Thursday, December 24, 2009
Monday, December 14, 2009
HARI KELUARGA KPU 2009
Meriah !!Hari Keluarga PJS KPU yang diadakan di Pantai Merdeka Resort pada 12 hb Disember disertai hampir 30 keluarga PJS KPU.
Bermula 3 ptg pada 11 hb Disember,sebahagian para PJS telah mula check in memasuki resort bersama dengan keluarga masing-masing. Semua peserta kelihatan begitu riang bersama dengan anak-anak kecil yang berlari-lari ke sana sini menterjemahkan keseronokan yang dirasai.Pada malam hari pula,semua peserta menjamu selera dengan hidangan BBQ yang berlatar belakangkan pemandangan lautan Selat Melaka yang amat menarik.
INSENTIF KONVEK HPA 2010
Pemulaan bulan insentif: Dis 2009
Penamat bulan insentif: Sept 2010
MATLAMAT• Memudahkan pengedar memahami dan mengejar sasaran tersebut• Mengaktifkan PBC dan memastikan upline melakukan proses pembinaan jaringan•
Menuju kearah pencapaian jualan RM 20juta (Malaysia Sahaja)
SYARAT• HPA Mencapai jualan RM 20 juta (Malaysia Sahaja )• Bagi semua kategori
JANGKAAN TARIKH KONVEK• Disember 2010• Lokasi akan diumumkan kemudian
INSENTIF
Katagori Pertama• Terbuka kepada semua pengedar HPA yang berdaftar di Malaysia.• Melakukan minima nilai mata peribadi 200NM selama 10 bulan tempoh insentif atau melakukan 2000NM hingga 2999.99 NM akumulatif.Atau•
Melakukan minima nilai mata peribadi 300 keatas selama 10 bulan tempoh insentif atau melakukan 3000NM akumulatif• Bagi yang baru mendaftar sebagai pengedar juga dimestikan melakukan jumlah akumulasi sebanyak yang disyaratkan.Hadiah pasti adalah1) 200-299 nm atau akumulasi 2000-2999.99 – pelaburan saham KOWAHIDA berjumlahRM300 .002) 300 keatas atau akumulasi 3000 dan keatas - pelaburan saham KOWAHIDA berjumlah RM 500.00
Hadiah cabutan bertuah- 100 unit barangan elektrik –jenis pensonicGrand Prize - 30 unit air Cooler atau yang setaraf yang bernilai RM1000.00Kategori
Kedua• Terbuka kepada PB hingga ke Pengarah Meranti (status mulai Dis 2009)•
Melakukan maintain 300NM atau akumulasi 3000NM•
Mencapai pangkat Pengarah Jati ke Atas dalam tempoh bulan Insentif dan mesti mencapai bonus RM1000.00 semasa pangkat Pengarah Jati ke Atas sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh insentif (tidak termasuk bonus agen stok).
Insentif merupakan pakej melancong ke Indonesia (Pulau percutian Makasar) selama 5 hari 4 malam untuk seorang atau pakej yang setaraf dengannya.
Top 20 Bonus tertinggi untuk kategori ini akan menerima pekej percutian ke Indonesia(Pulau Percutian Makasar) untuk 2 orang selama 5 hari 4 malam atau pakej yang setaraf dengannya.
Kategori Ketiga•
Terbuka kepada Pengarah Jati dan keatas•
Melakukan maintain 350 NM atau akumulasi 3500NM•
Membina PJ di mana-mana aras selagi belum bertemu PJ dalam bulan Insentif.(dis 09 – sept 2010)•
PJ yang dibina mesti mencapai bonus minima RM1000(Malaysia) dan Rp3juta(Indoneisa) sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh insentif (tidak termasuk bonus agen stok)•
PJ yang dibina hendaklah sekurang-kurangnya daripada 2 rangkaian yang berbezaInsentif yang ditawarkan adalah bagi pencapaian mengikut kategori seperti berikut
Mencapai 2 Pengarah Jati : Pelancongan ke China (seorang)
Mencapai 3 Pengarah Jati : Pelancongan ke China (berdua)
Mencapai 4 Pengarah Jati : Umrah (seorang)
Mencapai 5 Pengarah Jati : Umrah (berdua)
Mencapai 6 Pengarah Jati dan keatas : Haji (seorang)
Katagori Keempat• Melakukan maintain 200 atau akumulasi 2000 NM•
Pengiraan bonus adalah di jumlahkan kepada purata perbulan.1.
Top 1 hingga 30 Bonus Tertinggi Malaysia(tidak termasuk bonus jualan stok) – nilaian hadiah RM 60 ribu .
2. Top 31 hingga 60 bonus tertinggi Malaysia (tidak termasuk bonus jualan stok) - nilaian hadiah RM 40
BENGKEL PEMANTAPAN PIDATO KPU
Seperti yang dirancangkan,Program Bengkel Pemantapan Pidato anjuran KPU telah berjaya diadakan pada 10 hb Disember 2009 bertempat di dewan seminar Radix Organic Receipi.Program yang berlangsung bermula jam 9 pagi dan berakhir pada jam 6 ptg.
Program diadakan hanya terbuka untuk 10 orang peserta sahaja bagi memudahkan segala aktiviti dijalankan.
Bagi mereka yang tidak berpeluang mengikuti program pada kali ini, insyaAllah program kali kedua akan diadakan selepas ini dan makluman akan diberikan kepada PJS2 KPU.
Program diadakan hanya terbuka untuk 10 orang peserta sahaja bagi memudahkan segala aktiviti dijalankan.
Bagi mereka yang tidak berpeluang mengikuti program pada kali ini, insyaAllah program kali kedua akan diadakan selepas ini dan makluman akan diberikan kepada PJS2 KPU.
FESTIVAL MESRA RAKYAT DUN TG DAWAI
Bertempat di pinggiran Pantai Tg Dawai pada 11 Dis 2009,Festival Mesra Rakyat dun Tg Dawai telah berjaya diadakan dengan begitu ceria dan meriah.Program yang bermula jam 8.00 pagi itu dirasmikan oleh YB Dr Hamdan Bin Mohd Khalib,Adun Tg Dawai.Program bermula dengan aktiviti kanak-kanak seperti pertandingan mewarna dan aktiviti -aktiviti lain di padang. Pihak muslimat juga tidak ketinggalan menyertai berbagai pertandingan yang dianjurkan seperti gubahan dan sebagainya.
Lebih 50 orang kanak-kanak berpeluang menyertai acara khatan beramai-ramai yang turut diadakan sempena program tersebut.
Manakala di sesi petang, para hadirin berpeluang mendengar ceramah motivasi dpd Ust Tuan Ibrahim Bin Tuan Man seterusnya disusuli dengan rawatan percuma yang dikendalikan sendiri oleh YB Dr Hamdan dengan dibantu oleh doktor2 pelatih dari Universiti Cyber Jaya dan USM. Sukan rakyat yang diadakan pada sesi petang turut mendapat sambutan yang begitu baik dari para pengunjung.Antara acara yang dijalankan seperti pertandingan sepak raga ribu dan acara tarik tali.
Program seterusnya disambung di sesi malam dengan persembahan nasyid daripada kumpulan-kumpulan jemputan termasuk Sdr Azhan Atan.
Saturday, December 12, 2009
PBC Regency Hotel, Gunung Jerai
Pada 7 dan 8 Disember 2009,KPU telah mengulangi kembali sejarah pada tahun 2001 di mana pada tahun tersebut hampir 100 orang pengedar telah mengikuti Program Keusahawanan Cemerlang di puncak Gunung Jerai. Kali ini bertempat di lokasi yang sama walaupun dengan sedikit perubahan dari sudut pengurusan resort,pihak komuniti KPU Sg Petani telah berjaya menjalankan PBC yang berlangsung dengan begitu memberangsangkan walaupun tidak bersama dengan Pengarah Urusan seperti program pada 8 tahun yang lalu.
Tiba di puncak gunung pada jam 8.30 pagi dengan kenderaan yang telah disediakan oleh pihak penganjur, para peserta terpegun dengan suasana keindahan alam dan cuaca sejuk seolah-olah berada di negara luar.Kabus yang tebal hampir menutup pemandangan indah yang biasanya dinikmati oleh para pengunjung.
PJS Sdr Mohd Zaidi bin Ghazali sebagai pengarah PBC tersebut telah berjaya memastikan perjalanan program sepanjang 2 hari 1 malam itu berjalan dengan baik dengan dibantu oleh beberapa orang PJS dan fasilitator,Antara PJS yang sama-sama menjayakan program tersebut adalah PJS Sdr NoorHyzad Bin Kassim, PJS Ust Zaidon Bin Abd Rahman,PJS Sdr Mohd Aseri Bin Hanapiah,PJS Puan Sharifah Bt Sulaiman,PJS Cikgu Mohd Nadzri Bin Ahmad,PJS Ust Mohd Radhi Bin Shuaib,PJS Ust Zamri Bin Hj Jusoh,PJS Sdr Mohd Faizal Bin Azmi,PJS Ustzh Zabidah Bt Zakaria dan PJS Ust Mohd Zahir Bin Ghazali.
Subscribe to:
Posts (Atom)