Saturday, December 12, 2009

FUTSAL PIALA PEMUDA PAS KEDAH


Kejohanan Futsal Piala Pemuda PAS Kedah telah berjaya diadakan di Gelanggang Futsal Taman Gurun Jaya,Gurun Kedah.Di dalam kejohanan tersebut, semua kawasan di seluruh Kedah telah diwajibkan menghantar pasukan untuk menyertai pertandingan.Di antara syarat utama pertandingan, setiap pasukan tidak dibenarkan mengambil pemain di kalangan bukan ajk pemuda PAS kawasan.
Pasukan Merbok turut tidak ketinggalan menyertai pertandingan dengan penuh semangat kesukanan biarpun tewas ketiga-tiga perlawanan. Padang Serai 3 v 0 Merbok. Kulim 4 v 0 Merbok dan Jerlun 4 v 1 Merbok. Kejuaraan disandang oleh pasukan Kota Setar yang menewaskan pasukan Padang Serai di perlawanan akhir.Tahniah kepada semua pemain terutamanya pemain pasukan Merbok.










Sunday, December 6, 2009

FUTSAL KEJOHANAN FUTSAL HPA ZON UTARA-KPU 09


Kejohanan Futsal Piala Pengarah Urusan HPA pada 6 hb Disember 2009 di Gelanggang futsal Gemilang, Sg Tukang, Sg Petani ternyata telah berlangsung dengan begitu meriah.Kehadiran 14 pasukan yang mewakili komuniti masing-masing seawal pagi menampakkan kesungguhan pemain-pemain untuk bersaing merebut kejuaraan yang julung-julung kali diadakan tersebut.Tahniah kepada semua PJS yang turut serta menjayakan acara futsal kali ini,PJS Hj Shaari Yaacob,PJS Sdr Nor Zaimi Che Meh,PJS Ust Mohd Zaidi Abu Hassan,PJS Abd Razak Ibrahim,PJS Ust Zamri Jusoh,PJS Sdr Nor Hyzad Kassim,PJS Sdr Sabri Jaafar,PJS Sdr Mohd Zaidi Ghazali,PJS Sdr Zanbli Abd Rashid,PJS Ust Mohd Bakar Awang,PJS Ust Zamri Bakar,PJS Sdr Faizal Azmi dan PJS Ust Helmi Kadir.
Sebesar tahniah sepatutnya diberikan kepada pasukan Alor Setar,Kepala Batas,Kulim,Gurun dan Taiping walaupun gagal melayakkan diri ke semi final,tetapi ternyata pasukan-pasukan tersebut ternyata dibarisi oleh sebahagian besar pemain di kalangan PJS,fasilitator PBC dan pemimpin KPU.Syabas juga kepada PJS yang bermain cemerlang mewakili pasukan masing-masing seperti PJS Ust Mohd Zaidi Abu Hassan(penjaga gol Alor Setar)PJS Faizal Azmi(penjaga gol Sg Petani B) PJS Ust Zamri Bakar(penjaga gol Kulim) juga penyerang hebat yang tampil di sepanjang kejohanan seperti PJS Abd Razak Ibrahim (penyerang pasukan Gurun),PJS Nor Zaimi Che Meh (penyerang pasukan Alor Setar)dan PJS Zanbli Abd Rashid(penyerang pasukan Kepala Batas)serta PJS Helmi Kadir (penyerang pasukan Jitra).Tidak lupa juga kepada PJS yang terlibat sebagai pengurus dan jurulatih pasukan seperti PJS Sabri Jaafar(pengurus pasukan Sg Petani B) PJS Mohd Zaidi Ghazali (pengurus pasukan Sg Petani A) PJS Mohd Bakar Awang(pengurus pasukan Bukit Mertajam) Manakala PJS yang memberikan sumbangan tenaga sebagai urusetia seperti PJS Nor Hyzad Kassim dan PJS Zamri Jusoh.
Ternyata pasukan Langkawi yang keseluruhannya diwakili oleh anak-anak muda remaja, berjaya mendominasi hampir keseluruhan perlawanan sepanjang kejohanan sehinggalah muncul sebagai juara.Kegagalan pasukan Sungai Petani A dan Sungai Petani B untuk muncul di perlawanan akhir juga merupakan satu keputusan yang memeranjatkan setelah masing-masing muncul sebagai juara kumpulan tanpa sebarang kekalahan.Mengulas berkaitan kekalahan pasukan Sg Petani A,pengurus pasukan PJS Mohd Zaidi mengakui kehilangan tonggak pertahanan kental pasukan,PJX sdr Khairuddin yang terpaksa meninggalkan gelanggang sebelum bermulanya perlawanan semi final kerana ibunya yang sakit tenat ternyata mengganggu rentak pasukan. Manakala bagi pengfurus pasukan Sg Petani B,PJS Sabri Jaafar lebih memfokuskan penyebab kekalahan pasukannya diantaranya sikap terlalu yakin pemain dan kekurangan stamina menyebabkan mereka tersingkir di tangan pasukan Langkawi di perlawanan semi final.
Namun bagaimanapun ,KPU mengucapkan terima kasih di atas semua pemimpin serta pengedar yang memberikan sokongan serta para penaja kejohanan seperti Pengarah Urusan HPA,PJS Encik Azizan Ahmad,PJS Puan Sharifah Sulaiman,PJS Encik Mohd Nadzri Ahmad,PJS Encik Ismail Othman,PJS Tuan Syed Salahaddin,PJS Sdr Sabri Ahmad,PJS Ust Zamri Jusoh dan PJS Sdr Abd Razak Ibrahim.
Keputusan Perlawanan Kumpulan A

Keputusan Perlawanan Kumpulan B
















Kapten Pasukan Sg. Petani B menerima anugerah Pasukan Paling Banyak Berjaya Menjaringkan gol.

Saturday, December 5, 2009

PBC JITRA

Pada 4-5 hb Disember 2009, PBC Jitra yang dikendalikan oleh PJS Hj Shaari Bin Yaacob selaku pengarah, telah berlangsung dengan begitu jayanya. Dengan kerjasama pemimpin di kalangan PJS dan sof fasilitator yang hebat membuatkan suasana sepanjang PBC tersebut begitu memberangsangkan para peserta.Program yang diadakan bertempat di Darul Aman Suites,Jitra telah berjaya menghimpunkan lebih 50 orang peserta.Tahniah Komuniti Jitra!!!










Tuesday, December 1, 2009

HIMPUNAN PEMIMPIN KPU KOMUNITI SG PETANI/GUAR

Perhimpunan seluruh pemimpin KPU komuniti Sungai Petani/Guar telah diadakan pada tarikh 1 hb Disember 2009 bertempat di Dewan Omar Mokhtar,RFC Lagenda Height.Program tersebut diadakan khusus untuk menghimpun kembali semua pemimpin KPU yang tinggal di dalam zon komuniti Sg Petani/Guar Chempedak samaada pemimpin yang aktif ataupun mereka yang pernah aktif satu ketika dulu.Para pemimpin diberikan taklimat berkaitan dengan pembentukan komuniti di zon utara,perjalanan kelas mingguan dan PBC yang dianjurkan oleh KPU.Mana-mana pemimpin yang ingin kembali aktif disyaratkan agar segera mendapatkan no siri GEN dan mana-mana pemimpin yang tidak berminat akan diketepikan daripada senarai kepimpinan KPU dan mereka tidak akan lagi dijemput ke program-program kepimpinan yang dijalankan oleh KPU.Program yang bermula pada jam 8.30 malam tersebut turut dihadiri sebahagian besar PJS dari zon komuniti Sg Petani dan terdapat juga PJS pemerhati dari komuniti-komuniti yang lain.Terdapat juga PJS KPU yang salah faham dengan program yang diadakan khusus untuk pemimpin komuniti ini dengan menghantar pemimpin-pemimpin baru untuk diserapkan di dalam program GEN 7.









PBC ANJURAN KOMUNITI KPU SUNGAI PETANI

PBC KEDUA

PBC 7-8 Disember 2009-Hari Isnin-Selasa

Tempat:Regency Hotel,Gunung Jerai.
Pengarah PBC-PJS Mohd Zaidi Bin Ghazali
HP-014 2435072

Yuran PBC-RM180.00(50 org peserta shj)
Pakej termasuk kenderaan pengangkutan naik dan turun dari Gunung Jerai.



Dewan Makan


PERBINCANGAN DENGAN PENGURUSAN RESORT

CHALET DAN HOTEL KEDIAMAN PESERTA

PROGRAM PELANCARAN KEPIMPINAN GEN 7 KPU
















PROGRAM PELANCARAN GEN 7 KP
Kepada semua PJS dan pemimpin KPU diminta mengambil perhatian maklumat di bawah.



1-Seperti yang dibentangkan di dalam mesyuarat komuniti tempohari,semua pengerusi dan setiausaha komuniti diminta memaklumkan kepada semua PJS dan pemimpin Gen 1 hingga 7 KPU yang tinggal di zon komuniti masing-masing tentang program Pelancaran Kepimpinan GEN 7 yang akan diadakan pada tarikh 1 hb Jan 2010,Masa 8.00-11.00 mlm.Tempat :Hotel Sg Petani Inn, Sg Petani.






2-Semua PJS diminta mengenalpasti dan memilih ahli-ahli di bawah rangkaian masing-masing yang layak untuk mengikuti program kepimpinan GEN 7 KPU.Sila dapatkan maklumat mereka yang terpilih berkaitan dengan 1-Nama 2-Nama PJS 3-Alamat 4-No Tel/HP 5-NPB 6-Pangkat Sekarang 7-NO KP 8- Pekerjaan 9 –Alamat tempat kerja 10- Tarikh menyertai PBC 11- Tempat PBC yang diikuti 12-Komuniti mana ?Sila email nama pemimpin yg terpilih dan maklumat mereka ke email(
bahterajuang09@yahoo.com) atau terus hantar ke Pejabat Urusetia Program GEN 7 KPU- No 66,Jalan Lagenda 2,Lagenda Height, 04-4259003 selewat-lewatnya jam 8.00 mlm pada tarikh 15 hb Dis 2009. (Perhatian kepada semua PJS!Pastikan makluman ini sampai kepada pemimpin bawahan anda dan mana-mana peserta yang tidak lengkap maklumat seperti yang diarahkan di atas tidak akan diterima)





3--Pihak komuniti juga diminta mengenal pasti mana-mana pengedar dan aktivis HPA yg berada di zon KPU dan layak mengikuti program yang diadakan tetapi mereka berada di bawah rangkaian pemimpin KPA,KPT dan lainnya.Pihak komuniti perlu membantu memastikan mereka juga berpeluang untuk bersama.





4--Pihak urusetia akan menghantar surat jemputan khas ke majlis tersebut kepada nama-nama yg telah diberikan kepada pihak kami.Kegagalan pemimpin menghantar nama-nama ahli-ahli yang aktif akan menyebabkan mereka tidak mendapat jemputan.


SYARAT-SYARAT PEMILIHAN
SIAPA YANG SEPATUTNYA DIPILIH UNTUK MENYERTAI PROGRAM KEPIMPINAN GEN 7?



1-Pengedar –pengedar yang aktif yang tinggal di antara bandaraya Ipoh sehingga ke Bandar Kangar termasuk (Langkawi)



2-Mereka yang terpilih mestilah yang berpangkat sekurangnya PLX dan pernah mengikuti PBC bagi pengedar bernombor keahlian 300 ribu ke atas.



3-Mereka yang terpilih di kalangan pengedar yang aktif menghadiri kelas mingguan dan program-program HPA setempat yang diadakan.



4-Pengedar yang dipilih mestilah di kalangan mereka yang bershakhsiah dan berakhlak baik,tidak merokok atau bercita-cita berhenti merokok dalam masa terdekat.



5-Pengedar yang dipilih juga di kalangan mereka yang dapat dan bersedia mengikuti peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh KPU(contohnya menutup aurat, memakai blazer/jaket di dalam program,memakai kasut(bukan berslipar) tidak memakai t shirt di dalam program yang diadakan.(Kesilapan PJS pada program yang terdahulu perlu dijadikan pengajaran apabila ada pengedar yang masih belum layak tetapi telah dipilih menyebabkan timbul banyak masalah)



6-Mereka yang dipilih mestilah benar-benar berminat mengikuti program(bukan paksaan dan pujukan pemimpin semata-mata) juga bercita-cita untuk membina kecemerlangan hidup bersama perniagaan HPA.

Monday, November 30, 2009

FUTSAL

Sesi latihan dan memanaskan badan sempena menanti hari kejohanan Futsal Zon Utara mendapat sambutan yang begitu baik di kalangan pasukan yang akan bertanding.Pada 30 hb November 2009 bertempat di Gelanggang Futsal Gemilang telah menghimpunkan 3 pasukan yang telah menurunkan hampir keseluruhan pemain yang bakal beraksi pada 6 hb Disember 2009 ini.Latihan yang bermula jam 8.30 hingga 11.30 mlm tersebut disertai oleh pasukan Sungai Petani (A), Sungai Petani (B) dan Parit Buntar.


Pengurus pasukan Sungai Petani (B) PJS Sdr Sabri Bin Jaafar(paling kanan) turut turun padang memberikan sokongan kepada anak-anak buah.

Live Traffic Maps

NASYID fm

Blog ini adalah hak milik persendirian. Segala cerita adalah dari idea penulis sendiri serta maklumat-maklumat yang diperolehi.
ABRAUF NETWORK 2009

  ©Template Blogger Green by ABRAUF NETWORK.

ABRAUF