BANDAR PADANG DALAM KENANGAN
Kemusnahan hebat bandar Padang,Sumatera Barat dengan bencana gempa bumi baru-baru ini,bukan sahaja menggemparkan kembali dunia dengan silih ganti tragedi yang melanda bumi seberang.Namun kejadian tersebut juga memberikan kesan yang besar kepada sebahagian pemimpin-pemimpin KPU yang pernah memijakkan kaki di bumi itu dalam ekspidisi lawatan KPU pada 26 hb Dis 2008 yang lalu.Hampir keseluruhan lokasi menarik dan bangunan yang menghiasi bandar Minangkabau tersebut telah runtuh menyembah bumi.Lebih menyedihkan apabila kejadian tersebut turut mengheret kematian ribuan penduduk di sana.
Pemimpin-pemimpin KPU pastinya masih dapat membayangkan keindahan dan keunikan bandar tersebut juga keselesaan hotel Ambancang yang menjadi tempat rehat istimewa yang menyimpan pengalaman bagi setiap peserta.Hotel yang boleh dikategorikan sebagai antara hotel yang paling standard di bandar tersebut dengan restauran, ruangan depan,kolam renang serta bilik tidur yang agak menyelesakan.
Kini 3/4 bangunan hotel Ambacang tersebut telah roboh dan dikatakan masih banyak mayat-mayat penghuni hotel yang terperangkap masih gagal dikeluarkan.
Lapangan Terbang Padang yang menyimpan banyak sejarah bagi ahli-ahli rombongan juga telah musnah di dalam kejadian gempa bumi tersebut.Semoga Allah SWT terus memelihara kita dari segala bencana dan moga-moga Allah SWT memberikan kebaikan di akhirat kepada mangsa-mangsa tragedi juga kekuatan serta ketabahan kepada mereka yang kehilangan kaum keluarga dan terpaksa meneruskan kehidupan di celah batu bata bangunan yang runtuh.Semoga di hujung terowong kelam masih ada cahaya yang menanti.


PEMANDANGAN DARI DEPAN HOTEL
KETIKA WAKTU MALAM
Post a Comment