UMRAH RAMADHAN HPA PENUH MAKNA
PJS Ust Mohd Zahir ketika melawat Maqam Para Syuhadak Uhud
Jam 2 ptg tanggal Hari Kemerdekaan Malaysia pada 31 hb Ogos 2009, rombongan jamaah umrah HPA berjaya kembali menjejakkan kaki ke bumi Malaysia setelah 10 hari melaksanakan ibadah umrah di kota suci Mekah.
Kepulangan rombongan seramai 25 orang pegawai serta pemimpin HPA yang turut disertai oleh Pengarah Urusan HPA tuan Hj Ismai bin Hj Ahmad serta isteri Puan Hajjah Norhayati bt Ahmad disambut oleh beberapa orang kakitangan pengurusan HPA di KLIA.
Sepanjang 10 hari berada di dua Tanah Haram,ahli rombongan jamaah umrah HPA turut berpeluang berbuka puasa di Masjid Nabawi Madinah dan Masjid Haram di kota suci Mekah.
Di antara tempat yang sempat dilawati oleh jamaah rombongan HPA di sekitar kota Madinah adalah Makam Shuhada Uhud,Masjid Quba,Masjid Qiblatain,Muzium Nabi dan Perkuburan Baqi.Manakala di Kota Mekah,para jamaah berkesempatan melawat Arafah,Ladang Unta serta beberapa tempat menarik di sekitar bandar Jeddah seperti Maqam Siti Hawa dan Masjid Terapung di pinggir Laut Merah.
Ibadah umrah pada kali ini amat bermakna buat para rombongan kerana berpeluang mengerjakan solat sunat tarawih di Masjid Haram yang cukup mengasik dan menginsafkan.
Post a Comment