Tuesday, March 23, 2010

ISLAM DI EROPAH

Perangkaan dan kajian menunjukkan beberapa negara kesatuan Eropah (EU) seperti Britain, Sepanyol dan belanda akan mempunyai kadar penduduk Muslim yang lebih tinggi dalam tempoh terdekat. Perangkaan 2008 menunjukkan lima peratus daripada keseluruhan jumlah penduduk di 27 negara Eropah terdiri di kalangan umat Islam.

Ini bukanlah suatu yang baru kerana Islam dan Eropah mempunyai sejarah yang tersendiri yang cukup lama sejak wujudnya era emas empayar Islam di Sepanyol selama lebih 700 tahun sebelum ditewaskan oleh raja Ferdinand dan Permaisuri Isabella. Akibatnya pada tahun 1609, orang Islam telah di bunuh dan dihalau dari benua berkenaan dan agama Islam dilarang pelaksanaannya sehinggalah Islam kembali diterima masyarakat moden Eropah hari ini.

Peranan, pengaruh dan sumbangan Islam kepada alam sejagat sangat besar sehingga ramai sejarawan dunia mengiktiraf sumbangan Islam kepada Timur dan Barat terutama dalam bidang intelektual, pembinaan, tamadun sains, kemajuan perubatan moden, perkembangan budaya dan falsafah, disiplin ilmu, pertanian dan sebagainya.

Orang Islam sepanyol mengarang salah satu daripa bab gemilang dalam sejarah intelek pada Zaman Pertengahan Eropah. Di antara pertengahan abad ke-8 dan permulaan abad ke-13, orang Arab ialah pemimpin utama dalam budaya dan peradaban di seluruh dunia. Kedua-dua bidang ini adalah perantara untuk memulih, menambah dan menyebar sains dan falsafah yang telah memunginkan pembaharuan di Eropah Barat.

Kajian mengenai Euro-Islam dalam jurnal Current History oleh William Finan, Ketika ini umat Islam di United Kingdom (UK) sahaja mempunyai lebih 1.8 juta penduduk Islam. Di Turki 72 juta umat Islam biarpun negara berkenaan belum diiktiraf sepenuhnya oleh negara Eropah lain.

Manakala pada tahun 2005 direkodkan Perancis mempunyai bilangan orang Islam paling ramai di Eropah iaitu kira-kira 5 juta, Jerman 3 juta, Itali 2 juta, Belanda 730,000, Austria 300,000, Belgium 290,000, Sweden 250,000 dan Sepanyol hanya tiggal 3 peratus sahaja iaitu sebanyak 350,000 umat Islam.

sumber dari harian metro 22 Mac 2010.

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Live Traffic Maps

NASYID fm

Blog ini adalah hak milik persendirian. Segala cerita adalah dari idea penulis sendiri serta maklumat-maklumat yang diperolehi.
ABRAUF NETWORK 2009

  ©Template Blogger Green by ABRAUF NETWORK.

ABRAUF