Sunday, December 6, 2009

FUTSAL KEJOHANAN FUTSAL HPA ZON UTARA-KPU 09


Kejohanan Futsal Piala Pengarah Urusan HPA pada 6 hb Disember 2009 di Gelanggang futsal Gemilang, Sg Tukang, Sg Petani ternyata telah berlangsung dengan begitu meriah.Kehadiran 14 pasukan yang mewakili komuniti masing-masing seawal pagi menampakkan kesungguhan pemain-pemain untuk bersaing merebut kejuaraan yang julung-julung kali diadakan tersebut.Tahniah kepada semua PJS yang turut serta menjayakan acara futsal kali ini,PJS Hj Shaari Yaacob,PJS Sdr Nor Zaimi Che Meh,PJS Ust Mohd Zaidi Abu Hassan,PJS Abd Razak Ibrahim,PJS Ust Zamri Jusoh,PJS Sdr Nor Hyzad Kassim,PJS Sdr Sabri Jaafar,PJS Sdr Mohd Zaidi Ghazali,PJS Sdr Zanbli Abd Rashid,PJS Ust Mohd Bakar Awang,PJS Ust Zamri Bakar,PJS Sdr Faizal Azmi dan PJS Ust Helmi Kadir.
Sebesar tahniah sepatutnya diberikan kepada pasukan Alor Setar,Kepala Batas,Kulim,Gurun dan Taiping walaupun gagal melayakkan diri ke semi final,tetapi ternyata pasukan-pasukan tersebut ternyata dibarisi oleh sebahagian besar pemain di kalangan PJS,fasilitator PBC dan pemimpin KPU.Syabas juga kepada PJS yang bermain cemerlang mewakili pasukan masing-masing seperti PJS Ust Mohd Zaidi Abu Hassan(penjaga gol Alor Setar)PJS Faizal Azmi(penjaga gol Sg Petani B) PJS Ust Zamri Bakar(penjaga gol Kulim) juga penyerang hebat yang tampil di sepanjang kejohanan seperti PJS Abd Razak Ibrahim (penyerang pasukan Gurun),PJS Nor Zaimi Che Meh (penyerang pasukan Alor Setar)dan PJS Zanbli Abd Rashid(penyerang pasukan Kepala Batas)serta PJS Helmi Kadir (penyerang pasukan Jitra).Tidak lupa juga kepada PJS yang terlibat sebagai pengurus dan jurulatih pasukan seperti PJS Sabri Jaafar(pengurus pasukan Sg Petani B) PJS Mohd Zaidi Ghazali (pengurus pasukan Sg Petani A) PJS Mohd Bakar Awang(pengurus pasukan Bukit Mertajam) Manakala PJS yang memberikan sumbangan tenaga sebagai urusetia seperti PJS Nor Hyzad Kassim dan PJS Zamri Jusoh.
Ternyata pasukan Langkawi yang keseluruhannya diwakili oleh anak-anak muda remaja, berjaya mendominasi hampir keseluruhan perlawanan sepanjang kejohanan sehinggalah muncul sebagai juara.Kegagalan pasukan Sungai Petani A dan Sungai Petani B untuk muncul di perlawanan akhir juga merupakan satu keputusan yang memeranjatkan setelah masing-masing muncul sebagai juara kumpulan tanpa sebarang kekalahan.Mengulas berkaitan kekalahan pasukan Sg Petani A,pengurus pasukan PJS Mohd Zaidi mengakui kehilangan tonggak pertahanan kental pasukan,PJX sdr Khairuddin yang terpaksa meninggalkan gelanggang sebelum bermulanya perlawanan semi final kerana ibunya yang sakit tenat ternyata mengganggu rentak pasukan. Manakala bagi pengfurus pasukan Sg Petani B,PJS Sabri Jaafar lebih memfokuskan penyebab kekalahan pasukannya diantaranya sikap terlalu yakin pemain dan kekurangan stamina menyebabkan mereka tersingkir di tangan pasukan Langkawi di perlawanan semi final.
Namun bagaimanapun ,KPU mengucapkan terima kasih di atas semua pemimpin serta pengedar yang memberikan sokongan serta para penaja kejohanan seperti Pengarah Urusan HPA,PJS Encik Azizan Ahmad,PJS Puan Sharifah Sulaiman,PJS Encik Mohd Nadzri Ahmad,PJS Encik Ismail Othman,PJS Tuan Syed Salahaddin,PJS Sdr Sabri Ahmad,PJS Ust Zamri Jusoh dan PJS Sdr Abd Razak Ibrahim.
Keputusan Perlawanan Kumpulan A

Keputusan Perlawanan Kumpulan B
















Kapten Pasukan Sg. Petani B menerima anugerah Pasukan Paling Banyak Berjaya Menjaringkan gol.

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Live Traffic Maps

NASYID fm

Blog ini adalah hak milik persendirian. Segala cerita adalah dari idea penulis sendiri serta maklumat-maklumat yang diperolehi.
ABRAUF NETWORK 2009

  ©Template Blogger Green by ABRAUF NETWORK.

ABRAUF