Thursday, October 15, 2009

PERJUMPAAN PJS KPU


54 orang PJS KPU telah berkumpul di Dewan Omar Mokhtar ,Lagenda Heights Sg Petani pada 13 hb Oktober 2009.Program yang diadakan juga sempena Syawal yang masih belum melabuhkan tirainya di mana ahli-ahli tribunal KPU telah menyediakan jamuan untuk semua pemimpin-pemimpin yang hadir.
Setelah menjamu selera, mesyuarat serta perbincangan terus berjalan sehinggalah lewat malam.Di antara agenda utama perbincangan adalah berkaitan dengan situasi semasa perniagaan HPA khususnya yang melibatkan pengedar-pengedar di kawasan utara. Program Festivel Sukan KPU serta hari keluarga PJS KPU di antara perkara yang dibincangkan dengan serius oleh seluruh para PJS KPU.Festivel sukan KPU akan diadakan pada 6 hb Disember 2009 bertempat di Gelanggang Futsal Gemilang,bersebelahan kilang kosmetik muslimah Sg Lalang.Manakala Hari Keluarga PJS KPU pula bakal berlangsung pada 13 hb Disember 2009 di Pantai Merdeka Resort.
Seterusnya PJS KPU juga dimaklumkan tentang program pelancaran kepimpinan KPU GEN 7 yang akan dijalankan pada 6 hb November 2009 bertempat di Hotel Sg Petani In.Program pelancongan tahunan KPU juga di antara agenda penting yang telah dibincangkan pada pertemuan tersebut.
PRESIDEN KPU ,PJS ENCIK AZIZAN BIN AHMAD SEDANG MENYAMPAIKAN TAKLIMAT KEPADA PARA PJS KPU YANG HADIR

AHLI TRIBUNAL MUSLIMAT KPU



SEBAHAGIAN DARI PJS MUSLIMIN KPU


Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Live Traffic Maps

NASYID fm

Blog ini adalah hak milik persendirian. Segala cerita adalah dari idea penulis sendiri serta maklumat-maklumat yang diperolehi.
ABRAUF NETWORK 2009

  ©Template Blogger Green by ABRAUF NETWORK.

ABRAUF