Sunday, February 28, 2010

KEPUTUSAN UJIAN PENILAIAN GEN 7 KPU

PIHAK KAMI MEMOHON KEMAAFAN DI ATAS KELEWATAN MENYIARKAN MARKAH-MARKAH UJIAN PENILAIAN GEN 7 YANG DIADAKAN PADA 23 HB JANUARI DAN 12 HB FEBUARI 2010 YANBG LALU.
















Saturday, February 27, 2010

STOKIS HALAL MART...

Tahniah kepada pemimpin baru Abrauf Network di Lembah Klang yang telah menempa satu dimensi tersendiri di dalam memasarkan produk HPA ke pangkuan masyarakat.Stokis Halal Mart yang baru beroperasi hampir sebulan.Stokis yang diusahakan oleh Sdr Anuar dan rakan-rakan didaftarkan di atas nama Marsus Enterprise beralamatkan no 27,Jalan Seri Putra 1/2 Bandar Seri Putra Bangi 43000,Kajang Selangor.
Saudara Anuar -019 6969014 juga,mengalu-alukan kunjungan semua pemimpin dan pengedar HPA dari sekitar Lembah Klang dan seluruh Malaysia untuk berkongsi maklumat dan pandangan.Sdr Anuar juga mengharapkan Stokis Halal Mart yang dibuka tersebut mampu berperanan sebagai pusat pembangunan perniagaan HPA khususnya bagi melahirkan usahawan-usahawan HPA yang aktif.Menurut beliau lagi,sejak hari pertama pembukaan stokis Halal Mart beliau dan rakan-rakan kongsi telah berjaya mendapatkan ahli-ahli baru yang berminat menjadi pengedar HPA apabila memasuki premis tersebut.






PA bahterajuang

Sunday, February 21, 2010

PROGRAM TAKLIMAT PRODUK PENAPIS AIR DEW HPA







PERHIMPUNAN PJS DAN KOMUNITI KPU

PADA 25 HB FEBUARI 2010, HIMPUNAN SEMUA AHLI TRIBUNAL KPU,PARA PJS SERTA SELURUH PENGERUSI SERTA SETIAUSAHA KOMUNITI KPU AKAN DIADAKAN SEPERTI BERIKUT:
MASA :8.00 MALAM-11.00 MLM (Diminta semua yg terlibat dapat menghadiri program seawal mungkin untuk mengelakkan program terpaksa bermula lewat)
TEMPAT:Dewan Seminar Omar Mokhtar,Lagenda Height,Sg Petani

Thursday, February 18, 2010

BENGKEL PENGUCAPAN AWAM PEMIMPIN MUSLIMAT KELAS SATU




UNTUK MAKLUMAT SEMUA YANG TERLIBAT, PROGRAM BENGEKEL PENGUCAPAN AWAM UNTUK MUSLIMAT YANG DIJANGKA DIADAKAN PADA 21 HB FEBUARI BERTEMPAT DI DEWAN MUHAMMAD MUJAHID,LAGENDA HEIGHT TERPAKSA DITUNDA KE TARIKH 22 HB DI TEMPAT YANG SAMA TETAPI AKAN BERMULA JAM 2.30 PTG DAN DIJANGKA BERAKHIR PADA JAM 6.30 PTG.

DI SINI ADALAH NAMA MEREKA YANG TERLIBAT DI DALAM BENGKEL PADA KALI INI:
1-PJ PUAN SALMAH BT SHAFIE
2-PJ PUAN ZAINAB BT ZAKARIA
3-PJ PUAN SOLIKAH BT JURAINI
4-PJ PUAN HALIMATON SAADIAH BT BAKAR
5-PJ PUAN ZAMALIAH BT MD ZAIN
6-PJ PUAN ZAIZA BT KERIA
7-PJ PUAN ZAHARAH BT SHUIB
8-PJ PUAN CHE JAM
9-PJ PUAN MAIMUNAH BT HASSAN
10-PJ PUAN SHAHIDSAH BT ALI

LATIHAN AKAN DIKENDALIKAN OLEH PJS UST MOHD ZAHIR BIN GHAZALI


BAGI MANA-MANA PESERTA YANG INGIN MENARIK DIRI DIMINTA MEMAKLUMKAN SECEPAT MUNGKIN KEPADA SAYA UNTUK DIGANTIKAN TEMPAT DENGAN PEMIMPIN LAIN YANG BERMINAT.

KEPUTUSAN UJIAN KEFAHAMAN PEMIMPIN LAMA KOMUNITI SG PETANI,PENDANG DAN JITRA PAD 30 HB JANUARI 2010

DIMINTA SEMUA PEMIMPIN YANG TERLIBAT DI DALAM UJIAN TERSEBUT DAPAT MERUJUK MARKAH MASING-MASING DI BAWAH.SILA RUJUK MELALUI NO SIRI GEN.BAGI MANA-MANA PEMIMPIN YANG GAGAL MENGIKUT ARAHAN,SEPERTI TIDAK MENULIS NO SIRI GEN DAN SEBAGAINYA SEPERTI YANG DIARAHKAN, MAKA BELIAU BOLEH MERUJUK MENGGUNAKAN NAMA BELIAU.

"BERDASARKAN UJIAN YANG TELAH DIJALANKAN,DIDAPATI MASIH RAMAI DI KALANGAN PEMIMPIN YANG AGAK RENDAH MAKLUMAT SERTA PENGETAHUAN MEREKA TENTANG PERKARA-PERKARA ASAS DI DALAM PERNIAGAAN HPA.MAKA DISARANKAN AGAR PARA PEMIMPIN MENGGIATKAN LAGI USAHA SEPERTI MEMBACA,MENGKAJI DAN SEBAGAINYA BAGI MEMASTIKAN PEMIMPIN KPU MAMPU MENJADI MODEL TERUTAMA KEPADA PENGEDAR BARU."
(PJS UST MOHD ZAHIR BIN GHAZALI)

LATIHAN DAN UJIAN YANG PERLU DILALUI OLEH PEMIMPIN KPU

KATEGORI PEMIMPIN BERDASARKAN UJIAN
KEDUDUKAN MARKAH PEMIMPIN KPU





UJIAN PEMIMPIN LAMA KPU-30 JANUARI 2010

Bertempat di Dewan Omar Mokhtar,RFC Lagenda Height,para pemimpin KPU dari komuniti Sg Petani,Pendang dan Jitra telah dihimpunkan di dalam kursus khas pemimpin dan fasilitator PBC.Semua pemimpin telah diwajibkan mengikuti ujian peperiksaan tahap kefahaman pemimpin dan seterusnya diadakan program Brainstorming pembaikan perjalanan PBC di 3 komuniti tersebut.Para pemimpin yang terlibat juga telah diberikan penekanan tentang peranan pemimpin di dalam PBC serta latihan untuk mengendali LDK di dalam PBC.
Manakala bagi pemimpin komuniti lain,satu program yang lain akan dijalankan di mana tarikh dan tempat akan dimaklumkan selepas ini.
Antara para pemimpin GEN 1-6 komuniti Sg Petani,Jitra dan Pendang
Para pemimpin diwajibkan tampil ke depan bagi mempamerkan kemampuan tersendiri.

Antara latihan yang dijalankan,berslogan dan bernasyid tanpa lirik


Latihan pengendalian LDK,bagi memastikan para fasi yang bertugas did alam PBC benar-benar mampu menggalas tugas dan harapan yang diberikan


Wednesday, February 17, 2010

PROGRAM KEPIMPINAN KPU PERAK

Tahniah kepada pemimpin-pemimpin KPU Perak!Program Latihan Dan Kepimpinan KPU Perak telah berjaya dijalankan pada tarikh 14 hb Febuari 2010 bertempat di Hotel Seri Malaysia Ipoh.Program telah dihadiri hampir 100 orang pemimpin KPU yang terpilih dari seluruh negeri Perak.Program sepanjang separuh hari tersebut telah bermula dengan taklimat dan pembentangan Modul "Peranan Pemimpin dan Langkahan Kejayaan"di sampiakan oleh PJS Ust Mohd Zahir Bin Ghazali.Seterusnya para peserta berpeluang bersama PJS Sdr Mohd Aseri Bin Hanapiah yang telah membentangkan modul"Mendasari Pelan Pemasaran HPA". Bagi sesi petang pula para pemimpin dilihat amat teruja dengan penyampaian ceramah "Ke Arah Melahirkan Pemimpin MLM HPA Yang Berwibawa " yang telah disampaikan oleh Pengurus Besar AWM En mohd Faisol Bin Abd Rahman. Seterusnya pada penghujung program ,para pemimpin yang hadir tidak kering gusi dengan pembentangan yang cukup menarik disampaikan oleh PJS Ust Sabri Bin Ahmad yang membicarakan tajuk Ushawan Herbalis Cemerlang. KPU turut mensasarkan kelahiran seramai mungkin PJS baru yang akan menjadi tonggak utama untuk terus membangunkan HPA di negeri Perak dengan program-program kepimpinan yang diadakan secara bersiri ini.
Para pemimpin Perak bergambar bersama GM AWM En Mohd Faisol
PJS Ust Mohd Zahir sedang menyampaikan ceramah

PJS En Mohd Aseri Bin Hanapiah membuka minda para peserta dengan keunggulan pelan pemasaran HPA

PJS Ust Sabri Bin Ahmad dengan aksinya ketika menyampaikan ceramah


Sebahagian daripada para peserta



Antara aktiviti yang dijalankan di sekitar program
PERAK BOLEH !!!


Pemimpin muslimat tidak ketinggalan
Oleh-PA Ust Mohd Zahir Ghazali

CERAMAH KEMELUT PEMAKANAN UMAT ISLAM AKHIR ZAMAN

Hampir 200 orang ahli jamaah Masjid Jami' Tasek Gelugor Seberang Prai Pulau Pinang telah berpeluang mendengar ceramah dan pendedahan tentang kemelut pemakanan umat Islam hari ini yang berkait dengan produk haram,syubhah serta produk-produk yahudi yang telah berjaya mencengkam pasaran negara umat islam pada hari ini.Ceramah yang diadakan pada 13 hb Febuari 2010 itu dianjurkan oleh pihak jawatankuasa` masjid tersebut dengan kerjasama PJS Ust Zamri Bin Bakar dan PJ Tuan Harryzan Bin Yaacob telah disampaikan oleh PJS Ust Mohd Zahir Bin Ghazali.Ceramah bermula selepas solat maghrib dan berakhir pada jam 9.30 malam.Kaunter jualan dan pendaftaran keahlian juga penuh sesak dengan para jamaah yang begitu teruja dan insaf dengan paparan demi paparan yang ditunjukkan.Tahniah kepada PJS Ust Zamri dan PJ Tuan Harryzan yang telah berjaya mengadakan program tersebut.



Oleh- PA Ust Mohd Zahir Ghazali


PROGRAM LATIHAN PEMIMPIN DAN FASILITATOR BARU KPU

Alhamdulillah,pada 12 hb Febuari 2010 telah berjaya diadakan program kepimpinan khusus untuk pemimpin dan fasilitator baru KPU dari kalangan pemimpin GEN 7 yang terpilih baru-baru ini.Program kumpulan pertama ini dihadiri hampir seratus orang peserta dan bagi pemimpin-pemimpin yang tidak menyertai program kali ini akan berpeluang mengikuti program bagi kumpulan 2 yang akan dimaklumkan selepas ini.Program kali ini berlangsung bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 6.00 ptg.Program bermula dengan taklimat dan pembentangan tugasan pemimpin KPU oleh PJS Ust Mohd Zahir Bin Ghazali.Seterusnya para pemimpin telah bersama berpadu pemikiran di dalam LDK bagaimana membangunkan perniagaan HPA dan menyelesaikan beberapa kemelut berbentuk cabaran di dalam perniagaan ini.
SUASANA SEPANJANG PROGRAM


LATIHAN DALAM KUMPULAN DAN PEMBENTANGAN KUMPULAN

BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH....AKSI KETIKA SESI TAAROF PEMIMPIN




Thursday, February 11, 2010

KURSUS PEMBENTANGAN MODUL PENGENALAN HPA DAN PRODUK HALAL

KURSUS PEMBENTANGAN MODUL PENGENALAN HPA DAN PRODUK HALAL TELAH DIADAKAN PADA 8 HB FEBUARI 2010 BERTEMPAT DI DEWAN MUHAMMAD MUJAHID,LAGENDA HEIGHT BERMULA JAM 8.00 MALAM-11.30 MLM. PROGRAM YANG MELIBATKAN HAMPIR 30 ORANG PEMBENTANG TERSEBUT DISAMPAIKAN OLEH PJS UST MOHD ZAHIR BIN GHAZALI.PARA PESERTA DIDEDAHKAN DENGAN BERBAGAI MAKLUMAT TERKINI SERTA KESILAPAN-KESILAPAN YANG SERING DILAKUKAN OLEH KEBANYAKAN PENCERAMAH KETIKA MELAKUKAN PEMBENTANGAN.






Live Traffic Maps

NASYID fm

Blog ini adalah hak milik persendirian. Segala cerita adalah dari idea penulis sendiri serta maklumat-maklumat yang diperolehi.
ABRAUF NETWORK 2009

  ©Template Blogger Green by ABRAUF NETWORK.

ABRAUF