Sunday, November 8, 2009

STOKIS UNIK DAN CERIA DI BANDAR BARU SELAYANG

PJS Puan Noliah bt Ahmad merupakan seorang pemimpin baru yang telah lahir daripada PBC yang diadakan oleh HPA. Mengikuti PBC di Hotel Seri Malaysia Sungai Petani pada tahun 2008 bersama suami Tuan Hj Baharom Bin Abd Majid, akhirnya perkenalan awal tersebut membuahkan rasa kasih kepada perniagaan HPA ini dan mengambil keputusan untuk bergiat aktif.Beliau yang tinggal di Dataran Templer, Bandar Baru Selayang, Selangor bergerak aktif di sekitar Lembah Klang dan juga Negeri Sembilan.Ibu kepada dua orang anak dan telahpun mempunyai dua orang cucu ini merupakan pesara guru.Walaupun beliau bersama dengan suami Tuan Hj Baharom yang merupakan bekas kakitangan kerajaan sebagai pentadbir tanah negeri Selangor dan kini juga merancang untuk terlibat sepenuh masa bersama perniagaan HPA boleh dikatakan hidup dalam keadaan yang agak selesa dengan kekuatan ekonomi keluarga yang sedia ada ,tetapi apabila melihat perniagaan HPA yang membawa satu perjuangan mewakili umat Islam memasarkan produk halal maka beliau bersama suami bertekad akan bersama membantu perniagaan ini.
PJS Puan Noliah yang lebih dikenali dengan gelaran antie di kalangan upline juga downline telah menjadikan rumah kediaman mereka yang begitu cantik sebagai stokis yang dapat membantu umat Islam di sekitar mendapatkan produk halal. Ruangan hadapan rumah yang asalnya digunakan sebagai ruang letak kenderaan telah diubah sebagai stokis HPA dengan konsep minimarket.
Melihat kepada persekitaran premis stokis beliau yang cukup unik,penuh dengan produk dan ditambah dengan sikap ramah tamah yang ditunjukkan oleh beliau dan suami, maka ianya sudah menjadi jawapan kenapa stokis beliau tidak sunyi dikunjungi pelanggan.Beliau juga merupakan penggerak utama PBC yang dijalankan di Klana Resort Shah Alam ,Negeri Sembilan pada setiap bulan.Apabila ditanya bagaimana beliau dapat membina kecemerlangan dalam masa yang agak singkat bersama HPA, jawab beliau, mungkin disebabkan niat utama beliau untuk membantu umat Islam mendapatkan produk halal maka Allah SWT memberikan rezeki kepada beliau yang mencurah-curah bersama HPA.Sebagai warga emas, beliau lebih mensasarkan sahabat dan kenalan dari kalangan warga pencen untuk menjadi rangkaian di bawah beliau."Selalaunya orang pencen ada wang, ada banyak masa dan anak anak cucu yang boleh dijadikan rangkaian ahli di bawah mereka"kata beliau.Tahniah kepada PJS Puan Noliah dan suami. Bagi mereka yang ingin mendapatkan produk dan berkongsi pengalaman bersama beliau boleh hubungi beliau di talian 019-3822651

Dari kiri,PJS Puan Hjh Noliah,PJE Tuan Hj Baharom, PJS Sdr NoorHyzad,penulis dan PJ Sdr Izwan.
TABLE TALK TURUT DISEDIAKAN KEPADA PELANGGAN YANG HADIR UNTUK MEMBERIKAN PERKHIDMATAN DAN TAKLIMAT YANG DIPERLUKAN.
RUANGAN STOKIS DENGAN PRODUK HPA YANG TERSUSUN RAPI DI RAK, CUKUP MEMIKAT HATI MEREKA YANG BERKUNJUNG KE STOKIS BELIAU.
STOKIS DILIHAT DARI HADAPAN.


STOK PRODUK YANG BANYAK,AMAT MEMIKAT HATI PELANGGAN

Oleh:PJS Ust Mohd Zahir Bin Ghazali

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Live Traffic Maps

NASYID fm

Blog ini adalah hak milik persendirian. Segala cerita adalah dari idea penulis sendiri serta maklumat-maklumat yang diperolehi.
ABRAUF NETWORK 2009

  ©Template Blogger Green by ABRAUF NETWORK.

ABRAUF