Saturday, November 28, 2009

KEJOHANAN FUTSAL PIALA PENGARAH URUSAN HPA

KEJOHANAN FUTSAL KPU
PIALA PENGARAH URUSAN HPA
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1-Penyertaan kejohanan adalah percuma dan hanya untuk kaum muslimin sahaja.Muslimat tidak dibenarkan walaupun mempunyai kemahiran.

2--Hanya terbuka kepada pengedar dan pemimpin HPA di komuniti masing-masing.Tidak dibenarkan mengimport pemain –pemain yang berkebolehan dan mahir di kalangan bukan ahli dan aktivis HPA.

3-Hadiah berbentuk piala dan toptropy disediakan untuk pemenang tempat pertama,kedua dan ketiga.Manakala piala pusingan disediakan untuk johan pertandingan.Top tropy juga disediakan kepada penjaring terbanyak dan pasukan yang paling banyak melakukan jaringan gol,juga pasukan yang paling banyak dibolosi.Pertandingan akan dijalankan secara liga,dimana setiap pasukan akan bermain 6 kali perlawanan sebelum 4 pasukan terbaik mara ke separuh akhir.

4-Setiap pasukan hanya dibenarkan mendaftar 8 orang pemain dan seorang pengurus pasukan.Hanya pemain yang berdaftar dibenarkan bermain. Pengurus juga dibenarkan menjadi pemain.Bermakna setiap pasukan dibolehkan menyediakan 9 orang pemain sekiranya seorang pemain merangkap pengurus serta jurulatih.


5-Semua pasukan dan pemain yang bertanding perlu memahami konsep”Bersukan untuk merapatkan ukhuwwah”.Ini bertujuan mengelakkan sebarang kontroversi dan perselisihan faham di dalam dan luar gelanggang yang boleh menjejaskan ukhuwwah sesama sendiri.

6-Tarikh akhir penyerahan borang penyertaan adalah pada 20 hb November 2009. Namun kelewatan yang dimaklumkan akan dipertimbangkan.Semua komuniti diminta menyerahkan borang penyertaan ke Pusat Agensi Ust Zahir(Lagenda Height)Tel 04 4259003.

7-Pihak urusetia berhak menerima pasukan tambahan daripada mana-mana komuniti yang berminat sekiranya terdapat komuniti yang tidak berminat menyertai kejohanan,.

8-Pembahagian kumpulan serta jadual perlawanan akan diuruskan oleh pihak penganjur, pasukan yang menyertai kejohanan tidak dibenarkan campurtangan di dalam pengurusan pertandingan kecuali jika diperlukan.

9-Semua pemain diwajibkan menutup aurat luar dan dalam gelanggang permainan serta menunjukkan akhlak dan adab Islam.

10-Setiap pasukan diminta membawa sejadah untuk solat berjamaah zohor dan asar.

11-Pihak penganjur hanya menyediakan minuman tetapi tidak menyediakan makanan tengahari.

12-Semua pasukan dikehendaki berada di lokasi kejohanan selewat-lewatnya pada jam 9.00 pagi.Kelewatan hadir boleh menyebabkan pasukan tersebut tersingkir secara automatik.

13-Setiap komuniti dikehendaki menyediakan sendiri jersi untuk pasukan masing-masing dimana semua jersi disyaratkan perlu ada perktaan KPU di hadapan atau belakang jersi.

14-Setiap pasukan tidak dibenarkan menarik diri di hari kejohanan dan diwajibkan bermain sehingga tamat kejohanan.

ANTARA PIALA YANG BAKAL DIREBUT OLEH SEMUA PASUKAN

1-PIALA PUSINGAN

2-PIALA IRINGAN(JOHAN/NAIB JOHAN/TEMPAT KETIGA)

3-PENJARING TERBANYAK(INDIVIDU)

4-PASUKAN PALING BANYAK JARINGAN

5-PASUKAN PALING BANYAK DIBOLOSI



















KUMPULAN A

1-SG PETANI (A)

2-LANGKAWI FC

3-SIK FC

4-KEPALA BATAS FC

5-KUALA NERANG FC

6-PARIT BUNTAR FC

7-KULIM FC

KUMPULAN B

1-GURUN FC

2-ALOR SETAR FC

3-KUBANG PASU FC

4-BALING FC

5-BUKIT MERTAJAM FC

6-TAIPING FC

7-SG PETANI (B)

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Live Traffic Maps

NASYID fm

Blog ini adalah hak milik persendirian. Segala cerita adalah dari idea penulis sendiri serta maklumat-maklumat yang diperolehi.
ABRAUF NETWORK 2009

  ©Template Blogger Green by ABRAUF NETWORK.

ABRAUF