PROGRAM BERSAMA SISWA SISWI KOLEJ ISLAM PERAK
Antara peserta yang mengikuti lawatan dan taklimat di HPA Caw Aman Jaya,Sg Petani
PJ Sdr Jamsari Bin Mahmud,pemimpin yang menegndalikan lawatan
Para sisiwi turut serta dengan penuh semangat
Ucapan Aluan daripada PJS Sdr Mohd Asim Bin Khalid
Hampir 50 orang siswa siswi beserta dengan kakitangan Kolej Islam Perak telah mengadakan siri lawatan rasmi ke pusat pentadbiran HPA di Perlis dan Sungai Petani,Kedah. Antara aktiviti yang dilalui selain melawat kilang ladang serta cabangan perniagaan HPA yang lain, para peserta turut berpeluang mendengar taklimat dan motivasi yang disampaikan oleh PJS Ust Mohd Zahir Bin Ghazali.Para peserta yang hadir dari Kuala Kangsar,Perak tersebut telah disajikan maklumat tentang perkembangan terkini HPA serta peluang seorang mahasiswa dan mahasiswi untuk merebut berbagai tawaran dari HPA.
Program teresbut diadakan pada 26 Oktb 2010 bertempat di HPA Cawangan Aman Jaya,Sungai Petani Kedah.Turut serta di dalam program tersebut adalah PJS Sdr Noor Hyzad bin Kassim,PJS Sdr Mohd Asim bin Khalid juga pemimpin HPA yang tidak asing lagi di sekitar Kuala Kangsar iaitu PJ Sdr Jamsari bin Mahmud. Tahniah kepada penganjur lawatan tersebut.
Admin 2010
Admin 2010
Post a Comment