Sunday, November 7, 2010

OPERASI BANTUAN BANJIR







20 orang pemuda dan petugas DPP Kaw Merbok turut serta turun sebagai sukarelawan membantu mangsa-mangsa banjir di sekitar negeri Kedah.Pada 7 hb Nov 2010, rombongan DPPMerbok yang diketuai oleh ketua pemuda Merbok,Ust Mohd Zahir Bin Ghazali telah menghabiskan masa meredah banjir bagi membantu mangsa-mangsa yang terlibat.Disebabkan banjir masih belum reda dan sebahagian mangsa masih lagi berada di pusat pemindahan, maka rombongan telah membantu pihak yang berkaitan untuk membersihkan kawasan sekitar dan lain-lain lagi tugas-tugas am. Rombongan DPPKM juga turut membawa bahan makanan dan minuman untuk keperluan mangsa banjir. Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Tuesday, October 26, 2010

GEMPUR RADIX DI MESIR

HPA Bangkit Kembali Di Mesir !!!Alhamdulillah kami kembali semula ke Mesir setelah bertahun meninggalkan bumi bertuah tersebut.Pada kali ini dengan misi membangunkan maklumat dan semangat siswa siswi Al Azhar untuk bersama perniagaan umat Islam HPA Ind Sdn Bhd, kami telah menjejakkan kaki di bumi Mesir pada 18-22 hb Sept 2010. Saya bersama sahabat PJS Ust Ramizu Bin Abdullah dari Kelantan telah selamat tiba di Cairo Airport pada jam 2 ptg waktu Egypt. Semasa tiba, kami disambut oleh rombongan wakil PMRAM dan wakil Komuniti HPA KAherah serterusnya dibawa terus majlis jamuan aidilfitri yang kebetulan diadakan oleh PMRAM pada hari yang sama di perkarangan rumah negeri di Hayyu Asyir.
walaupun lawatan pada kali ini agak singkat dan padat, namun objektif kehadiran kami tetap tercapai.Antara program yang dijalankan ialah taklimat Mengenali Perniagaan HPA yang diadakan di markas akhawat di Mandarah Iskandariah,program di markas DPPM Tanta dan dewan asrama pelajar Kedah Haiyyu Sabiek.
Kami juga turut mengadakan pertemuan dengan pihak komuniti HPA Kaherah dan pihak PMRAM.
Alhamdulillah..semoga bertambah ramai para ilmuan Islam yang akan bersama HPA pada masa-masa mendatang.



Program di Dewan Asrama Pelajar Kedah



Program di markas DPM Tanta

Pengerusi DPM Tanta menerima cenderahati daripada HPA

Markas mahasiswa Damanhur

Bersama PJS Ust Ramizu dan PJ Ust Mohd Fitri

PROGRAM BERSAMA SISWA SISWI KOLEJ ISLAM PERAK


Antara peserta yang mengikuti lawatan dan taklimat di HPA Caw Aman Jaya,Sg Petani


PJS Ust Mohd Zahir Bin Ghazali sedang menyampaikan ceramahnya


PJ Sdr Jamsari Bin Mahmud,pemimpin yang menegndalikan lawatan

Antara mahasiswa Kolej Islam Perak



Para sisiwi turut serta dengan penuh semangat

Ucapan Aluan daripada PJS Sdr Mohd Asim Bin Khalid
Hampir 50 orang siswa siswi beserta dengan kakitangan Kolej Islam Perak telah mengadakan siri lawatan rasmi ke pusat pentadbiran HPA di Perlis dan Sungai Petani,Kedah. Antara aktiviti yang dilalui selain melawat kilang ladang serta cabangan perniagaan HPA yang lain, para peserta turut berpeluang mendengar taklimat dan motivasi yang disampaikan oleh PJS Ust Mohd Zahir Bin Ghazali.Para peserta yang hadir dari Kuala Kangsar,Perak tersebut telah disajikan maklumat tentang perkembangan terkini HPA serta peluang seorang mahasiswa dan mahasiswi untuk merebut berbagai tawaran dari HPA.

Program teresbut diadakan pada 26 Oktb 2010 bertempat di HPA Cawangan Aman Jaya,Sungai Petani Kedah.Turut serta di dalam program tersebut adalah PJS Sdr Noor Hyzad bin Kassim,PJS Sdr Mohd Asim bin Khalid juga pemimpin HPA yang tidak asing lagi di sekitar Kuala Kangsar iaitu PJ Sdr Jamsari bin Mahmud. Tahniah kepada penganjur lawatan tersebut.

Admin 2010

MEGA PBC KPU


















MEGA PBC KPU akhirnya berjaya diadakan pada 24-25 Sept 2010 walaupun setelah dua kali terpaksa ditunda kerana pertembungan program.Ramai pemimpin-pemimpin PJS yang turut serta hadir memberikan sokongan kepada program yang julung-julung kali diadakan ini.Program yang diadakan di Hotel Swiss In Sungai Petani tersebut telah berjaya menarik penyertaan lebih dari 100 orang peserta.

Di antara penceramah yang turut serta menjayakan modul Mega PBC adalah PJS Ust Azizan bin Ahmad,PJS Sdr Mohd Aseri Bin Hanapiah,PJS Ust Mohd Zahir Bin Ghazali,PJS Puan Syarifah Bt Sulaiman serta Pengarah Urusan HPA Tuan Hj Ismail Bin Hj Ahmad,Ust Mohd Ali selaku pengerusi panel syariah HPA,juga pengurus besar AWM Encik Mohd Faisol Bin Abd Rahman.

Tuesday, August 10, 2010

PROGRAM PRA PBC IPOH






Program PRA PBC Ipoh telah berjaya dilangsungkan pada 8 hb Ogos bertempat di HPA Caw Ipoh.Program bermula pada jam 9 pagi dan berakhir pada jam 6 ptg.Seramai hampir 30 orang telah berjaya dihimpunkan sebagai pesereta di dalam program tersebut.Antara PJS yang hadir membantu program tersebut adalah PJS Ust Nik Ahmad Saikhan Bin Raja Daud,PJS Sdr Ashim Bin Khalid dan PJS Puan Haridah Khamun Bt Rehman Khan.

Wednesday, August 4, 2010

CERAMAH PRODUK HALAL HARAM DI PASARAN.ANJURAN PUSAT ISLAM POLITEKNIK SEB PRAI,P.PINANG









Pada 2 hb Ogos 2010,lebih 400 orang siswa siswi Politeknik Seberang Prai Pulau Pinang memenuhi Pusat Islam Poli bagi mendengar ceramah agama bertajuk kemelut pemakanan Umat Islam Akhir Zaman,penyelesaiannya bersama HPA.Program dianjurkan oleh Jawatankuasa Pusat Islam Politeknik.Ceramah disampaikan oleh PJS Ust Mohd Zahir Bin Ghazali.

PBC PUTATAN SABAH BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA





PBC Putatan,Kota Kinabalu Sabah telah berjaya dijalankan bertempat di HPA cawangan Putatan,Kota Kinabalu Sabah.PBC tersebut dianjurkan oleh Kelab Usahawan Fateh yang diteruji di Sabah oleh Sdr Kamal,Sdr Johan dan lain-lain lagi.Manakala PJS yang turut serta di dalam PBC tersebut adalah PJS Ust Mohd Zahir Bin Ghazali,PJS Sdr Mohd Zaidi Bin Ghazali,PJS Sdr NoorHyzad Bin Kassim, PJ Puan NorHashimah Bt Mohd Hashim serta penggerak utama kelab usahawan Al Fateh,Sdr Mahadi. Hampir 50 orang peserta mengikuti program tersebut termasuk 5 orang bukan muslim.

PROGRAM PBC ANJURAN KOMUNITI SUNGAI PETANI




Tarikh:7-8 hb Ogos 2010
Tempat :Hotel El Zahraa In, Lagenda Height,
Sg Petani,Kedah
Yuran: RM160.00
Pengarah Program:PJS Sdr Abd Razak Ibrahim-
HP-019 5720102

PROGRAM PRA PBC ANJURAN KOMUNITI SUNGAI PETANI


DAFTAR SEGERA !!!
Program PRA PBC Anjuran Komuniti HPA Sg Petani
Tarikh:6 hb Ogos 2010
Tempat: Hotel Swiss In ,Sg Petani,Kedah
Masa :9.00 pg-6.00 ptg
Yuran:RM30.00 shj (termasuk makan tengahari)
Daftar melalui:
Pengarah Pra PBC-PJS Sdr Mohd Zaidi-o14-2435072
-PJS Ust Mohd Zahir 012-4269003

Thursday, July 1, 2010

CERAMAH SELAMATKAN GAZA ISLAM

Komuniti HPA Sungai Petani akan mengadakan program ceramah "Bersama Dr Syed Haleem Al Haddad"Beliau merupakan antara aktivis Malaysia yang turut menyertai Misi Kapal Flotila dan ditahan di dalam kejadian tersebut oleh tentera yahudi laknat.Dr Syed Haleem juga merupakan aktivis HPA yang memberikan sokongan padu terhadap perjuangan ini.
Tempat Ceramah : Dewan HPA Cawangan Aman Jaya,Sungai Petani
Tarikh :9-7-2010
Hari :Jumaat mlm Sabtu
Masa :9.00 malam

Semua muslimin muslimat dijemput hadir....
Dr Syed Haleem ketika mengikuti program kepimpinan HPA satu ketika dulu






Tuesday, June 29, 2010

PROGRAM PRA PBC ANJURAN KOMUNITI SUNGAI PETANI



Umat Islam Adalah Pahlawan Hebat Di Segenap Penjuru Perjuangan


Program hebat menanti seluruh pengedar untuk bersama merasai kemanisan menjadi sebahagian pengguna produk halal muslim juga peluang sebagai usahawan Islam.

Tarikh:11 Julai 2010
Tempat: HPA Cawangan Aman Jaya Sungai Petani Kedah
Masa:9.00 pagi-6.00 ptg
Yuran :RM30.00 (termasuk makan tengahari)
Untuk penyertaan sila sms ke hp 016 4083208 @ 016 4054646

Tuesday, April 6, 2010

HPA MENGGEMPUR FELDA-30 MAC 2010



VIVA PALESTIN MALAYSIA 2010

MISI KAPAL ANTARABANGSA UNTUK MEMBANTU UMAT ISLAM GAZA TURUT DIBERIKAN PERHATIAN OLEH UMAT ISLAM MALAYSIA.PADA KALI INI KESINAMBUNGAN DARIPADA VIVA KONVOI KENDERAAN YANG DIGERAKKAN DARIPADA UK PADA TAHUN LEPAS AKAN DITERUSKAN UNTUK MEMASTIKAN UMAT ISLAM DI GAZA AKAN MENDAPAT PERHATIAN YANG SEWAJARNYA OLEH SELURUH UMAT ISLAM DUNIA, MAKA SATU GERAKAN YANG DINAMAKAN MISI KAPAL ANTARABANGSA AKAN DIJALANKAN DIMANA PADA KALI INI BANTUAN YANG AKAN DIHANTAR AKAN MENGGUNAKAN JALAN LAUT.



MESYUARAT PERTAMA PERLAKSANAAN KONVOI PALESTIN




















Live Traffic Maps

NASYID fm

Blog ini adalah hak milik persendirian. Segala cerita adalah dari idea penulis sendiri serta maklumat-maklumat yang diperolehi.
ABRAUF NETWORK 2009

  ©Template Blogger Green by ABRAUF NETWORK.

ABRAUF