Thursday, October 8, 2009

FAKTA MINGGU INI...

Monosodium glutamate (MSG)
Bahan penambah perisa MSG adalah hablur putih yang secara tradisi diperolehi daripada rumpai laut. MSG tidak menambah perisa kepada makanan tetapi ia hanya mengubah suai rasa dalam makanan itu sendiri.
Pada hari ini MSG tidak lagi dihasilkan daripada rumpai laut, tetapi melalui proses penapaian yang canggih dengan menggunakan kanji sebagai medium pembiakan ibunya. Di Malaysia, kanji ubi kayu digunakan.
Pada tahun 2001, umat Islam di Indonesia digemparkan dengan berita mengenai enzim babi digunakan dalm pengeluaran MSG. (berita selanjutnya dalam bab 23) Buku Persatuan Pengguna Pulau Pinang.
Bahan yang menimbulkan kontroversi itu ialah Bactosoytone, iaitu nutrien yang digunakan untuk membiakkan bakteria yang akan digunakan sebagai medium pembiakan ibu dalam proses penapaian. Bactosoytone dihasilkan apabila protein soya diuraikan oleh enzim yang diekstrak daripada pankreas babi.
Oleh itu, penggunaan Bactosoytone dalam pengeluaran MSG adalah haram kerana ia dihasilkan daripada sumber yang haram.
Sumber rujukan :Buku Halal dan Haram, Persatuan Pengguna Pulau Pinang.

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Live Traffic Maps

NASYID fm

Blog ini adalah hak milik persendirian. Segala cerita adalah dari idea penulis sendiri serta maklumat-maklumat yang diperolehi.
ABRAUF NETWORK 2009

  ©Template Blogger Green by ABRAUF NETWORK.

ABRAUF