Friday, September 18, 2009

PENGARAH URUSAN BERSAMA PJS KE TEMPAT BENCANA PALALINGAN, JAWA BARAT

PENGARAH URUSAN HPA BERSAMA PJS EN MOHD ASERI ,UST ABD SOMAD DAN PJS EN AZIZAN.


POSKO ATAU KHEMAH YANG MENJADI PUSAT GERAKAN BANTUAN HPA MENJADI TUMPUAN UMAT ISLAM DAN MANGSA GEMPA BUMI.

SEKOLAH YANG RANAP DI DALAM KEJADIAN

BENCANA TERNYATA TIADA ISTILAH PILIH KASIH
ANTARA RUMAH PENGINAPAN GOLONGAN ELIT YANG MASIH TERSELAMAT.
(NAMUN MENURUT PJS EN MOHD ASERI, INILAH SATU SATUNYA RUMAH YANG CANTIK DI KAWASAN INI)

Pada tanggal 12 hb Sept 2009 Pengarah Urusan HPA,Tuan Hj Ismail bin Hj Ahmad berlepas ke bumi seberang,Indonesia. Melalui khidmat penerbangan Air Asia,Pengarah Urusan bersama ahli rombongan telah berlepas daripada Lapangan Terbang Bayan Lepas Pulau Pinang terus menuju ke kotaraya Jakarta,Indonesia.Lebih kurang jam 1 tengahari waktu Malaysia,alhamdulillah semua rombongan selamat tiba di bumi Indonesia.Ekspidisi kali ini adalah melawat mangsa dan tempat tragedi gempa bumi yang menggemparkan sekali lagi dunia umat Islam.Dari Jakarta,Pengarah Urusan diiringi dengan presiden KPU ,PJS En Azizan bin Ahmad,PJS En Mohd Aseri bin Hanapiah,Pengurus HPA Antarabangsa Ust Abd Somad bin Ayob,putra Pengarah Urusan ,Sdr Amir Ramadhan bin Hj Ismail serta dua orang juru gambar telah melalui perjalanan hampir tujuh jam untuk sampai ke lokasi kejadian iaitu di Palalingan,Jawa Barat.
Dengan berbuka hanya dengan secawan air serta sebiji kurma di atas kenderaan semasa dalam perjalanan, langsung tidak menghalang ahli rombongan untuk sampai ke lokasi bencana.

Pada jam 9 mlm, Pengarah Urusan beserta ahli rombongan telah selamat tiba di Palalingan dengan disambut oleh ramai di kalangan PJS dan pemimpin-pemimpin dari Indonesia.Ahli rombongan juga terlebih dahulu mendengar taklimat yang disampaikan oleh salah seorang pjs setempat berkaitan dengan kejadian gempa bumi tersebut.Di kesempatan tersebut juga,Pengarah Urusan turut berkesempatan menyampaikan tazkirah perjuangan kepada pemimpin-pemimpin HPA Indonesia walaupun bukan di lokasi hotel atau resort yang menyelesakan tetapi di bawah khemah yang serba kekurangan.Ternyata,tazkirah yang disampaikan amat mencuit jiwa dan mengguris rasa para pemimpin tentang tanggungjawab besar usahawan muslim HPA di Indonesia khususnya.Pada malam tersebut juga,Pengarah Urusan bersama ahli rombongan serta pemimpin-pemimpin HPA Indonesia terus melakukan lawatan ke tempat-tempat kejadian.Di sana kesan kejadian gempa bumi masih dapat dilihat dengan jelas.

Daripada apa yang disampaikan oleh pemimpin-pemimpin HPA setempat, kawasan tersebut adalah kawasan yang paling hebat kerosakan dan kematian dalam kejadian baru-baru ini.Menurut PJS En Mohd Aseri, salah seorang pemimpin KPU yang turut serta,pengalaman musafir kali ini benar-benar menyentuh perasaan beliau.Bermula dengan terpaksa bermalam di khemah yang disebut di kalangan masyarakat tempatan Indonesia sebagai "posko", beliau juga amat terpegun dengan semangat dan pengorbanan yang ditunjukkan oleh PJS-PJS Indonesia.Mereka juga turut menjelajah sebahagian besar lokasi kejadian sehinggalah di puncak bukit yang memaksa mereka melalui perjalanan yang cukup sukar.

Boleh dikatakan 100% penduduk di situ adalah beragaman Islam yang mencari rezeki melalui sektor penternakan dan pertanian.Boleh dikatakan lebih kurang 80% penduduk di situ hidup di dalam zon kemiskinan.Kata PJS En Mohd Aseri,hati mana yang tidak pilu melihat masjid-masjid yang dibina hanya berdinding buluh atau ketulan batu bata kecil dan kemiskinan umat Islam yang begitu ketara.
HPA juga telah melaksanakan kewajipan ukhuwwah FILLAH dengan menyampaikan sumbangan melalui wakil HPA di Indonesia.Pihak HPA juga turut memulakan usaha pemantauan kerosakan masjid dan sekolah agama untuk proses pembangunan semula.Melihat kepada kesuburan bumi dan hasil tanaman yang hidup di kawasan tersebut menyebabkan Pengarah Urusan bertekad cuba menjalinkan kerjasama dgn pihak HPA Indon untuk projek jangka panjang agar dapat berusahama dengan petani-petani di sana membangunkan hasil bumi seterusnya meningkat taraf kehidupan umat Islam setempat.Pengeksploitasian hasil bumi dan lelehan keringat petani oleh golongan tertentu sebelum ini mungkin menyebabkan para petani muslim terpaksa hidup miskin di negara yang penuh kekayaan alam.
Pada 15 hb September 2009, alhamdulillah Pengarah Urusan bersama dengan ahli rombongan telah berjaya kembali tiba di bumi Malaysia dengan memikul rasa tanggungjawab yang masih belum selesai untuk di bawa melayari samudera tahun ini. Sekian.
Oleh :PJS Ust Mohd Zahir(pinjam cerita dpd PJS En Mohd Aseri)


Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Live Traffic Maps

NASYID fm

Blog ini adalah hak milik persendirian. Segala cerita adalah dari idea penulis sendiri serta maklumat-maklumat yang diperolehi.
ABRAUF NETWORK 2009

  ©Template Blogger Green by ABRAUF NETWORK.

ABRAUF