UP LINE


TABLE TALK DISEDIAKAN BAGI PENGEDAR-PENGEDAR YANG BERHASRAT MEMBERIKAN TAKLIMAT ATAU PENERANGAN KEPADA PROSPEK


HADIRIN HADIRAT MENJAMU SELERA DAN PJS PUAN SYARIFAH DAN SUAMI ,PJS EN AHMAD SUBRI ANTARA PEMIMPIN YANG HADIR

WAJAH STOKIS DAERAH DARIPADA DEPAN



Monday, September 21, 2009

SALAM HARI LEBARAN

BINGKASAN INDAH RAMADHAN
Kami Mengucapkan Terima Kasih Kepada Semua Atas Kiriman SMS
Semoga Ramadhanmu sempurna..Hakikatnya seharum cendana..Iktiqadnya seagong singgahsana..Makrifatnya seagong kencana..Lebaranmu amat bermakna..Dilindungi ikhlas..Dilindungi ihsan ...Dipayungi keinsafan...Salam Syawal,Salam Suci Di Aidil Fitri.
Dpd-FIT3_hpa88 & Keluarga(Jeniang)
______________________________________________________
Setiap cita-cita yang besar perlukan thabat untuk mencapainya.Tiada cita-cita lebih tinggi dari syurga.Tamrin Ramdhan telah dilalui untuk menghimpun bekalanMarilah kita meneruskan dakwah dan jihad kita sebaik-baiknya sehingga bertemu Allah.Taqabbalallahu minna minkum wa taqabbal ya Karim...
Dpd-PJS Desmiyati Zubir(Langkawi) dan keluarga
______________________________________________________
Selamat Hari Raya Aidilm Fitri Dari Saya sekeluarga
Dpd-PJ Shikh Mohd Nor
Andai Perjuangan Ini Mudah..Pasti Ramai Menyertainya..Andai Perjuangan Ini Singkat..Pasti Ramai Yang Istiqamah, Andai Perjuangan Ini Menjanjikan Kesenangan Dunia...Pasti Ramai Tertarik Padanya,Tapi hakikat perjuangan bukan begitu, turun naiknya..sakit pedihnya..umpama kemanisan yang tak terhingga.Andai rebah, bangkitlah semula..Andai terluka ,ingatlah janjiNya.. Kerana apa perjuangan itu pahit?Kerana syurga itu manis.Selamat berjuanga meneruskan agama yang suci ini...Salam Idul fitri Wa Kullu Am Wa antum Bikhair dan salam perjuangan .
Dpd-Ust Abd Somad bin Ayob dan Keluarga-AGM HPA
___________________________________________________
Pertemuan yang pertama kali membawa ukhuwwah yang sejati...
Ya Allah..Insan ini temanku..Mesra kami penawar duka...Silaturrahim kami ukhuwwah Fillah...Bermusuh kami Na u zubillah...Berpisah kami, mati InsyaAllah...Rahmati kami meniti usia...Terpisah kami di bumi nyata...Temukan kami di taman syurga...Selamat Menyambut Aidil Fitri..
Dpd Ust Md Khairul Anwar Md Yusof &Rofidah Soleh Dan Keluarga
____________________________________________________
PeJaM CeLiK pEjAm CeLiK dAh 30 HaRi KiTa PoSa.MaKiN dIpEjAm CeLiK mAkIn BaNyAk SaLaH dAn DoSa..SeMeNtArA mAsIh CeLiK bAnYaK-BaNyAkLa BuAt PaHaLa SeBeLuM pEjAm TaK CeLiK-cElik. MaAf JiKa tErSaLaH kAtA...SELAMAT AIDIL FITRI MAAF ZAHIR_
Dpd Adinda Mohd Zulhariz
_____________________________________________________
Kata Anas bin Malik..SEHARI TANPA DOSA..mati dalam iman..selamat melintasi sirat..melangkahkan kaki ke syurga..dan melihat Zat Allah adalah hari raya dan hari berjaya dalam hidup kita..semoga kita memperolehinya..Selamat Hari Raya Aidil Fitri..Maaf Zahir Batin..Maafkan salah silap sepanjang perjuangan dan jihad bersama.
Dpd Ust Ahmad bin Yahya
Ketua Dewan Pemuda PAS Neg Kedah
______________________________________________________
Tangan dihulur tak kesampaian..senyum diukir tak kelihatan..sms dikirim sebagai wakilan..di Aidil Fitri kita bermaafan.Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin
Dpd-Hj Suhaimi Saad dan Keluarga
______________________________________________________
('',).. Raya hri slmat tersenyum awak buat dg sy sekurg2nya tapi kamu kt ni msj hntr yg org ja marah nk rasa awk mgkin ni t'blik msj baca awk tak KELIRU( Cuba baca msj ni dar belakang ok)
Selesai sudah bulan tarbiah, diiringi bersama taubah dan rahmah..Mohon maaf dipinta di hari yang mulia..Kullu Am Wa Antum Bikhair
Dpd-Ust Abd Rafi Saidin dan keluarga
_______________________________________________________
Secebis kasih membuat kita sayang..Seucap janji membuat kita percaya..Sekecil luka membuat kita kecewa..tetapi sebuah persaudaraan selamanya bermakna..Semoga dipanjangkan umur dan dilimpahkan rezeki.Selamat Eid Fitri,Maaf Zahir Dan Batin
Dpd-PJS Cikgu Abd Razak bin Hussain
______________________________________________________
Ya Allah..DI penghujung Ramadhan ini..Eratkanlah hubungan dan kasih sayang kami..kasihanilah sahabatku ini..ampunkanlah segala dosanya..tewrimalah segala amalannya..hidup dan matinya sebagai hamba soleh..berikan kejayaan kepadanya di dalam perniagaan HPA..tabahkan hatinya..kentalkan semangatnya..kukuhkan penderiannya dalam menghadapi segala cabarandalam perniagaan dan perjuangan HPA ini..Salam aidil fitri maaf zahir bati
Dpd PJS Muzaffar Aliyasak
_______________________________________________________
Ya Allah..ketika muncul aidil fitri yang mulia..Engkau muliakan dan sayangi penerima ucapan ini..berkati keluarganya..sihatkan tubuh badannya..Limpahkan rezeki yang halal untuknya..Jauhkannya daripada fitnah,penganiayaan dan penghinaan,Suburkan benih keimanan dengan penuh rasa kasih sayang serta taqwa tanpa alasan.Maqbulkan doa serta cita-citanya yang murni..Amin.Salam Aidil Fitri Maaf Zahir Batin
Dpd PJS Ust Mohd Radhi Shuib/PJ Ust Yusof bin Ahmad(Jitra)
________________________________________________________
Barangan HPA pilihan hati..Produknya halal tiada kesangsian..Dengan ingatan salam aidilfitri..Salah dan silap harap maafkan..
Dpd-PJS Ust Sapuan Pamidi
________________________________________________________
RaYa mai Dah! Yg mana terlePAS cakap.yg x se DAP dngar & yang x berlaku ADIL,kita PAKAT2 minta maaf no kitakan 1 Malaysia.Selamat ari AYA
Dpd PJS Ismail Othman
________________________________________________________
Salam Lebaran dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri.Maaf Zahir Dan Batin. Ummah didahulukan..syariat diutamakan..,HPA dimajukan"Takbir...Dengan ingatan tulus ikhlas, salam aidil fitri.
Dpd -Ust Malik Mesir.
________________________________________________________
Eid` Al Mubarak, Kullu Am Antum Bikhair.Maaf Zahir Batin.Semoga ukhuwwah dan silaturrahim tetap terjalin
Dpd-Azizul dan Isteri,Kangar-www.al-hiralearning
____________________________________________________
Salam aidil fitri..semoga Allah SWT menerima segala amalan kita.
Dpd-Ikhwan Suria (Temerloh)
Eid Mubarak.Kullu Am Wa Antum Bikhair.Semoga dalam naungan Rahmat Ilahi. Salam Kemaafan dari Hj Zul dan Family(En Zul Auto)
Selamat Hari Raya Aidil Fitri Dari Kami Untuk Ustaz Sekeluarga
Dpd-PJS Antie Noliah(Selayang)
_____________________________________________________
Ampun dan maaf andainya terkasar bahasa..Tersilap bicara..termarah yang tak kena..Tertanya tak tentu hala..Tersasul yang tak sengaja..Teerpukul; kat mana-mana..Terpekik di telinga..Tewrhantuk di kepala..Terpinjam harta benda..Termoody tak semena-mena..Terumpat bila-bila..Termacam-macam lagi yang kenba mengena.Selamnat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin
Dpd -PJX Hamiz sekeluarga(Bandar Putri Jaya)
______________________________________________________
Selamat Hari raya Aidil fitri..MAaf zahir dan batin..Kemaafan dipohon jika ada salah dan silap.
Dpd-Zuheiry sekeluarga
_______________________________________________________
Taqabbalallahu Minkum..Mudah-mudahan kami terbimbing untuk membela ummah-HPA Produk Halal Tanggung Jawab Bersama-
Dpd -PJ Shamsuddin bin Abu Syukur
_______________________________________________________
Ya Allah..di Syawal yg barkah ini, muliakan dan sayangi saudaraku ini..Bahagiakan keluarganya..Sihati tubuh badannya..Berkati rezekinya..Kuatkan imannya..Berikan kenikmatan ibadah kepadanya..Jauhkannya dari fitnah..Suburkan benihKEISLAMAN dan PERJUANGAN pada keturunannya dan masukkan dia dalam Syurga-MU tanpa hisab. AMIN YA ALLAH.Salam Aidil Fitri Maaf Zahir Batin.
Dpd-PJS Rosmandi sekeluarga
_______________________________________________________
Saya ,Sekeluarga mengucapkan Selamat Aidil Fitri kepada Ustaz..
Dpd-Ah Bon Cina mozek
_______________________________________________________
Salam Aid Fitri..mohon ampun maaf segala salah dan silap...kemaafan didahulukan..duit raya diutamakan...kueh raya? Pakat-pakat la makan..
Dpd-Hafizal
________________________________________________________
Salam Aidil Fitri kepada pelanggan yang dihormati..pastikan anda membuat basic inspection pada kenderaan anda 1-engin oil level 2-brake oil level 3-radiator water level. Semoga pemanduan anda selamat ke destinasi.Maaf zahir dan batin.
Dpd -Zaidi Inm auto centre(TOYOTA)
_______________________________________________________
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin
Dpd-Zamzuri dan family
_______________________________________________________
Pemergian Ramadhan ditangisi,Kehadiran Syawal dirai, moga amal ibadah kita diberkati,salam aidil fitri mohon kemaafan zahir dan batin.
Dpd Ust Fakhrurazi bin Yob
_______________________________________________________
Selamnat Hari Raya Aidil Fitri drpd Ketua & Exco-2 Dewan Pemuda PAS Neg Kedah, Semoga beroleh ketaqwaan.EID MUBARAK .KULLU AM WA ANTUM BIKHAIR-ALLAHU AKBAR 3 x

BERITA TERDAHULU-PROPIN

PROPIN KPU KALI KE 2 DALAM KENANGAN TARIKH OGOS 2008-TEMPAT BUKIT JAWI GOLF RESORT,SEBERANG PRAI SELATAN,PULAU PINANG

SESI PERBINCANGAN DI ANTARA PARA PESERTA

PARA PESERTA DI DEWAN MAKAN YANG CUKUP SELESA

ANTARA PEMIMPIN YANG BANYAK MEMBANTU MENJAYAKAN PROGRAM

PJS CIKGU MOHD NADZRI BIN AHMAD SEDANG MENYAMPAIKAN MOTIVASINYA YANG MEMBUATKAN PARA PESERTA SEGAR SEPANJANG MASA

AKTIVITI SUKAN ANTARA PESERTA

MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DENGAN GAYA TERSENDIRI



ANTARA KUMPULAN MUSLIMAT YANG TAMPIL DALAM SESI PEMBENTANGAN

PESERTA MUSLIMIN TAMPIL BAGAI SINGA DI MEDAN JUANG

SEBAHAGIAN DARI PARA PESERTA YANG MEMENUHI DEWAN PROGRAM

Sunday, September 20, 2009

GEN 6

Saturday, September 19, 2009

MARI KITA MENANGIS BERSAMA-RAMADHAN SEDANG MELAMBAI PILU



ASSALAMUALAIKUM W B T


Jarum masa yang berputar..bergerak dengan begitu pantas.Meninggalkan saat, minit dan detik-detik waktu yang begitu indah yang kita lalui sepanjang Ramadhan Al Mubarak.
10 Ramadhan yang pertama telah kita lalui..entah kita mendapat Rahmat Allah atau tidak.
10 Ramadhan yang kedua telah kita lintasi..entah kita mendapat maghfirah Allah atau tidak.
10 Ramadhan yang terakhir telah berlalu pergi..entah mampukah kita diselamatkan dari azab api neraka Allah SWT.
Entah apa yang kita perolehi sepanjang Ramadhan kali ini..
Membaca Al Quran ? Zikir Harian ? Solat Berjamaah ? Solat Sunat ? Bangun Sujud Di Awal Pagi Ketika Manusia DiUlit Mimpi?Bersedekah Dan Berinfaq? Memperbaharui Azam Dan Tekad ?
Ataupun..Ramadhan Dan Aidil Fitri Berlalu...
Saki baki kueh mueh masih memenuhi almari atau atas meja.
Pakaian baru semakin bertambah memenuhi almari dan ruang simpanan pakaian.
Cat rumah berubah, perabut makin bertambah.
Alangkah indah..hidup para sahabat
Insan-insan yang berjaya menjadikan Ramadhan mereka bulan Rahmat,Keampunan,Pembebasan Dari Azab Neraka,Bulan Al Quran,Bulan Jihad Dan Perjuangan.
Semoga kita terus bermuhasabah.
Ust Mohd Zahir bin Ghazali

Friday, September 18, 2009

PENGARAH URUSAN BERSAMA PJS KE TEMPAT BENCANA PALALINGAN, JAWA BARAT

PENGARAH URUSAN HPA BERSAMA PJS EN MOHD ASERI ,UST ABD SOMAD DAN PJS EN AZIZAN.


POSKO ATAU KHEMAH YANG MENJADI PUSAT GERAKAN BANTUAN HPA MENJADI TUMPUAN UMAT ISLAM DAN MANGSA GEMPA BUMI.

SEKOLAH YANG RANAP DI DALAM KEJADIAN

BENCANA TERNYATA TIADA ISTILAH PILIH KASIH
ANTARA RUMAH PENGINAPAN GOLONGAN ELIT YANG MASIH TERSELAMAT.
(NAMUN MENURUT PJS EN MOHD ASERI, INILAH SATU SATUNYA RUMAH YANG CANTIK DI KAWASAN INI)

Pada tanggal 12 hb Sept 2009 Pengarah Urusan HPA,Tuan Hj Ismail bin Hj Ahmad berlepas ke bumi seberang,Indonesia. Melalui khidmat penerbangan Air Asia,Pengarah Urusan bersama ahli rombongan telah berlepas daripada Lapangan Terbang Bayan Lepas Pulau Pinang terus menuju ke kotaraya Jakarta,Indonesia.Lebih kurang jam 1 tengahari waktu Malaysia,alhamdulillah semua rombongan selamat tiba di bumi Indonesia.Ekspidisi kali ini adalah melawat mangsa dan tempat tragedi gempa bumi yang menggemparkan sekali lagi dunia umat Islam.Dari Jakarta,Pengarah Urusan diiringi dengan presiden KPU ,PJS En Azizan bin Ahmad,PJS En Mohd Aseri bin Hanapiah,Pengurus HPA Antarabangsa Ust Abd Somad bin Ayob,putra Pengarah Urusan ,Sdr Amir Ramadhan bin Hj Ismail serta dua orang juru gambar telah melalui perjalanan hampir tujuh jam untuk sampai ke lokasi kejadian iaitu di Palalingan,Jawa Barat.
Dengan berbuka hanya dengan secawan air serta sebiji kurma di atas kenderaan semasa dalam perjalanan, langsung tidak menghalang ahli rombongan untuk sampai ke lokasi bencana.

Pada jam 9 mlm, Pengarah Urusan beserta ahli rombongan telah selamat tiba di Palalingan dengan disambut oleh ramai di kalangan PJS dan pemimpin-pemimpin dari Indonesia.Ahli rombongan juga terlebih dahulu mendengar taklimat yang disampaikan oleh salah seorang pjs setempat berkaitan dengan kejadian gempa bumi tersebut.Di kesempatan tersebut juga,Pengarah Urusan turut berkesempatan menyampaikan tazkirah perjuangan kepada pemimpin-pemimpin HPA Indonesia walaupun bukan di lokasi hotel atau resort yang menyelesakan tetapi di bawah khemah yang serba kekurangan.Ternyata,tazkirah yang disampaikan amat mencuit jiwa dan mengguris rasa para pemimpin tentang tanggungjawab besar usahawan muslim HPA di Indonesia khususnya.Pada malam tersebut juga,Pengarah Urusan bersama ahli rombongan serta pemimpin-pemimpin HPA Indonesia terus melakukan lawatan ke tempat-tempat kejadian.Di sana kesan kejadian gempa bumi masih dapat dilihat dengan jelas.

Daripada apa yang disampaikan oleh pemimpin-pemimpin HPA setempat, kawasan tersebut adalah kawasan yang paling hebat kerosakan dan kematian dalam kejadian baru-baru ini.Menurut PJS En Mohd Aseri, salah seorang pemimpin KPU yang turut serta,pengalaman musafir kali ini benar-benar menyentuh perasaan beliau.Bermula dengan terpaksa bermalam di khemah yang disebut di kalangan masyarakat tempatan Indonesia sebagai "posko", beliau juga amat terpegun dengan semangat dan pengorbanan yang ditunjukkan oleh PJS-PJS Indonesia.Mereka juga turut menjelajah sebahagian besar lokasi kejadian sehinggalah di puncak bukit yang memaksa mereka melalui perjalanan yang cukup sukar.

Boleh dikatakan 100% penduduk di situ adalah beragaman Islam yang mencari rezeki melalui sektor penternakan dan pertanian.Boleh dikatakan lebih kurang 80% penduduk di situ hidup di dalam zon kemiskinan.Kata PJS En Mohd Aseri,hati mana yang tidak pilu melihat masjid-masjid yang dibina hanya berdinding buluh atau ketulan batu bata kecil dan kemiskinan umat Islam yang begitu ketara.
HPA juga telah melaksanakan kewajipan ukhuwwah FILLAH dengan menyampaikan sumbangan melalui wakil HPA di Indonesia.Pihak HPA juga turut memulakan usaha pemantauan kerosakan masjid dan sekolah agama untuk proses pembangunan semula.Melihat kepada kesuburan bumi dan hasil tanaman yang hidup di kawasan tersebut menyebabkan Pengarah Urusan bertekad cuba menjalinkan kerjasama dgn pihak HPA Indon untuk projek jangka panjang agar dapat berusahama dengan petani-petani di sana membangunkan hasil bumi seterusnya meningkat taraf kehidupan umat Islam setempat.Pengeksploitasian hasil bumi dan lelehan keringat petani oleh golongan tertentu sebelum ini mungkin menyebabkan para petani muslim terpaksa hidup miskin di negara yang penuh kekayaan alam.
Pada 15 hb September 2009, alhamdulillah Pengarah Urusan bersama dengan ahli rombongan telah berjaya kembali tiba di bumi Malaysia dengan memikul rasa tanggungjawab yang masih belum selesai untuk di bawa melayari samudera tahun ini. Sekian.
Oleh :PJS Ust Mohd Zahir(pinjam cerita dpd PJS En Mohd Aseri)


Live Traffic Maps

NASYID fm

Blog ini adalah hak milik persendirian. Segala cerita adalah dari idea penulis sendiri serta maklumat-maklumat yang diperolehi.
ABRAUF NETWORK 2009

  ©Template Blogger Green by ABRAUF NETWORK.

ABRAUF