FESTIVAL MESRA RAKYAT DUN TG DAWAI
Bertempat di pinggiran Pantai Tg Dawai pada 11 Dis 2009,Festival Mesra Rakyat dun Tg Dawai telah berjaya diadakan dengan begitu ceria dan meriah.Program yang bermula jam 8.00 pagi itu dirasmikan oleh YB Dr Hamdan Bin Mohd Khalib,Adun Tg Dawai.Program bermula dengan aktiviti kanak-kanak seperti pertandingan mewarna dan aktiviti -aktiviti lain di padang. Pihak muslimat juga tidak ketinggalan menyertai berbagai pertandingan yang dianjurkan seperti gubahan dan sebagainya.
Lebih 50 orang kanak-kanak berpeluang menyertai acara khatan beramai-ramai yang turut diadakan sempena program tersebut.
Manakala di sesi petang, para hadirin berpeluang mendengar ceramah motivasi dpd Ust Tuan Ibrahim Bin Tuan Man seterusnya disusuli dengan rawatan percuma yang dikendalikan sendiri oleh YB Dr Hamdan dengan dibantu oleh doktor2 pelatih dari Universiti Cyber Jaya dan USM. Sukan rakyat yang diadakan pada sesi petang turut mendapat sambutan yang begitu baik dari para pengunjung.Antara acara yang dijalankan seperti pertandingan sepak raga ribu dan acara tarik tali.
Program seterusnya disambung di sesi malam dengan persembahan nasyid daripada kumpulan-kumpulan jemputan termasuk Sdr Azhan Atan.
Post a Comment