Monday, January 4, 2010

PROGRAM PELANCARAN KEPIMPINAN GEN 7 KPU


Pada 1hb Januari 2010 seramai 311 orang pemimpin baru KPU telah berjaya dikumpilkan di dalam program pelancaran kepimpinan GEN 7 KPU pada kali ini.Program yang diadakan di Hotel Sg Petani In,Sg Petani dan bermula pada jam 9 mlm tersebut di lancarkan oleh pengurus besar AWM,Encik Mohd Faisol Bin Abd Rahman. Program yang turut disertai oleh para PJS serta sebahagian pemimpin KPU berjalan dengan penuh meriah dan bersemangat.


Peraturan yang ketat sebelum memasuki dewan yang dikenakan kepada para pemimpin yang terpilih menjadikan suasana begitu mengujakan para pemimpin yang hadir. Para pemimpin baru yang dipilih tidak dibenarkan memasuki dewan sekiranya berslipar,bert shirt,berseluar jean atu tidak memakai blazer.Manakala bagi pemimpin muslimat pula diwajibkan menutup aurat termasuk berstokin.Alhamdulillah, para pemimpin baru yang dipilih nampaknya begitu bersemangat dan bersedia mengikuti peraturan yang ditetapkan oleh KPU.
Namun terdapat para peserta yang tidak mengisi borang keahlian pemimpin GEN 7 yang disediakan dengan lengkap menyebabkan pihak penganjur terpaksa menolak buat sementara waktu penyertaan mereka sehinggalah mereka dapat menyempurnakan segala maklumat di dalam borang .













Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Live Traffic Maps

NASYID fm

Blog ini adalah hak milik persendirian. Segala cerita adalah dari idea penulis sendiri serta maklumat-maklumat yang diperolehi.
ABRAUF NETWORK 2009

  ©Template Blogger Green by ABRAUF NETWORK.

ABRAUF