Friday, October 30, 2009

LIMA CIRI USAHAWAN YANG UNGGUL...

1. Berani mengambil risiko. Berani memulakan sesuatu yang serba tidak pasti dan penuh risiko. Usahawan yang unggul terlebih dahulu memperhitungkan semua risiko yang mungkin timbul dan menyediakan kaedah bagi menanganinya.

2. Suka pada cabaran. Ini bermaksud dia melihat segala sesuatu sebagai cabaran., bukan masalah. Setiap cabaran yang datang malah menaikkan semangatnya untuk terus berusaha.

3. Mempunyai ketahanan yang tinggi. Maksudnya, seseorang usahawan yang unggul perlu banyak idea dan tidak mudah putus asa.

4. Mempunyai visi yang jauh kehadapan. Ini beerti dia melakukan segala sesuatu dengan tujuan jangka panjang walaupun dia melakukannya dengan langkah yang kecil.

5. Sentiasa berusaha memberikan yang terbaik. Seseorang usahawan yang unggul bersedia mengerahkan semua potensi yang dimilikinya termasuk mengambil orang-orang yang cekap bagi mencapai wawasannya.

Sumber : Menjadi Usahawan sehebat Muhammad bin Abdullah (Muslim kelana)

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Live Traffic Maps

NASYID fm

Blog ini adalah hak milik persendirian. Segala cerita adalah dari idea penulis sendiri serta maklumat-maklumat yang diperolehi.
ABRAUF NETWORK 2009

  ©Template Blogger Green by ABRAUF NETWORK.

ABRAUF