Saturday, October 31, 2009

PROGRAM KEPIMPINAN...RIDEL HOTEL, KOTA BHARU


Pada 31 hb Oktober 2009 bertempat di Hotel Ridel yang mana lokasinya betul-betul mengadap Sungai Kelantan, satu program kepimpinan ABRAUF NETWORK telah berlangsung dengan jayanya.Program kepimpinan yang menghimpunkan hampir 30 orang Pengarah Jati di bawah rangkaian Abrauf Network daripada negeri Kelantan juga dari negeri Terengganu.Program yang telah dirancang rapi seawal 2 bulan oleh PJS Ust Ramizu bin Abdullah bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 ptg.Program dimulakan dengan Pembentangan Ceramah "Ke Arah Pembinaan Usahawan Dinamik" disampaikan oleh PJS Cikgu Ramly yang merupakan seorang pemimpin KPT yang cukup berkarisma.Seterusnya para pemimpin berkesempatan bertemu dan mendengar kupasan serta pembentangan oleh PJS Ust Mohd Zahir bin Ghazali yang bertajuk"Pengarah Jati Yang Berkualiti...Antara Realiti, Cabaran Dan Harapan.Program turut diisi dengan slot Perkongsian Pengalaman Hebat bersama PJS Sdr NoorHyzad bin Kassim yang juga merupakan antara penggerak utama HPA di Sungai Petani. Peserta -peserta menunjukkan semangat dan kesungguhan yang begitu baik sepanjang program dan masing-masing merasa amat terharu kerana berpeluang mengikuti program kepimpinan ABRAUF NETWORK yang dianjurkan.




Kongsi pengalaman bersama PJS Sdr Noorhyzad bin Kassim.





PJS Ust Ramizu. bin Abdullah


Pemimpin gigih dari Pantai Timur yang berdedikasi dan banyak menggerakkan program membawa HPA terus ke depan. Takbirrr!!!





Sebahagian pemimpin muslimat asyik menghayati pengisian yang disampaikan.



Pengarah Jati Yang Berkualiti..Antara Realiti...Cabaran Dan Harapan




Peserta muslimat turut hadir serta.





Lucu...Pemimpin muslimin terhibur dengan perkongsian pengalaman


oleh PJS Sdr NorHyzad



PJS Encik Ramly...salah seorang pemimpin hebat dari Kota Bharu, sedang menyampaikan pengisiannya.

Friday, October 30, 2009

LIMA CIRI USAHAWAN YANG UNGGUL...

1. Berani mengambil risiko. Berani memulakan sesuatu yang serba tidak pasti dan penuh risiko. Usahawan yang unggul terlebih dahulu memperhitungkan semua risiko yang mungkin timbul dan menyediakan kaedah bagi menanganinya.

2. Suka pada cabaran. Ini bermaksud dia melihat segala sesuatu sebagai cabaran., bukan masalah. Setiap cabaran yang datang malah menaikkan semangatnya untuk terus berusaha.

3. Mempunyai ketahanan yang tinggi. Maksudnya, seseorang usahawan yang unggul perlu banyak idea dan tidak mudah putus asa.

4. Mempunyai visi yang jauh kehadapan. Ini beerti dia melakukan segala sesuatu dengan tujuan jangka panjang walaupun dia melakukannya dengan langkah yang kecil.

5. Sentiasa berusaha memberikan yang terbaik. Seseorang usahawan yang unggul bersedia mengerahkan semua potensi yang dimilikinya termasuk mengambil orang-orang yang cekap bagi mencapai wawasannya.

Sumber : Menjadi Usahawan sehebat Muhammad bin Abdullah (Muslim kelana)

Wednesday, October 28, 2009

RADIX STRAWBERRY....

Alhamdulillah...dan tahniah kepada semua warga pejuang HPA...Minuman Radix Strawberry kini telah muncul di pasaran .Selamat Mencuba !!!!

Saturday, October 24, 2009

PENDEDAHAN ISU-ISU SEMASA PAKATAN RAKYAT

Ceramah Isu-Isu Semasa melibatkan politik tanahair terus mendapat sambutan hangat di kalangan masyarakat.Kali ini, pada tarikh 23 hb Oktober 2009 bertempat di Dewan Cina Sg Lalang satu program ceramah telah diadakan yang dihadiri hampir 10 ribu orang pendengar.Program yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda Pas Kawasan Merbok ini membariskan YB ADUN Bukit Selambau,Sdr Manikumar, YB ADUN Komtar,Pulau Pinang dan AJK PAS Pusat Tuan Hj Mohd bin Sabu.Antara isi menarik yang disampaikan oleh Tuan Hj Mohd bin Sabu tentang persoalan rasuah yang benar-benar mencengkam bumi umat Islam walaupun persoalan rasuah adalah persoalan yang begitu ditentang oleh agama kita.Antara maksud hadis Nabi SAW"Mereka yang memberi dan menerima rasuah tempat mereka adalah di dalam neraka tetapi persoalannya kenapakah indek rasuah dunia menunjukkan bahawa negara umat Islam menjuarai barah-barah rasuah.Bangladesh,Pakistan,Mesir, hampir keseluruhan negara arab, Indonesia dan Malaysia adalah negara-negara pahlawan di medan rasuah pentas dunia.Sedangkan negara-negara di mana penduduknya tiada pegangan agama dan hanya berpegang kepada etika seperti negara New Zealand,Findland, England dan kebanyakan negara barat ada di kalangan mereka mencatatkan hampir sifir rasuah.
YB Sdr Manikumar sedang menyampaikan ceramahnya
Bersama Tuan Hj Mohd bin Sabu dan YB ADUN Komtar,Pulau Pinang.

Oleh :PJS Ust Mohd Zahir Ghazali


Tuesday, October 20, 2009

PERTANDINGAN FUTSAL PIALA PENGARAH URUSAN

KPU akan menganjurkan kejohanan Futsal Piala Pengarah Urusan pada tarikh 6 hb Disember 2009 bertempat di Gelanggang Futsal Gemilang,Sg Tukang SG Petani (bersebelahan kilang muslimah).Penyertaan hanya dibuka kepada lokasi komuniti PBC KPU.Bagi setiap komuniti PBC diminta menghantar sekurangnya satu pasukan yang terdiri dari 8 orang pemain.Penyertaan adalah percuma dan hadiah menarik menanti pemenang.Bagi komuniti PBC yang telah mempunyai pasukan untuk menyahut cabaran ini diminta menghantar nama-nama pemain ke HPA Lagenda Heights.(saudara Fitri-04-4259003).Pemain-pemain yang didaftarkan hendaklah hanya di kalangan pemimpin dan pengedar-pengedar HPA yang aktif.Komuniti PBC yang dijemput 1-Langkawi 2-Kangar 3-Jitra 4-Padang Terap 5-Alor Setar 6-Yan 7-Gurun 8-Sik 9-Baling 10-Sungai Petani 11-Kulim 12-Kepala Batas 13- Juru(Nashmir) 14-Naza Tanjong Tokong 15-Komplek Tabng Haji-Balik Pulau 16-Parit Buntar/Jawi.



PIALA PENGARAH URUSAN
ANJURAN KELAB PEMIMPIN UTARA -KPU



TOP TROPY FUTSAL KPU

Sunday, October 18, 2009

KELAS MINGGUAN...SG. PETANI

Bagi aktiviti KPU pada bulan Oktober 2009,kelas mingguan HPA di Sungai Petani terpaksa dipindahkan daripada dewan HPA Cawangan Aman Jaya ke Lagenda Heights.Ini disebabkan dewan HPA Aman Jaya digunakan untuk Kursus Sebulan Herbalis HPA.Bagi kelas untuk pengedar lama ,diadakan di Dewan Omar Mokhtar manakala untuk pengedar baru diadakan di Dewan Muhammad Mujahid.Semua pemimpin-pemimpin KPU..jangan tunggu lagi.Kewajipan lebih banyak dari masa yang ada.
Kelas mingguan HPA di Dewan Omar Mokhtar


PJS Mohd Aseri bin Hanapiah sedang menyampaikan Plan Pemasaran HPA

PBC AZ-ZAHRA IN

Setelah berehat panjang selepas menyambut Aidil Fitri, kini PBC kembali mendapat sambutan hebat dari kalangan ramai umat Islam.Ini dibuktikan dengan kehadiran di PBC El Zahraa In, Sg Petani pada 16-17 hb Oktb. 2009 yang menjangkau hampir 130 orang peserta. Pengarah PBC kali ini adalah PJS Sdr Sabri bin Jaafar.Antara PJS yang hadir membantu adalah PJS Mohd Faizal bin Azmi,PJS Sdr Mohd Zaidi bin Ghazali, PJS Sdr Zamri bin Jusoh, PJS Sdr Abd RAzak bin Ibrahim, PJS Ust Sabri bin Ahmad, PJS Ust Zaidon bin Abd Rahman, PJS Sdr NoorHyzad bin Kassim,PJS Puan Normah bt Zainol, PJS Puan Asnah bt Mustaffa,PJS Ustazah Zabidah bt Zakaria dan PJS Puan Zaini bt Bakar.Manakala pembentang modul PBC kali ini
1-Pengenalan HPA-PJS Tuan Syed Salahuddin bin Syed Mahayaddin
2-Plan Pemasaran PBC-PJS Sdr Mohd Aseri bin Hanapiah
3-ELemen 6 M & Produk Halal /Muslim Satu Tanggungjawab Bersama
- PJS Ust Mohd Zahir bin Ghazali
4-Diagn os Penyakit Melalui Saraf Tapak Tangan-PJS Puan Jamaliah Omar
5-Produk Pilihan-PJS Ust Mohd Zaidi bin Abu Hassan
Teruskan Merebut Pasaran...Produk Halal Tanggungjawab Bersama...
PJS Sdr Mohd Aseri bin Hanapiah dalam modul Plan Pemasaran PBC

Antara para peserta PBC yang hadir

Peserta sibuk menjamu selera

Latihan Dalam Kumpulan
Merancang Strategi

Susah juga nak jadi Pengarah Jati...rungut para peserta

Penjaga masa yang setia..PJS Sdr Mohd Zaidi bin Ghazali

Antara pemimnpin yang hadir
HPA Boleh!Gempurrrrrrrrrrrrrrrrrrrr Radix!
Satu kumpulan muslimat ketika sesi pembentangan.

Kumpulan Muslimin turut tampil menunjukkan kehebatan

PIZZA HPA MULA BEROPERASI

Satu lagi sejarah dilakar oleh HPA di mana Pizza HPA yang dinanti-nantikan oleh para pengedar HPA telahpun mula beroperasi pada 17 hb Oktb 2009 bertempat di Lagenda Heights Sungai Petani.Waktu perniagaan juga adalah sama seperti rangkaian restauran HPA yang lain iaitu bermula jam 9.00 pagi sehinggalah jam 11.00 malam.









Saturday, October 17, 2009

KOMUNITI KPU

HASIL DARI PERBINCANGAN DAN BRAINSTORMING PJS KPU DI DALAM PERTEMUAN PADA 13 HB OKTOBER 2009 BARU-BARU INI, KPU TELAH SEBULAT SUARA MEMBENTUK ZON-ZON KOMUNITI YANG BERPANDUKAN KEDUDUKAN CAWANGAN-CAWANGAN HPA SELURUH ZON UTARA. BEBERAPA CAWANGAN DISATUKAN MEMBENTUK SATU KOMUNITI YANG DITADBIR OLEH PENGERUSI SERTA PENANUNG KOMUNITI YANG TELAH DITETAPKAN DI KALANGAN PJS DAN PEMIMPIN KPU.PEMBENTUKAN KOMUNITI YANG BERNAUNG DI BAWAH PAYUNG KPU INI DILAKUKAN UNTUK MEMUDAHKAN PENGURUSAN KPU UNTUK MENYUSUN PROGRAM SERTA MENGATUR NKELAS-KELAS MINGGUAN YANG SEMAKIN BERTAMBAH.SETIAP KOMUNITI AKAN MEMPUNYAI ORGANISASI TERSENDIRI DI KALANGAN 20 ORANG PJS SERTA PEMIMPIN SETEMPAT.

PENGERUSI KOMUNITI KEPALA BATAS/PERDA/BUKIT MERTAJAM

PENGERUSI KOMUNITI BAYAN BARU-BALIK PULAU

:PJS ENCIK ABD JALIL BIN ZAINOL
PENAUNG KOMUNITI BAYAN BARU-BALIK PULAU
:PJS MOHD ASERI BIN HANAPIAH

PENGERUSI KOMUNITI TAIPING-KUALA KANGSAR-PARIT BUNTAR
: UST MOHD YUSFEE BIN YUSOF
PENAUNG KOMUNITI TAIPING-KUALA KANGSAR-PARIT BUNTAR
:PJS ENCIK MOHD NADZRI BIN AHMAD

PENGERUSI KOMUNITI KULIM-PARIT BUNTAR
:PJS UST MOHD ZAMRI BIN BAKAR

PENAUNG KOMUNITI KULIM-PARIT BUNTAR:PJS PUAN NORMAH BT ZAINOL


PENAUNG KOMUNITI KULIM-KEPALA BATAS-BKT MERTAJAM

-SG PETANI-GUAR CHEMPEDAK

:PJS UST MOHD ZAHIR BIN GHAZALI


PENGERUSI KOMUNITI SUNGAI PETANI-PJS ENCIK NOORHYZAD BIN KASSIM



PENGERUSI KOMUNITI BALING-SIK-PENGKALAN HULU-GERIK
:PJS ENCIK ABD RAZAK BIN HUSSAIN


PENAUNG KOMUNITI BALING-SIK-PENGKALAN HULU-GERIK

:PJS PUAN SYARIFAH BT SULAIMAN

PENGERUSI KOMUNITI POKOK SENA-PADANG TERAP

:PJS UST SABRI BIN AHMAD


PENGERUSI KOMUNITI POKOK SENA-PADANG TERAP

:PJS ENCIK MOHD ASERI BIN HANAPIAH

PENGERUSI KOMUNITI JITRA

:PJS ENCIK SALEHUDDIN BIN REMLY


PENAUNG KOMUNITI JITRA
:PJS ENCIK ISMAIL BIN OTHMAN


PENGERUSI KOMUNITI KANGAR-PADANG BESAR-ARAU
:PJS ENCIK AMIRUDDIN BIN ABU BAKAR

PENGERUSI KOMUNITI KANGAR-PADANG BESAR-ARAU-PENDANG

-KOTA SARANG SEMUT-KUALA KEDAH

-ALOR SETAR TANDOP-SHAHAB PERDANA
:PJS ENCIK AZIZAN BIN AHMAD

PENGERUSI KOMUNITI -ALOR SETAR PENDANG
-KOTA SARANG SEMUT-KUALA KEDAH -ALOR SETAR TANDOP-SHAHAB PERDANA

:PJS UST MOHD ZAIDI BIN ABU HASSAN

PENGERUSI KOMUNITI LANGKAWI
:PJS ENCIK AHMAD ZAKI BIN MD NOOR


PENAUNG KOMUNITI LANGKAWI:PJS PUAN JAMALIAH BT OMAR


Live Traffic Maps

NASYID fm

Blog ini adalah hak milik persendirian. Segala cerita adalah dari idea penulis sendiri serta maklumat-maklumat yang diperolehi.
ABRAUF NETWORK 2009

  ©Template Blogger Green by ABRAUF NETWORK.

ABRAUF