Saturday, December 12, 2009

PBC Regency Hotel, Gunung Jerai


Pada 7 dan 8 Disember 2009,KPU telah mengulangi kembali sejarah pada tahun 2001 di mana pada tahun tersebut hampir 100 orang pengedar telah mengikuti Program Keusahawanan Cemerlang di puncak Gunung Jerai. Kali ini bertempat di lokasi yang sama walaupun dengan sedikit perubahan dari sudut pengurusan resort,pihak komuniti KPU Sg Petani telah berjaya menjalankan PBC yang berlangsung dengan begitu memberangsangkan walaupun tidak bersama dengan Pengarah Urusan seperti program pada 8 tahun yang lalu.
Tiba di puncak gunung pada jam 8.30 pagi dengan kenderaan yang telah disediakan oleh pihak penganjur, para peserta terpegun dengan suasana keindahan alam dan cuaca sejuk seolah-olah berada di negara luar.Kabus yang tebal hampir menutup pemandangan indah yang biasanya dinikmati oleh para pengunjung.

PJS Sdr Mohd Zaidi bin Ghazali sebagai pengarah PBC tersebut telah berjaya memastikan perjalanan program sepanjang 2 hari 1 malam itu berjalan dengan baik dengan dibantu oleh beberapa orang PJS dan fasilitator,Antara PJS yang sama-sama menjayakan program tersebut adalah PJS Sdr NoorHyzad Bin Kassim, PJS Ust Zaidon Bin Abd Rahman,PJS Sdr Mohd Aseri Bin Hanapiah,PJS Puan Sharifah Bt Sulaiman,PJS Cikgu Mohd Nadzri Bin Ahmad,PJS Ust Mohd Radhi Bin Shuaib,PJS Ust Zamri Bin Hj Jusoh,PJS Sdr Mohd Faizal Bin Azmi,PJS Ustzh Zabidah Bt Zakaria dan PJS Ust Mohd Zahir Bin Ghazali.
Antara aktiviti sepanjang program PBC


Suasana di puncak gunung yang ditutupi oleh kabus pagi.




Bersiar-siar selepas kuliah subuh dengan menghirup udara segar di puncak gunung.

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Live Traffic Maps

NASYID fm

Blog ini adalah hak milik persendirian. Segala cerita adalah dari idea penulis sendiri serta maklumat-maklumat yang diperolehi.
ABRAUF NETWORK 2009

  ©Template Blogger Green by ABRAUF NETWORK.

ABRAUF