Tuesday, October 26, 2010

GEMPUR RADIX DI MESIR

HPA Bangkit Kembali Di Mesir !!!Alhamdulillah kami kembali semula ke Mesir setelah bertahun meninggalkan bumi bertuah tersebut.Pada kali ini dengan misi membangunkan maklumat dan semangat siswa siswi Al Azhar untuk bersama perniagaan umat Islam HPA Ind Sdn Bhd, kami telah menjejakkan kaki di bumi Mesir pada 18-22 hb Sept 2010. Saya bersama sahabat PJS Ust Ramizu Bin Abdullah dari Kelantan telah selamat tiba di Cairo Airport pada jam 2 ptg waktu Egypt. Semasa tiba, kami disambut oleh rombongan wakil PMRAM dan wakil Komuniti HPA KAherah serterusnya dibawa terus majlis jamuan aidilfitri yang kebetulan diadakan oleh PMRAM pada hari yang sama di perkarangan rumah negeri di Hayyu Asyir.
walaupun lawatan pada kali ini agak singkat dan padat, namun objektif kehadiran kami tetap tercapai.Antara program yang dijalankan ialah taklimat Mengenali Perniagaan HPA yang diadakan di markas akhawat di Mandarah Iskandariah,program di markas DPPM Tanta dan dewan asrama pelajar Kedah Haiyyu Sabiek.
Kami juga turut mengadakan pertemuan dengan pihak komuniti HPA Kaherah dan pihak PMRAM.
Alhamdulillah..semoga bertambah ramai para ilmuan Islam yang akan bersama HPA pada masa-masa mendatang.



Program di Dewan Asrama Pelajar Kedah



Program di markas DPM Tanta

Pengerusi DPM Tanta menerima cenderahati daripada HPA

Markas mahasiswa Damanhur

Bersama PJS Ust Ramizu dan PJ Ust Mohd Fitri

PROGRAM BERSAMA SISWA SISWI KOLEJ ISLAM PERAK


Antara peserta yang mengikuti lawatan dan taklimat di HPA Caw Aman Jaya,Sg Petani


PJS Ust Mohd Zahir Bin Ghazali sedang menyampaikan ceramahnya


PJ Sdr Jamsari Bin Mahmud,pemimpin yang menegndalikan lawatan

Antara mahasiswa Kolej Islam Perak



Para sisiwi turut serta dengan penuh semangat

Ucapan Aluan daripada PJS Sdr Mohd Asim Bin Khalid
Hampir 50 orang siswa siswi beserta dengan kakitangan Kolej Islam Perak telah mengadakan siri lawatan rasmi ke pusat pentadbiran HPA di Perlis dan Sungai Petani,Kedah. Antara aktiviti yang dilalui selain melawat kilang ladang serta cabangan perniagaan HPA yang lain, para peserta turut berpeluang mendengar taklimat dan motivasi yang disampaikan oleh PJS Ust Mohd Zahir Bin Ghazali.Para peserta yang hadir dari Kuala Kangsar,Perak tersebut telah disajikan maklumat tentang perkembangan terkini HPA serta peluang seorang mahasiswa dan mahasiswi untuk merebut berbagai tawaran dari HPA.

Program teresbut diadakan pada 26 Oktb 2010 bertempat di HPA Cawangan Aman Jaya,Sungai Petani Kedah.Turut serta di dalam program tersebut adalah PJS Sdr Noor Hyzad bin Kassim,PJS Sdr Mohd Asim bin Khalid juga pemimpin HPA yang tidak asing lagi di sekitar Kuala Kangsar iaitu PJ Sdr Jamsari bin Mahmud. Tahniah kepada penganjur lawatan tersebut.

Admin 2010

MEGA PBC KPU


















MEGA PBC KPU akhirnya berjaya diadakan pada 24-25 Sept 2010 walaupun setelah dua kali terpaksa ditunda kerana pertembungan program.Ramai pemimpin-pemimpin PJS yang turut serta hadir memberikan sokongan kepada program yang julung-julung kali diadakan ini.Program yang diadakan di Hotel Swiss In Sungai Petani tersebut telah berjaya menarik penyertaan lebih dari 100 orang peserta.

Di antara penceramah yang turut serta menjayakan modul Mega PBC adalah PJS Ust Azizan bin Ahmad,PJS Sdr Mohd Aseri Bin Hanapiah,PJS Ust Mohd Zahir Bin Ghazali,PJS Puan Syarifah Bt Sulaiman serta Pengarah Urusan HPA Tuan Hj Ismail Bin Hj Ahmad,Ust Mohd Ali selaku pengerusi panel syariah HPA,juga pengurus besar AWM Encik Mohd Faisol Bin Abd Rahman.

Live Traffic Maps

NASYID fm

Blog ini adalah hak milik persendirian. Segala cerita adalah dari idea penulis sendiri serta maklumat-maklumat yang diperolehi.
ABRAUF NETWORK 2009

  ©Template Blogger Green by ABRAUF NETWORK.

ABRAUF