Monday, March 29, 2010

BERITA RINGKAS DARI FACEBOOK PENGARAH URUSAN

1. Semua produk dalam bentuk kordial, Radix Cookies dan RTD telah mula menggunakan gula perang bukan lagi gula putih. Ini bertujuan untuk menghasilkan produk kesihatan yang bermutu tinggi . Oleh itu terdapat sedikit perubahan harga dipasaran. Kopi radix juga akan menggunakan gula perang pada masa hadapan.

2. Kilang Filter air (Dew Water) di miliki 100% HPA telah mula operasi dan pengeluaran sedang ditingkatkan bagi mencukupi filter air halal dipasaran. Tidak menggunakan tulang haiwan tetapi menggunakan tempurung kelapa dan juga batu-batuan. Terima kasih pada yang sudah membeli. Bersabar kepada yang memesan kerana kilang kita baru sahaja beroperasi.

PROGRAM KEPIMPINAN KPU PERAK GEN 1-7


PJS Mohd Aseri bin Hanapiah sedang merangkan tentang Program Pengguna Setia Cemerlang (PSC) yang akan dijalankan tidak lama lagi.


PJS Cikgu Nazri bin Ahmad menyampaikan slot produk pilihan hpa.





Tuesday, March 23, 2010

ISLAM DI EROPAH

Perangkaan dan kajian menunjukkan beberapa negara kesatuan Eropah (EU) seperti Britain, Sepanyol dan belanda akan mempunyai kadar penduduk Muslim yang lebih tinggi dalam tempoh terdekat. Perangkaan 2008 menunjukkan lima peratus daripada keseluruhan jumlah penduduk di 27 negara Eropah terdiri di kalangan umat Islam.

Ini bukanlah suatu yang baru kerana Islam dan Eropah mempunyai sejarah yang tersendiri yang cukup lama sejak wujudnya era emas empayar Islam di Sepanyol selama lebih 700 tahun sebelum ditewaskan oleh raja Ferdinand dan Permaisuri Isabella. Akibatnya pada tahun 1609, orang Islam telah di bunuh dan dihalau dari benua berkenaan dan agama Islam dilarang pelaksanaannya sehinggalah Islam kembali diterima masyarakat moden Eropah hari ini.

Peranan, pengaruh dan sumbangan Islam kepada alam sejagat sangat besar sehingga ramai sejarawan dunia mengiktiraf sumbangan Islam kepada Timur dan Barat terutama dalam bidang intelektual, pembinaan, tamadun sains, kemajuan perubatan moden, perkembangan budaya dan falsafah, disiplin ilmu, pertanian dan sebagainya.

Orang Islam sepanyol mengarang salah satu daripa bab gemilang dalam sejarah intelek pada Zaman Pertengahan Eropah. Di antara pertengahan abad ke-8 dan permulaan abad ke-13, orang Arab ialah pemimpin utama dalam budaya dan peradaban di seluruh dunia. Kedua-dua bidang ini adalah perantara untuk memulih, menambah dan menyebar sains dan falsafah yang telah memunginkan pembaharuan di Eropah Barat.

Kajian mengenai Euro-Islam dalam jurnal Current History oleh William Finan, Ketika ini umat Islam di United Kingdom (UK) sahaja mempunyai lebih 1.8 juta penduduk Islam. Di Turki 72 juta umat Islam biarpun negara berkenaan belum diiktiraf sepenuhnya oleh negara Eropah lain.

Manakala pada tahun 2005 direkodkan Perancis mempunyai bilangan orang Islam paling ramai di Eropah iaitu kira-kira 5 juta, Jerman 3 juta, Itali 2 juta, Belanda 730,000, Austria 300,000, Belgium 290,000, Sweden 250,000 dan Sepanyol hanya tiggal 3 peratus sahaja iaitu sebanyak 350,000 umat Islam.

sumber dari harian metro 22 Mac 2010.

Saturday, March 20, 2010

BOIKOTTTTTT......

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) merasa amat bimbang apabila mendapati Syarikat Coca-Cola akan mendirikan kilang pembotolan minumannya di Negeri Sembilan, Malaysia. Ketika majlis pecah tanah yang diadakan pada 16 Mac 2010 di Bandar Enstek, Nilai, wakil syarikat menyatakan bahawa Coca-Cola akan menguasai pasaran minuman tempatan yang akan mensasarkan lebih daripada 60% penduduk iaitu mereka yang berusia di bawah 30 tahun.

Minuman Coca-Cola itu sendiri sebenarnya tidak elok, ia tidak lebih daripada karbonat, pewarna, asid, perisa, air yang dimaniskan yang berbahaya kepada kesihatan. Syarikat Coca-Cola juga tidak dapat lari daripada kontroversi kerana didakwa mencabuli hak asasi manusia dan alam sekitar di beberapa buah negara.

Tidak dapat dinafikan bahawa minuman ringan yang dipenuhi dengan gula seperti Coca-Cola mempunyai kesan negatif ke atas kesihatan. Malaysia merupakan negara ke-8 pengguna gula tertinggi di dunia dengan purata 26 sudu teh gula sehari diambil oleh setiap rakyat Malaysia.

Ujian oleh CAP mendapati minuman ringan di dalam tin mempunyai kandungan gula antara 4 – 8 sudu teh dan Coca-Cola mengandungi 7 sudu teh gula. Apabila Syarikat Coca-Cola merancang untuk mensasarkan belia Malaysia, kami bimbang akan implikasi kesihatan yang akan dibawa olehnya.

Gula bukanlah sebahagian daripada diet semula jadi kita, jadi walaupun satu tin minuman ringan diambil sehari, ia adalah tidak sihat dan tidak perlu sama sekali. Malah pada hakikatnya terdapat lebih daripada 60 penyakit yang telah dikaitkan dengan pengambilan gula dalam dokumen perubatan. Kerajaan Malaysia melalui kementeriannya menjalankan kempen untuk mengurangkan pengambilan gula. Adalah menjadi satu ironi untuk membenarkan pembinaan kilang Coca-Cola di Malaysia memandangkan ia jelas merendahkan usaha untuk mengurangkan pengambilan gula.

Kami amat bimbang bahawa lebih ramai orang yang akan dijangkiti dengan penyakit yang dikaitkan dengan gula dan obesiti dengan menjemput Syarikat Coca-Cola untuk membina kilang pembotolan di negara ini dan berdasarkan strategi pemasarannya. Adakah kerajaan melakukan penyelidikan yang sempurna sebelum meluluskan pelaburan ini, yang jelas diluluskan secara cepat sepertimana yang dilaporkan bahawa syarikat itu hanya mengambil masa empat bulan selepas perbincangan awal untuk menubuhkan kilang itu di sini.

Bagaimana dengan permintaan untuk air bagi kilang ini? Berapa banyakkah air yang akan digunakan oleh kilang ini dan dari mana sumber air ini akan diambil? Baru-baru ini terdapat laporan berhubung catuan air di Seremban akibat kemarau panjang dan kekurangan hujan di kawasan tadahan air. Kekurangan air ini akan kerap berlaku akibat kesan daripada perubahan iklim.

Selepas kilang Coca-Cola ini mula beroperasi, kami bimbang air yang amat diperlukan oleh orang ramai ini akan dialihkan kepada pihak industri. Perkara ini perlu diambil serius memandangkan Syarikat Coca-Cola mempunyai reputasi yang buruk dalam bentuk konflik dengan komuniti dalam perjuangan mereka untuk mendapatkan air. Jawapan kepada kekurangan air bukanlah dengan membina lebih banyak empangan kerana empangan boleh menyebabkan kesan negatif kepada alam sekitar.

Perjuangan untuk mempertahankan alam sekitar terhadap Coca-Cola di India seharusnya menjadi amaran kepada kita. Amalan Syarikat Coca-Cola di beberapa negeri di India telah mengakibatkan kesukaran kepada komuniti, ia termasuklah kekurangan air yang serius, pencemaran, masalah kesihatan, kelaparan dan kehilangan pendapatan daripada pertanian.

Rekod buruk Coca-Cola tidak terhad kepada India sahaja, ia juga berdepan dengan dakwaan pencabulan hak asasi manusia, pencabulan terhadap buruh dan pencabulan terhadap buruh kontrak di Colombia, Turki, Pakistan, China, Afrika Selatan, dan Guatemala.

Kami berpendapat pembinaan kilang Syarikat Coca-Cola ini akan menjejaskan komuniti, kesihatan awam dan alam sekitar. Sehubungan itu, CAP menuntut agar kerajaan Malaysia membatalkan rancangan untuk membina kilang Coca-Cola di negara ini.

SM Mohamed Idris,

BIAR BETULLLLL!!!

Cuba anda lihat betul-betul...Kepala apa tu di sebelah kanan. Lembu ka atau B@#$

Live Traffic Maps

NASYID fm

Blog ini adalah hak milik persendirian. Segala cerita adalah dari idea penulis sendiri serta maklumat-maklumat yang diperolehi.
ABRAUF NETWORK 2009

  ©Template Blogger Green by ABRAUF NETWORK.

ABRAUF