Tuesday, October 26, 2010

GEMPUR RADIX DI MESIR

HPA Bangkit Kembali Di Mesir !!!Alhamdulillah kami kembali semula ke Mesir setelah bertahun meninggalkan bumi bertuah tersebut.Pada kali ini dengan misi membangunkan maklumat dan semangat siswa siswi Al Azhar untuk bersama perniagaan umat Islam HPA Ind Sdn Bhd, kami telah menjejakkan kaki di bumi Mesir pada 18-22 hb Sept 2010. Saya bersama sahabat PJS Ust Ramizu Bin Abdullah dari Kelantan telah selamat tiba di Cairo Airport pada jam 2 ptg waktu Egypt. Semasa tiba, kami disambut oleh rombongan wakil PMRAM dan wakil Komuniti HPA KAherah serterusnya dibawa terus majlis jamuan aidilfitri yang kebetulan diadakan oleh PMRAM pada hari yang sama di perkarangan rumah negeri di Hayyu Asyir.
walaupun lawatan pada kali ini agak singkat dan padat, namun objektif kehadiran kami tetap tercapai.Antara program yang dijalankan ialah taklimat Mengenali Perniagaan HPA yang diadakan di markas akhawat di Mandarah Iskandariah,program di markas DPPM Tanta dan dewan asrama pelajar Kedah Haiyyu Sabiek.
Kami juga turut mengadakan pertemuan dengan pihak komuniti HPA Kaherah dan pihak PMRAM.
Alhamdulillah..semoga bertambah ramai para ilmuan Islam yang akan bersama HPA pada masa-masa mendatang.



Program di Dewan Asrama Pelajar Kedah



Program di markas DPM Tanta

Pengerusi DPM Tanta menerima cenderahati daripada HPA

Markas mahasiswa Damanhur

Bersama PJS Ust Ramizu dan PJ Ust Mohd Fitri

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Live Traffic Maps

NASYID fm

Blog ini adalah hak milik persendirian. Segala cerita adalah dari idea penulis sendiri serta maklumat-maklumat yang diperolehi.
ABRAUF NETWORK 2009

  ©Template Blogger Green by ABRAUF NETWORK.

ABRAUF