Monday, January 25, 2010

AKTIVITI TERKINI KPU DAN KOMUNITI SUNGAI PETANI











Wednesday, January 20, 2010

KURSUS PEMBENTANGAN MODUL PRODUK HALAL DAN PENGENALAN HPA

KURSUS PEMBENTANGAN DAN PENYAMPAIAN CERAMAH PENGENALAN HPA DAN PRODUK HALAL SATU TANGGUNGJAWAB AKAN DIADAKAN SEPERTI MAKLUMAT YANG TERTERA DI BAWAH.INI BERTUJUAN UNTUK MELAHIRKAN PENCERAMAH-PENCERAMAH DAN PEMBENTANG MODUL YANG BENAR-BENAR DAPAT MEMBERIKAN KEFAHAMAN DAN MAKLUMAT YANG TEPAT KEPADA PARA HADIRIN.BAHAN-BAHAN TERKINI JUGA AKAN DIBERIKAN KEPADA PARA PESERTA YANG MENGIKUTU PROGRAM TERSEBUT.KEPADA MEREKA YANG BERMINAT,SILA SMS NAMA ANDA SEGERA KEPADA PJS UST MOHD ZAHIR(012-4269003)







SEMINAR WAJIB SEMUA FASILITATOR PBC SUNGAI PETANI

SATU SEMINAR LATIHAN AKAN DIADAKAN KHUSUS KEPADA PEMIMPIN-PEMIMPIN YANG MENJADI FASILITATOR PBC SUNGAI PETANI.NAMUN, SEMINAR PADA KALI INI JUGA AKAN TURUT MENGGABUNGKAN PEMIMPIN-PEMIMPIN FASILITATOR DARI PBC PARIT BUNTAR DAN JITRA YANG INGIN BERKONGSI PROGRAM.SEMINAR DIADAKAN BERTUJUAN MELAHIRKAN FASILITATOR YANG BENAR-BENAR MAMPU MENGENDALIKAN PBC YANG SEMAKIN RANCAK DIJALANKAN DI ZON UTARA.
KEGAGALAN FASILITATOR PBC MEMAINKAN PERANAN DI DALAM PBC YANG TERDAHULU SEDIKIT SEBANYAK MEMBERIKAN KESAN KEPADA KEJAYAAN PBC YANG DIADAKAN.SELAIN ITU PARA PESERTA JUGA AKAN DIBERIKAN PENEKANAN SEKALI LAGI TENTANG PERATURAN DAN ETIKA YANG WAJIB DIFAHAMI OLEH SEMUA PEMIMPIN DAN FASILITATOR YANG TERLIBAT DI DALAM PBC.














Sunday, January 17, 2010

KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN...GEMPUR!!!!!!!!!!!!


Friday, January 15, 2010

PELANCONGAN KPU KE CHINA


Monday, January 4, 2010

PROGRAM LATIHAN DAN PENGESAHAN NO SIRI PEMIMPIN GEN 7 KPU







Bagi pemimpin yang terpilih sebagai pemimpin GEN 7 KPU adalah diwajibkan mengikuti program yang diadakan ini bagi membolehkan mereka diiktiraf sebagai pemimpin KPU dan akan diberikan no siri kepimpinan KPU seperti pemimpin GEN yang terdahulu.Bagi pemimpin yang gagal mengikuti program tersebut tidak akan mendapat nombor siri KPU dan akan dimasukkan ke senarai pemimpin KPU GEN 8 yang insyaAllah akan dijalankan pada Julai 2010 sekiranya masih berminat.



Para pemimpin GEN 7 yang tidak mengisi borang GEN 7 dengan lengkap juga akan masukkan ke senarai GEN 8 melainkan sekiranya mereka dapat melengkapkan borang tersebut selewatnya pada tarikh 6 hb Januari 2010.(rujuk maklumat di bawah)








PROGRAM PELANCARAN KEPIMPINAN GEN 7 KPU


Pada 1hb Januari 2010 seramai 311 orang pemimpin baru KPU telah berjaya dikumpilkan di dalam program pelancaran kepimpinan GEN 7 KPU pada kali ini.Program yang diadakan di Hotel Sg Petani In,Sg Petani dan bermula pada jam 9 mlm tersebut di lancarkan oleh pengurus besar AWM,Encik Mohd Faisol Bin Abd Rahman. Program yang turut disertai oleh para PJS serta sebahagian pemimpin KPU berjalan dengan penuh meriah dan bersemangat.


Peraturan yang ketat sebelum memasuki dewan yang dikenakan kepada para pemimpin yang terpilih menjadikan suasana begitu mengujakan para pemimpin yang hadir. Para pemimpin baru yang dipilih tidak dibenarkan memasuki dewan sekiranya berslipar,bert shirt,berseluar jean atu tidak memakai blazer.Manakala bagi pemimpin muslimat pula diwajibkan menutup aurat termasuk berstokin.Alhamdulillah, para pemimpin baru yang dipilih nampaknya begitu bersemangat dan bersedia mengikuti peraturan yang ditetapkan oleh KPU.
Namun terdapat para peserta yang tidak mengisi borang keahlian pemimpin GEN 7 yang disediakan dengan lengkap menyebabkan pihak penganjur terpaksa menolak buat sementara waktu penyertaan mereka sehinggalah mereka dapat menyempurnakan segala maklumat di dalam borang .













PEMIMPIN KPU MELAWAT VIETNAM


Perjalanan ke Cu Chi memaparkan pemandangan tidak ubah seperti di Malaysia dengan deretan ladang getah dan petak-petak sawah padi yang diusahakan.










Bumi Vietnam menjadi lokasi pelancongan dan lawatan pemimpimpin KPU pada tahun 2009.Setelah keletihan dengan padatnya program sepanjang tahun 2009, pemimpin-pemimpin KPU telah mengambil peluang di musim cuti sekolah yang lalu untuk melancong sambil belajar di bandaraya Ho Chi Min,Vietnam.Para peserta berlepas dari Airport,LCCT pada jam 3 ptg 23 hb Disember.Setelah 2 jam berada di dalam pesawat Air Asia, akhirnya para peserta telah selamat sampai dan mendarat di airport Ho Chi Min.Ahli rombongan seterusnya di bawa ke hotel penginapan yang terletak di tengan bandar tersebut.Para peserta agak teruja dengan suasana kehidupan masyarakat di sekitar bandar Ho Chi Min atau dulunya dikenali dengan nama Saigon.Ribuan motosikal yang memenuhi segenap penjuru jalanraya di kota itu menjadikan ianya suatu yang agak unit kepada pelancong-pelancong luar.


Sepanjang 4 hari di bumi Vietnam, para peserta rombongan berpeluang melawat berbagai tempat menarik dan bersejarah seperti kubu bawah tanah gerila Viet Chong ketika menentang tentera Amerika di sebuah kampung di sebut dengan nama Cu Chi.Di situ, peserta dapat melihat bagaimana terowong bawah tanah yang begitu unik dengan berbagai kelengkapan yang disediakan oleh pihak gerila pada suatu ketika dulu.


Seterusnya para peserta berpeluang meninjau muzium perang Vietnam dan Amerika yang dipenuhi dengan para pelancong dari luar terutamanya dari Amerika dan Perancis yang mempunyai pertalian erat dengan sejarah Vietnam di era penjajahan dulu.


Para peserta juga berpeluang menyusuri arus Sungai Mekong dengan bot dan sampan yang disediakan oleh pihak agen pelancongan di sana.Berbagai pengalaman menraik yang mencuit hati para peserta di sepanjang ekspidisi sehingga menyebabkan para peserta tidak kering gusi dengan gelagat-gelagat yang ditunjukkan oleh para pemimpin KPU.
Paserta musafir juga berpeluang mengerjakan solat fardhu di masjid sekitar bandar yang kedua terbesar di Vietnam itu di samping mengunjungi restauran-restauran halal yang banyak terdapat di kota itu.



Suatu yang menraik perhatian para pelancong ke sana apabila mendapati begitu sukar bertemu dengan warga Vietnam yang berbadan gempal atau gemuk. Juga sikap selamba warga Vietnam yang tidak bersikap sombong bahkan lebih bersikap tidak mengambil hirau para pelancong yang datang. Tepat pada jam 6.30 ptg pada 28 hb Disember, semua pemimpin KPU yang terlibat telah selamat kembali tiba di Airport LCCT seterusnya menyambung perjalanan untuk kembali ke utara dengan menaiki bas yang telah disediakan oleh penganjur.


Oleh:PJS Mohd Zahir Ghazali

Sunday, January 3, 2010

KURSUS PENGENDALIAN PROGRAM PHOTOSHOP

KPU AKAN MENGADAKAN KURSUS PENGENDALIAN PHOTOSHOP KHUSUS KEPADA SELURUH PJS DAN PEMIMPIN YANG MENGGUNAKAN LAPTOP DAN POWERPOINT DI DALAM PEMBENTANGAN SERTA CERAMAH.
KURSUS AKAN DIADAKAN SEPERTI BERIKUT:
TARIKH :9 HB JANUARI 2010.
TEMPAT :DEWAN SEMINAR MUHAMMAD MUJAHID,LAGENDA HEIGHT,SUNGAI PETANI.(PUSAT AGENSI UST ZAHIR)
MASA:2.30 PTG-6.00 PTG.
YURAN:RM10.00 SHJ.
PENYERTAAN HANYA DIBUKA UNTUK 20 ORANG SHJ.
BAGI MEREKA YANG BERMINAT UNTUK IKUT SERTA DIMINTA MEMBUAT PENDAFTARAN DI PUSAT AGENSI LAGENDA HEIGHT-04 4259003 BESERTA DENGAN WANG PENDAFTARAN.KAMI HANYA AKAN MENERIMA MEREKA YANG TERAWAL MENDAFTAR.
SEMUA PESERTA JUGA DIMINTA MEMBAWA LAPTOP DAN MEMPUNYAI PROGRAM PHOTOSHOP.

SENARAI BORANG PESERTA GEN 7 YANG DITOLAK

KEPADA SEMUAPEMIMPIN DAN PJS KPU,
DIHARAP MENGAMBIL PERHATIAN
DI SINI DIPAPARKAN SENARAI NAMA-NAMA PESERTA GEN 7 KEPIMPINAN KPU YANG DITOLAK BORANG KEAHLIAN MEREKA.INI DISEBABKAN KEGAGALAN MENGISI BORANG DENGAN LENGKAP SEPERTI YANG DIARAHKAN.NAMUN PIHAK KAMI MEMBERIKAN RUANG KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT UNTUK MELENGKAPKAN SEMUA BORANG YANG BERMASALAH. UNTUK MAKLUMAT AWAL BOLEH DAPATKAN DI PEJABAT SAYA DI LAGENDA
04-4259003.DAN DAPATKAN MAKLUMAT LANJUT DI BAWAH:














Live Traffic Maps

NASYID fm

Blog ini adalah hak milik persendirian. Segala cerita adalah dari idea penulis sendiri serta maklumat-maklumat yang diperolehi.
ABRAUF NETWORK 2009

  ©Template Blogger Green by ABRAUF NETWORK.

ABRAUF