Monday, November 30, 2009

FUTSAL

Sesi latihan dan memanaskan badan sempena menanti hari kejohanan Futsal Zon Utara mendapat sambutan yang begitu baik di kalangan pasukan yang akan bertanding.Pada 30 hb November 2009 bertempat di Gelanggang Futsal Gemilang telah menghimpunkan 3 pasukan yang telah menurunkan hampir keseluruhan pemain yang bakal beraksi pada 6 hb Disember 2009 ini.Latihan yang bermula jam 8.30 hingga 11.30 mlm tersebut disertai oleh pasukan Sungai Petani (A), Sungai Petani (B) dan Parit Buntar.


Pengurus pasukan Sungai Petani (B) PJS Sdr Sabri Bin Jaafar(paling kanan) turut turun padang memberikan sokongan kepada anak-anak buah.

Saturday, November 28, 2009

PERTEMUAN SEMUA PEMIMPIN KPU KOMUNITI SG PETANI

ORGANISASI KOMUNITI KPU
SUNGAI PETANI/GUAR CHEMPEDAK


KEPADA SEMUA PJS KPU, DIMAKLUMKAN BAHAWA KOMUNITI SG PETANI AKAN MENGADAKAN HIMPUNAN SEMULA SEMUA PEMIMPIN KPU YANG PERNAH AKTIF DI ZON SUNGAI PETANI DAN GUAR CHEMPEDAK SEPERTI BERIKUT:


TARIKH: 1 HB DISEMBER 2009

MASA : 8.00 MALAM-11.00 MLM

TEMPAT :DEWAN OMAR MOKHTAR, RFC LAGENDA HEIGHTS

PENYERTAAN ADALAH PERCUMA


SEMUA PJS DIMINTA MEMAKLUMKAN KEPADA SEMUA AHLI-AHLI RANGKAIAN DI BAWAH ANDA YANG PERNAH MENGIKUTI PROGRAM KEPIMPINAN KPU GEN 1 HINGGA GEN 6.(TERMASUK MEREKA YANG SUDAH TIDAK AKTIF)

PIHAK KAMI AKAN MEMBERIKAN PELUANG SEMULA KEPADA SEMUA MEREKA YANG PERNAH TERLIBAT TERMASUK PEMIMPIN-PEMIMPIN YANG PERNAH DIGUGURKAN SEBELUM INI.


AGENDA

1-UCAPAN PENGARAH KOMUNITI SG PETANI/GUAR CHEMPEDAK

:OLEH PJS SDR NOOR HYZAD BIN KASSIM


2:UCAPAN SETIAUSAHA KOMUNITI SG PETANI/GUAR CHEMPEDAK

: OLEH PJS SDR MOHD ZAIDI BIN GHAZALI


3:TAKLIMAT PERKEMBANGAN TERKINI :

AKTIVITI KPU / PEMBENTUKAN KOMUNITI KPU/ PAKEJ YANG DITAWARKAN

KEPADA SEMUA PEMIMPIN/PERANCANGAN KELAS MINGGUAN KOMUNITI

:OLEH PENASIHAT KOMUNITI SG PETANI/GUAR CHEMPEDAK

PJS UST MOHD ZAHIR BIN GHAZALI


MANA-MANA PEMIMPIN GEN 1-GEN 6 YANG HADIR AKAN DISENARAIKAN SEBAGAI PEMIMPIN KOMUNITI SUNGAI PETANI/GUAR CHEMPEDAK MANAKALA MEREKA YANG TIDAK HADIR TANPA SEBAB DAN MAKLUMAN AKAN TERCICIR.

SELAMAT MENGERJAKAN IBADAH HAJI

KELAB PEMIMPIN UTARA HPA(KPU) DAN SELURUH PARA PENGEDAR HPA KHUSUSNYA DI ZON UTARA MENGUCAPKAN SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH HAJI DAN MEMPEROLEHI HAJI YANG MABRUR KEPADA 3 ORANG PJS KPU YANG SEDANG BERADA DI TANAH SUCI.PJS EN AZIZAN BIN AHMAD,PJS PUAN ZAHARAH BT MD ZAIN,PJS EN ABD RAZAK BIN HUSSAIN BERSAMA ISTERI,PJ PUAN UMI KALTOM BT ABD RAHMAN DIANTARA JUTAAN UMAT ISLAM YANG SEDANG BERADA DI TANAK SUCI SEKARANG.




KEJOHANAN FUTSAL PIALA PENGARAH URUSAN HPA

KEJOHANAN FUTSAL KPU
PIALA PENGARAH URUSAN HPA
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1-Penyertaan kejohanan adalah percuma dan hanya untuk kaum muslimin sahaja.Muslimat tidak dibenarkan walaupun mempunyai kemahiran.

2--Hanya terbuka kepada pengedar dan pemimpin HPA di komuniti masing-masing.Tidak dibenarkan mengimport pemain –pemain yang berkebolehan dan mahir di kalangan bukan ahli dan aktivis HPA.

3-Hadiah berbentuk piala dan toptropy disediakan untuk pemenang tempat pertama,kedua dan ketiga.Manakala piala pusingan disediakan untuk johan pertandingan.Top tropy juga disediakan kepada penjaring terbanyak dan pasukan yang paling banyak melakukan jaringan gol,juga pasukan yang paling banyak dibolosi.Pertandingan akan dijalankan secara liga,dimana setiap pasukan akan bermain 6 kali perlawanan sebelum 4 pasukan terbaik mara ke separuh akhir.

4-Setiap pasukan hanya dibenarkan mendaftar 8 orang pemain dan seorang pengurus pasukan.Hanya pemain yang berdaftar dibenarkan bermain. Pengurus juga dibenarkan menjadi pemain.Bermakna setiap pasukan dibolehkan menyediakan 9 orang pemain sekiranya seorang pemain merangkap pengurus serta jurulatih.


5-Semua pasukan dan pemain yang bertanding perlu memahami konsep”Bersukan untuk merapatkan ukhuwwah”.Ini bertujuan mengelakkan sebarang kontroversi dan perselisihan faham di dalam dan luar gelanggang yang boleh menjejaskan ukhuwwah sesama sendiri.

6-Tarikh akhir penyerahan borang penyertaan adalah pada 20 hb November 2009. Namun kelewatan yang dimaklumkan akan dipertimbangkan.Semua komuniti diminta menyerahkan borang penyertaan ke Pusat Agensi Ust Zahir(Lagenda Height)Tel 04 4259003.

7-Pihak urusetia berhak menerima pasukan tambahan daripada mana-mana komuniti yang berminat sekiranya terdapat komuniti yang tidak berminat menyertai kejohanan,.

8-Pembahagian kumpulan serta jadual perlawanan akan diuruskan oleh pihak penganjur, pasukan yang menyertai kejohanan tidak dibenarkan campurtangan di dalam pengurusan pertandingan kecuali jika diperlukan.

9-Semua pemain diwajibkan menutup aurat luar dan dalam gelanggang permainan serta menunjukkan akhlak dan adab Islam.

10-Setiap pasukan diminta membawa sejadah untuk solat berjamaah zohor dan asar.

11-Pihak penganjur hanya menyediakan minuman tetapi tidak menyediakan makanan tengahari.

12-Semua pasukan dikehendaki berada di lokasi kejohanan selewat-lewatnya pada jam 9.00 pagi.Kelewatan hadir boleh menyebabkan pasukan tersebut tersingkir secara automatik.

13-Setiap komuniti dikehendaki menyediakan sendiri jersi untuk pasukan masing-masing dimana semua jersi disyaratkan perlu ada perktaan KPU di hadapan atau belakang jersi.

14-Setiap pasukan tidak dibenarkan menarik diri di hari kejohanan dan diwajibkan bermain sehingga tamat kejohanan.

ANTARA PIALA YANG BAKAL DIREBUT OLEH SEMUA PASUKAN

1-PIALA PUSINGAN

2-PIALA IRINGAN(JOHAN/NAIB JOHAN/TEMPAT KETIGA)

3-PENJARING TERBANYAK(INDIVIDU)

4-PASUKAN PALING BANYAK JARINGAN

5-PASUKAN PALING BANYAK DIBOLOSI



















KUMPULAN A

1-SG PETANI (A)

2-LANGKAWI FC

3-SIK FC

4-KEPALA BATAS FC

5-KUALA NERANG FC

6-PARIT BUNTAR FC

7-KULIM FC

KUMPULAN B

1-GURUN FC

2-ALOR SETAR FC

3-KUBANG PASU FC

4-BALING FC

5-BUKIT MERTAJAM FC

6-TAIPING FC

7-SG PETANI (B)

Wednesday, November 25, 2009

PRODUK BARU


TAWARAN ISTIMEWA-PUSAT AGENSI LAGENDA HEIGHT

BERMULA SEPTEMBER 2009 PUSAT AGENSI LAGENDA HEIGHT MENAWARKAN HADIAH-HADIAH MENARIK KEPADA SEMUA PEMBELI YANG BERKUNJUNG KE SITU.BAGI PENGEDAR BIASA YANG MEMBUAT PEMBELIAN PRODUK HPA DENGAN SEHELAI INVOIS BERJUMLAH 100 NILAI MATA KE ATAS DAN BAGI PEMBELI DI KALANGAN BERTARAF STOKIS KE ATAS PULA DENGAN 1000 NILAI MATA KE ATAS,AKAN BERPELUANG MEMBUAT CABUTAN BAGI MENDAPATKAN HADIAH-HADIAH YANG TELAH DISEDIAKAN. JANGAN LEPASKAN PELUANG !!






STOKIS PJ WAN HASELINA-BERJUANG DI TENGAH HIMPITAN PEMBANGUNAN


SIAPA YANG TAK KENAL PJ PUAN WAN HASELINA BT MOHD SHAGGAF! KESUNGGUHAN BELIAU MEMPERJUANG PRODUK HALAL BERSAMA HPA SERING MENJADI SEBUTAN DAN BAHAN SEMBANG DI KALANGAN PENGEDAR-PENGEDAR HPA DI UTARA.IBU KEPADA ORANG ANAK INI ADALAH SALAH SEORANG PEMIMPIN BARU DI KALANGAN MUSLIMAT YANG BERJAYA DILAHIRKAN DARIPADA PROGRAM KEPIMPINAN KPU DI MANA KEGIGIHAN,KETABAHAN DAN KECEKALANNYA MENGHADAPI CABARAN MEMBUATKAN BELIAU AMAT DIKENALI.BELIAU YANG MERUPAKAN PENGEDAR DI BAWAH PJS PUAN ASNAH BT MUSTAFFA KINI TELAHPUN BERJAYA MEMBUKA STOKIS YANG AGAK UNIK.IANYA DAPAT DILIHAT DI SEBELAH KANAN JALANRAYA APABILA KITA MELALUI PERJALANAN MENUJU KE LAPANGAN TERBANG BAYAN LEPAS PULAU PINANG.TERLETAK DI DALAM KAWASAN KEDAI MINYAK PETRONAS SG TIRAM,MENYEBABKAN STOKIS BELIAU LAIN PADA YANG LAIN.DITAMBAH DENGAN PRODUK YANG MEMENUHI SETIAP RAK DI DALAM STOKIS DAN SUSUN ATUR YANG MAMPU MEMIKAT PELANGGAN MENJADIKAN STOKIS BELIAU SEBAGAI PILIHAN PARA PENGEDAR DI SEKITAR. TAHNIAH KEPADA PJ PUAN WAN HASELINA.










Sunday, November 22, 2009

PBC EL ZAHRAA INN.....





Saturday, November 21, 2009

PBC MERDEKA BEACH RESORT




HPA......BOLEH..BOLEH..BOLEH
Begitu bersemangat peserta PBC muslimat...

GEMPURRRRRRRRR.....RADIX INSYAALLAH

Bersama PJS Syed Salahuddin....
Rahsia Hebat Untuk Menjadi Usahawan HPA Yang Gagal


Qiamullail dan Kuliah Subuh yang disampaikan oleh Ust Saiful



Pembentangan Kumpulan (Lelaki dan wanita) Terbaik...


Peserta PBC Terbaik (Lelaki dan Wanita)



TOP TEN Peserta PBC Terbaik...

Monday, November 16, 2009

UMMAH TERUS TERTIPU


Sunday, November 15, 2009

FUTSAL PIALA PENGARAH URUSAN


FUTSAL KPU KEJOHANAN MEREBUT PIALA PENGARAH URUSAN
Tarikh 6 hb Disember 2009 dinanti-nantikan oleh sebahagian pasukan yang telahpun bersiap sedia berhasrat mencipta sejarah awal menjulang Piala Pengarah Urusan HPA yang julung kali akan diadakan tersebut. Kejohanan yang akan berlangsung di Gelanggang Futsal Gemilang, bersebelahan kilang kosmetik muslimah HPA itu,dibuka kepada semua komuniti PBC KPU yang telah disenaraikan.Pihak urusetia telahpun menyerahkan borang penyertaan serta syarat-syarat pertandingan melalui pengerusi dan setriausaha komuniti masing-masing.Antara syarat penyertaan adalah setiap pemain yang mewakili pasukan mestilah di kalangan aktivis HPA dan sekurang-kurangnya telah menyertai PBC.
Sehingga kini,7 pasukan telah mengesahkan penyertaan manakala sebahagian yang lain masih lagi terpinga-pinga dan gementar untuk tampil berhadapan dengan pasukan handalan di dalam kejohanan ini.Kepada semua PJS dan pemimpin setempat, segera berikan sokongan dan jangan aibkan komuniti anda.
Komuniti yang telah mengesahkan penyertaan.
1- Komuniti Sg Petani-Pengurus PJS Sdr Mohd Zaidi Bin Ghazali
2-Komuniti Sg Petani(Pahlawan Gurun)Pengurus PJS Sdr Abd Razak Bin Ibrahim
3-Komuniti Seberang Prai-Pengurus PJS Ust Mohamad Bakar Bin Awang
4-Komuniti Kulim-Pengurus PJS Ust Zamri Bin Bakar
5-Komuniti Langkawi The Eagle Team A-Pengurus PJ Mohamad Fadzli Bin Abdullah
6-Komuniti Langkawi The Eagle Team B-Pengurus PJ Abd Razak Bin Yahya
7-Komuniti Jitra-Pengurus PJ Sdr Nur Firdaus Bin Hashim
Manakala komuniti yang belum bersedia menyahut cabaran adalah,
8-Komuniti Kangar ?
9-Komuniti Padang Terap ?
10-Komuniti Alor Setar ?
11-Komuniti Sik ?
12-Komuniti Pulau Pinang-Telah menarik diri dan tidak bersedia menghadapi cabaran kejohanan.
13-Komuniti Gerik/Pengkalan Hulu?
14-Komuniti Parit Buntar ?
15-Komuniti Taiping ?
16-Komuniti Yan ?
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut sila sms kepada Pengarah Kejohanan
PJS Ust Mohd Zahir Bin Ghazali 012-4269003
ANTARA PIALA UTAMA YANG AKAN MENJADI REBUTA
Pasukan Komuniti Sungai Petani merupakan antara pasukan awal yang dibentuk melalui pemilihan pemain yang dijalankan. Pasukan ini juga dikatakan telah mula turun untuk sesi latihan. Tahniah !

Live Traffic Maps

NASYID fm

Blog ini adalah hak milik persendirian. Segala cerita adalah dari idea penulis sendiri serta maklumat-maklumat yang diperolehi.
ABRAUF NETWORK 2009

  ©Template Blogger Green by ABRAUF NETWORK.

ABRAUF