ANDALUSIA..MEMORIMU MENGGAMIT EMOSIKU
Kota Al Kazaba di sebelah Istana Al Hambra yang menjadi benteng pertahanan kota Islam Gharnathoh .
Ilustrasi peristiwa penyerahan kunci kota Gharnathoh oleh Sultan Abu Abdullah kepada pemimpin tentera kristian,Raja Ferdinald
Keunikan senibina Istana Al Hambra
Sebahagian peserta ketika di airport.
Pemandangan kota Gharnathoh Al Hambra dari jauh
Pemandangan kota Gharnathoh Al Hambra dari jauh
Alhamdulillah, setelah sekian lama menyimpan hasrat untuk menjejakkan kaki ke bumi perjuangan umat Islam Andalusia telah tercapai walaupun segalanya telah berubah berbanding kesah-kesah emas kehidupan umat Islam yang banyak terlakar di dalam buku sirah juga lipatan sejarah.
Rombongan kami telah selamat sampai di bumi Sepanyol atau Spain yang menggantikan nama Andalusia pada 14 hb Mac 2010.Mendarat di Lapangan Terbang Madrid, setelah mengharungi penerbangan yang agak meletihkan bermula dari KLIA,transit di Doha seterusnya meneruskan penerbangan ke Madrid.
Walaupun kami menjangkakan urusan masuk ke negara Sepanyol yang terkenal sebagai antara negara yang agak bersikap anti Islam dan perkauman akan mendatangkan banyak masalah, namun alhamdulillah, ternyata jangkaan kami agak meleset.Kami dapat melalui proses imegresent dan kastam dengan begitu mudah.
Di Madrid, kami dinantikan oleh wakil Perantau Holiday yang menguruskan lawatan kami sepanjang di Sepanyol. Encik Fuad dan Ust Mohamad yang masih menuntut di UK telah tiba sehari sebelum ketibaan kami di Sepanyol.
Walaupun kehadiran kami di bandar Madrid sekadar kunjungan transit sebelum meneruskan perjalanan ke Granada dan lokasi-lokasi lawatan kami di Selatan Sepanyol, namun sedikit masa yang ada membolehkan kami melawat tempat-tempat yang agak menarik di sekitar Madrid.Ternyata bagi penulis,bandar Madrid ternyata tidak seperti yang dibayangkan sebelum ini.Madrid hanyalah bandar yang agak tenang dan tidaklah sesibuk seperti yang tergambar di dalam pemikiran sebelum ini.Di Madrid kami telah dibawa melawat Stadium Santiago Bernabeu yang merupakan gelanggang rasmi kelab bolasepak yang terkaya di dunia,Real Madrid.Walupun rata-rata peserta bukanlah di kalangan peminat bolasepak namun kunjungan ini dianggap sekadar mendapatkan pengalaman.
Para peserta juga dibawa melawat Pusat Islam yang terbesar di bandaraya Madrid yang dikatakan menimbulkan rasa tidak senang di kalangan ramai rakyat Spain yang beragama kristian.Pusat Islam yang dikatakan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Arab Saudi itu menjadi pusat perhimpunan masyarakat Islam di Madrid.Di situ juga disediakan berbagai kemudahan untuk umat Islam seperti masjid, restauran dan lain-lain lagi.
Seterusnya kami kembali ke lapangan terbang Madrid bagi meneruskan perjalanan ke bandar Granada yang dikenali dengan nama Ghornathoh di zaman pemerintahan Islam.Dengan menaiki pesawat kecil RyanAir pastinya mengundang sedikit rasa kurang selesa di kalangan para peserta yang sememangnya begitu keletihan.Setelah lebih kurang satu jam kami tersepok keletihan di atas pesawat Ryan Air maka kami selamat tiba di lpngnterbang Granada.Seterusnya kami dibawa menginap di Hotel Itab yang tidak berapa jauh kedudukan dari lapangan terbang.
HARI KEDUA
Kami dibawa meniti pendakian ke puncak gunung yang dikenali dengan Sierra Nevada yang menyebabkan keseluruhan peserta merasa seram sejuk.Walaupun tidak mendaki dengan derapan langkah kaki tetapi dengan bas pelancongan yang disediakan,namun perjalanan yang terpaksa melalui lereng-lereng gunung yang curam cukup membuatkan para peserta terdiam berdoa panjang.
Setelah sampai di kemuncak,alhamdulillah kami dapat menyaksikan suasan serta pemandangan yang begitu indah di puncak gunung yang dilitupi dengan salji dan dipenuhi peminat-peminat ski.Penulis dimaklumkan bahawa Sierra Nevada yang dikenali di zaman Islam sebagai Jabal Thulais ini adalah di antara pusat permainan ski yang terkenal di Eropah serta paling mencabar.Bebagai pakej disediakan bagi para pelancong yang berminat untuk mempelajari permainan ski yang mengambil masa sekurangnya 3 hari bagi latihan asas.Namun bagi peserta rombongan,itu bukanlah suatu yang menarik perhatian di mana kebanyakan pemimpin HPA sibuk menghayati keindahan alam ciptaan Allah SWT yang terlalu asing bagi kita rakyat negara khatulistiwa.
HARI KE 3
Seterusnya para peserta dibawa melawat tempat yang menjadi lambang kehebatan kesenian Sepanyol yang menjadi jasa peninggalan kerajaan Islam terdahulu. Kota Al Hambra, yang menjadi tempat kunjungan jutaan pelancong adalah kota peninggalan kerajaan Islam Kesultanan Bani Ahmar dan merupakan kota umat Islam yang terakhir jatuh ke tangan tentera-tentera kristian Sepanyol.Walaupun istana Al Hambra telah jatuh ke tangan musuh,namun pihak kristian telah mengambil keputusan mengekalkan istana dan kota tersebut kerana teruja dan terlalu taajub dengan kehalusan senibina kota Al Hambra.
Pastinya kesedihan serta kepiluan menyelit dicelahan jiwa dan perasaan setiap pengunjung muslim apabila melihat kota kemegahan umat Islam satu ketika dulu kini bukan lagi menjadi milik kita.
Kota AlHambra telah berjaya dikuasai oleh kristian Sepanyol ketika Ghornathoh di pimpin oleh Sultan Abu Abdullah yang lebih dikenali di kalangan orang Spain dengan Bo Abdel.Setelah sekian lama kota tersebut dikepung tentera kristian,akhirnya pemimpin Islam mengambil keputusan menyerah kalah walaupun ditentang sebahagian besar pembantu dan rakyat. Dengan tempoh 6 hari yang diberikan,maka Abu Abdullah telah menyerah kalah dan menyerahkan kunci kota tersebut kepada raja Ferdinald dengan linangan air mata.Hampir 700 tahun Islam menguasai Sepanyol hasil jihad dan perjuangan nenek moyang mereka yang terdahulu tetapi beliau ditakdirkan sebagai pemerintah yang terakhir di kalangan umat Islam.Sehingga kini kesan peninggalan umat Islam yang penuh dengan kesenian hebat masih lagi dapat dilihat di sekitar istana Al Hambra,Granada.Hati bertambah pilu melihat deretan tulisan "La A'li Illallah" yang menjadi slogan rasmi negara Islam silam yang terpampang di merata tempat yang dikuasai oleh golongan kristian kini.
HARI KE 4
Seawal pagi kami bertolak ke bandar Malaga yang juga menjadi lokasi singgahan di dalam perjalanan kami ke Bandar Qarthubah(Cardova).Di Malaga,kami sekadar berehat di pinggiran kota peninggalan tentera Islam yang begitu menakjubkan sebelum jatuh ke tangan tentera kristian.Kami meneruskan perjalanan ke bandar Ronda yang amat sinonim dengan gelanggang laga lembu yang tertua di Sepanyol.Akhirnya setelah merentasi perjalanan yang panjang dan meletihkan ,kami berjaya tiba di bandar Qarthubah yang pernah menjadi kota ilmu dan kebudayaan dunia yang terhebat satu ketika dulu.
HARI KE 5
Alhamdulilah,memandangkan kedudukan hotel penginapan yang tidak berapa jauh dengan masjid Qarthubah,maka ahli rombongan hanya berjalan kaki ke tempat bersejarah umat Islam tersebut.Ternyata kesah-kesah silam kehebatan umat Islam membangunkan Qarthubah hanya dilipat di dalam diari sejarah ,semuanya bukan lagi milik kita.Kejayaan kerajaan Islam menjadikan bandar Qarthubah sebagai bandar kota yang tercantik di dunia,bunga-bunga yang dibawa dari Baghdad,Universiti Qarthubah yang telah melahirkan sebegitu ramai ilmuan Islam,semuanya sekadar menjadi bahan-bahan sembang semata-mata.Yang dilihat sekadar masjid yang telah diubah menjadi gereja,sehinggakan para pengunjung Islam diberikan amaran keras oleh pihak keselamatan agar tidak mengerjakan solat di dalam masjid tersebut.Sepanjang kami berada di dalam masjid,kami turut diikuti dan diawasi oleh pihak keselamatan yang ternyata begitu bimbang sekiranya ada di kalangan kami yang tetap akan mengerjakan solat sunat.
HARI KE 6
Sebelum bertolak semula ke bandar Granada,kami berpeluang melawat Madinah An Nasr, satu kota unik peninggalan kerajaan Islam yang amat dikagumi oleh pakar sejarah dan pengkaji senibina pada hari ini. Hebatnya umat Islam terdahulu...dan betapa ruginya dunia dengan kejatuhan Islam suatu ketika dulu.
Kami kembali tiba di bandar Granada pada lewat malam dan bermalam di hotel yang terletak di pinggir kota Al Hambra.
HARI KE 7
Awal pagi semua peserta telah berhimpun di lobi hotel seterusnya bertolak ke Lapanganterbang Granada untuk memulakan perjalanan pulang ke tanahair.Selepas solat subuh di airport kami kembali menaiki flight Ryan Air menuju ke Real Madrid seterusnya menaiki pesawat Qatar Airways untuk pulang ke Malaysia.
Seja o primeiro a comentar
Post a Comment