Abrauf Network adalah ringkasan daripada Abdur Rahman ibn Auf (bahasa Arab: عبد الرحمن بن عوف) yang merupakan rangkain usahawan HPA yang dipimpin oleh PJS Ust Mohd Zahir bin Ghazali.Rangkaian ini mula bergerak aktif melibatkan pengedar-pengedar HPA di kalangan ustaz-ustaz dan dan pencinta Islam yang mula mengorak langkah bersama PJS Ust Mohd Zahir bin Ghazali pada tahun 1997. Abdul Rahman bin Auf merupakan seorang sahabat Rasulullah saw yang tidak asing lagi di dalam dunia perjuangan Islam dan dakwah di samping ianya dikenali sebagai seorang usahawan Islam yang terbilang.Nama sebenar beliau Abu Amr .Beliau telah menggunakan nama Abdur Rahman selepas memeluk Islam, dua hari selepas Abu Bakar memeluk Islam. Jasa dan sumbangannya dalam memberi sumbangan dari segi kewangan dan barangan ketika Perang Tabuk menjadi sebutan para sahabat. Beliau juga pernah dilantik oleh baginda Nabi S.A.W untuk mengimami solat ketika ketiadaan baginda. Abdur Rahman merupakan lambang kejayaan umat Islam di dalam bidang urusniaga dan perdagangan terutama ketika bidang ekonomi ketika itu dimonopoli oleh kaum Yahudi. Semoga kita dapat mengikuti jejak langkahnya..amin..
PENGERUSI UNIT KEBAJIKAN KPU,PJS CIKGU MOHD NADZRI BIN AHMAD MENYAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA KELUARGA MISKIN
RM 15 000 SUMBANGAN DARIPADA KPU KEPADA SEKOLAH AGAMA INTEGRASI FAIZIN YANG TERLIBAT DI DALAM BENCANA KEBAKARAN BARU-BARU INI.
KELIHATAN PJS EN MOHD ASERI BIN HANAPIAH MEWAKILI KPU MENYAMPAIKAN SUMBANGAN TERSEBUT KEPADA UST MUSADDAQ BIN AHMAD, PENGERUSI LEMBAGA TADBIR SAIF
PRESIDEN KPU, PJS EN AZIZAN AHMAD BERSAMA SEBAHAGIAN PJS KPU SEDANG MENYERAHKAN SUMBANGAN UNTUK UMAT ISLAM GAZA,PALESTIN SEBANYAK RM20 000.SUMBANGAN DISAMPAIKAN MELALUI PENGARAH YAYASAN AMAL KEDAH,
1. Semua peserta diminta mengikuti program ini dengan sepenuh hati dan kesungguhan
.
2. Para peserta sama sekali tidak dibenarkan membawa anak-anak kecil ataupun bukan peserta ke dalam dewan program
.
3. Peserta diwajibkan memakai tanda nama peserta PBC yang disediakan termasuk ketika mengambil makanan
.
4. Hanya peserta yang berdaftar dibenarkan mengambil makanan. Sesiapa dikalangan bukan peserta yang mengambil makanan akan dikenakan bayaran mengikut kos setempat
.
5. Para peserta diminta memakai pakaian yang kemas, beradab dan menutup aurat
.
6. Peserta wajib mengikut semua modul yang diadakan sepanjang program dari awal sehingga tamat
.
7. Peserta yang meninggalkan mana-mana modul sepanjang program yang diadakan tidak akan diberikan borang penyertaan PBC di penghujung program
.
8. Semua peserta diminta mematikan deringan telefon bimbit dan dilarang menggunakan telefon bimbit sepanjang program
.
9. Peserta tidak dibenarkan memilih rakan sebilik untuk penginapan bilik hotel di mana pemilihan penghuni akan ditetapkan oleh pihak urusetia
.
10.Mana-mana peserta yang terpaksa meninggalkan program kerana kecemasan hendaklah mendapat tandatangan daripada ketua disiplin program terlebih dahulu. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan peserta tidak dikira sebagai peserta.
PROGRAM AKAN DATANG
PROGRAM DI DEWAN MUHAMMAD MUJAHID STOKIS DAERAH LAGENDA HEIGHTS
Seja o primeiro a comentar
Post a Comment