MAKLUMAT TERDAHULU-MAJLIS AQIQAH PUTERA KECIL MUHAMMAD MUJAHID
SALSABILA,WARDAH HANANI DAN INSYIRAH
PJS ABD RAZAK IBRAHIM DAN PJ OSMAN SAID, ANTARA PEMIMPIN HPA YANG TERAWAL HADIR
ANAK BUAH USTAZ SEMUA SAIZ BAGUS-BAGUS...ANTARA GURAUAN ORANG-ORANG KAMPUNG YANG SUKAR DITEPIS

TETAMU MUSLIMAT SIBUK MENGAMBIL MAKANAN
TETAMU MUSLIMIN JUGA TURUT SERTA MEMERIAHKAN MAJLIS
TETAMU MUSLIMAT SIBUK MENGAMBIL MAKANAN
KU LETAKKAN HARAPAN UNTUK MEMBELA ISLAM DI HARI MENDATANG
Ucapan terima kasih kepada semua tetamu dan pemimpin-pemimpin KPU di kalangan PJS dan lainnya yang telah sudi menjayakan majlis jamuan aqiqah dan kesyukuran yang telah diadakan sempena kelahiran putra kecil saya Muhammad Mujahid yang menjadi anugerah Allah yang begitu besar buat keluarga kami.Alhamdulillah...
Majlis aqiqah yang diadakan pada 6 hb Ogos 2009 di rumah keluarga di Kg Perak Bukit Selambau telah berlangsung dengan begitu meriahnya. Hampir 2 ribu tetamu dan hadirin bersilih ganti bermula jam 11 pagi sehinggalah ke lewat malam.Majlis juga diserikan dengan coleteh DJ undangan khas yang ternyata berjaya menghidupkan suasana majlis sepanjang hari.Sebahagian besar di kalangan PJS KPU,pemimpin-pemimpin Gen 2-6 KPU termasuk kakitangan HPA telah dijemput ke majlis tersebut samaada melalui telefon,sms ,panggilan lisan dan juga pesanan melalui sahabat-sahabat.Kepada sahabat dan kenalan yang tidak sampai maklumat dan jemputan saya memohon berbanyak kemaafan.Bagaimanapun terima kasih kepada semua pengunjung. Semoga Muhammad Mujahid akan membesar sebagai seorang pemuda dan pejuang yang akan membela serta mempertahankan Islam di era cabaran mendatang.
Daripada PJS Mohd Zahir Ghazali & PJS Zabidah Zakaria
Post a Comment