PENDEDAHAN ISU-ISU SEMASA PAKATAN RAKYAT
Ceramah Isu-Isu Semasa melibatkan politik tanahair terus mendapat sambutan hangat di kalangan masyarakat.Kali ini, pada tarikh 23 hb Oktober 2009 bertempat di Dewan Cina Sg Lalang satu program ceramah telah diadakan yang dihadiri hampir 10 ribu orang pendengar.Program yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda Pas Kawasan Merbok ini membariskan YB ADUN Bukit Selambau,Sdr Manikumar, YB ADUN Komtar,Pulau Pinang dan AJK PAS Pusat Tuan Hj Mohd bin Sabu.Antara isi menarik yang disampaikan oleh Tuan Hj Mohd bin Sabu tentang persoalan rasuah yang benar-benar mencengkam bumi umat Islam walaupun persoalan rasuah adalah persoalan yang begitu ditentang oleh agama kita.Antara maksud hadis Nabi SAW"Mereka yang memberi dan menerima rasuah tempat mereka adalah di dalam neraka tetapi persoalannya kenapakah indek rasuah dunia menunjukkan bahawa negara umat Islam menjuarai barah-barah rasuah.Bangladesh,Pakistan,Mesir, hampir keseluruhan negara arab, Indonesia dan Malaysia adalah negara-negara pahlawan di medan rasuah pentas dunia.Sedangkan negara-negara di mana penduduknya tiada pegangan agama dan hanya berpegang kepada etika seperti negara New Zealand,Findland, England dan kebanyakan negara barat ada di kalangan mereka mencatatkan hampir sifir rasuah.
Post a Comment