Sunday, November 15, 2009

FUTSAL PIALA PENGARAH URUSAN


FUTSAL KPU KEJOHANAN MEREBUT PIALA PENGARAH URUSAN
Tarikh 6 hb Disember 2009 dinanti-nantikan oleh sebahagian pasukan yang telahpun bersiap sedia berhasrat mencipta sejarah awal menjulang Piala Pengarah Urusan HPA yang julung kali akan diadakan tersebut. Kejohanan yang akan berlangsung di Gelanggang Futsal Gemilang, bersebelahan kilang kosmetik muslimah HPA itu,dibuka kepada semua komuniti PBC KPU yang telah disenaraikan.Pihak urusetia telahpun menyerahkan borang penyertaan serta syarat-syarat pertandingan melalui pengerusi dan setriausaha komuniti masing-masing.Antara syarat penyertaan adalah setiap pemain yang mewakili pasukan mestilah di kalangan aktivis HPA dan sekurang-kurangnya telah menyertai PBC.
Sehingga kini,7 pasukan telah mengesahkan penyertaan manakala sebahagian yang lain masih lagi terpinga-pinga dan gementar untuk tampil berhadapan dengan pasukan handalan di dalam kejohanan ini.Kepada semua PJS dan pemimpin setempat, segera berikan sokongan dan jangan aibkan komuniti anda.
Komuniti yang telah mengesahkan penyertaan.
1- Komuniti Sg Petani-Pengurus PJS Sdr Mohd Zaidi Bin Ghazali
2-Komuniti Sg Petani(Pahlawan Gurun)Pengurus PJS Sdr Abd Razak Bin Ibrahim
3-Komuniti Seberang Prai-Pengurus PJS Ust Mohamad Bakar Bin Awang
4-Komuniti Kulim-Pengurus PJS Ust Zamri Bin Bakar
5-Komuniti Langkawi The Eagle Team A-Pengurus PJ Mohamad Fadzli Bin Abdullah
6-Komuniti Langkawi The Eagle Team B-Pengurus PJ Abd Razak Bin Yahya
7-Komuniti Jitra-Pengurus PJ Sdr Nur Firdaus Bin Hashim
Manakala komuniti yang belum bersedia menyahut cabaran adalah,
8-Komuniti Kangar ?
9-Komuniti Padang Terap ?
10-Komuniti Alor Setar ?
11-Komuniti Sik ?
12-Komuniti Pulau Pinang-Telah menarik diri dan tidak bersedia menghadapi cabaran kejohanan.
13-Komuniti Gerik/Pengkalan Hulu?
14-Komuniti Parit Buntar ?
15-Komuniti Taiping ?
16-Komuniti Yan ?
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut sila sms kepada Pengarah Kejohanan
PJS Ust Mohd Zahir Bin Ghazali 012-4269003
ANTARA PIALA UTAMA YANG AKAN MENJADI REBUTA
Pasukan Komuniti Sungai Petani merupakan antara pasukan awal yang dibentuk melalui pemilihan pemain yang dijalankan. Pasukan ini juga dikatakan telah mula turun untuk sesi latihan. Tahniah !

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Live Traffic Maps

NASYID fm

Blog ini adalah hak milik persendirian. Segala cerita adalah dari idea penulis sendiri serta maklumat-maklumat yang diperolehi.
ABRAUF NETWORK 2009

  ©Template Blogger Green by ABRAUF NETWORK.

ABRAUF