Monday, January 4, 2010

PEMIMPIN KPU MELAWAT VIETNAM


Perjalanan ke Cu Chi memaparkan pemandangan tidak ubah seperti di Malaysia dengan deretan ladang getah dan petak-petak sawah padi yang diusahakan.










Bumi Vietnam menjadi lokasi pelancongan dan lawatan pemimpimpin KPU pada tahun 2009.Setelah keletihan dengan padatnya program sepanjang tahun 2009, pemimpin-pemimpin KPU telah mengambil peluang di musim cuti sekolah yang lalu untuk melancong sambil belajar di bandaraya Ho Chi Min,Vietnam.Para peserta berlepas dari Airport,LCCT pada jam 3 ptg 23 hb Disember.Setelah 2 jam berada di dalam pesawat Air Asia, akhirnya para peserta telah selamat sampai dan mendarat di airport Ho Chi Min.Ahli rombongan seterusnya di bawa ke hotel penginapan yang terletak di tengan bandar tersebut.Para peserta agak teruja dengan suasana kehidupan masyarakat di sekitar bandar Ho Chi Min atau dulunya dikenali dengan nama Saigon.Ribuan motosikal yang memenuhi segenap penjuru jalanraya di kota itu menjadikan ianya suatu yang agak unit kepada pelancong-pelancong luar.


Sepanjang 4 hari di bumi Vietnam, para peserta rombongan berpeluang melawat berbagai tempat menarik dan bersejarah seperti kubu bawah tanah gerila Viet Chong ketika menentang tentera Amerika di sebuah kampung di sebut dengan nama Cu Chi.Di situ, peserta dapat melihat bagaimana terowong bawah tanah yang begitu unik dengan berbagai kelengkapan yang disediakan oleh pihak gerila pada suatu ketika dulu.


Seterusnya para peserta berpeluang meninjau muzium perang Vietnam dan Amerika yang dipenuhi dengan para pelancong dari luar terutamanya dari Amerika dan Perancis yang mempunyai pertalian erat dengan sejarah Vietnam di era penjajahan dulu.


Para peserta juga berpeluang menyusuri arus Sungai Mekong dengan bot dan sampan yang disediakan oleh pihak agen pelancongan di sana.Berbagai pengalaman menraik yang mencuit hati para peserta di sepanjang ekspidisi sehingga menyebabkan para peserta tidak kering gusi dengan gelagat-gelagat yang ditunjukkan oleh para pemimpin KPU.
Paserta musafir juga berpeluang mengerjakan solat fardhu di masjid sekitar bandar yang kedua terbesar di Vietnam itu di samping mengunjungi restauran-restauran halal yang banyak terdapat di kota itu.



Suatu yang menraik perhatian para pelancong ke sana apabila mendapati begitu sukar bertemu dengan warga Vietnam yang berbadan gempal atau gemuk. Juga sikap selamba warga Vietnam yang tidak bersikap sombong bahkan lebih bersikap tidak mengambil hirau para pelancong yang datang. Tepat pada jam 6.30 ptg pada 28 hb Disember, semua pemimpin KPU yang terlibat telah selamat kembali tiba di Airport LCCT seterusnya menyambung perjalanan untuk kembali ke utara dengan menaiki bas yang telah disediakan oleh penganjur.


Oleh:PJS Mohd Zahir Ghazali

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Live Traffic Maps

NASYID fm

Blog ini adalah hak milik persendirian. Segala cerita adalah dari idea penulis sendiri serta maklumat-maklumat yang diperolehi.
ABRAUF NETWORK 2009

  ©Template Blogger Green by ABRAUF NETWORK.

ABRAUF