CERAMAH KEMELUT PEMAKANAN UMAT ISLAM AKHIR ZAMAN
Hampir 200 orang ahli jamaah Masjid Jami' Tasek Gelugor Seberang Prai Pulau Pinang telah berpeluang mendengar ceramah dan pendedahan tentang kemelut pemakanan umat Islam hari ini yang berkait dengan produk haram,syubhah serta produk-produk yahudi yang telah berjaya mencengkam pasaran negara umat islam pada hari ini.Ceramah yang diadakan pada 13 hb Febuari 2010 itu dianjurkan oleh pihak jawatankuasa` masjid tersebut dengan kerjasama PJS Ust Zamri Bin Bakar dan PJ Tuan Harryzan Bin Yaacob telah disampaikan oleh PJS Ust Mohd Zahir Bin Ghazali.Ceramah bermula selepas solat maghrib dan berakhir pada jam 9.30 malam.Kaunter jualan dan pendaftaran keahlian juga penuh sesak dengan para jamaah yang begitu teruja dan insaf dengan paparan demi paparan yang ditunjukkan.Tahniah kepada PJS Ust Zamri dan PJ Tuan Harryzan yang telah berjaya mengadakan program tersebut.
Seja o primeiro a comentar
Post a Comment