Friday, September 18, 2009

PROGRAM TADARUS AL-QURAN KPU DISAMBUT MERIAH

PJS En Mohd Aseri bin Hanapiah antara pemimpin KPU yang memberikan sokongan padu kepada program.

PJS En Sobri bin Jaafar, antara pemimpin yang bekerja keras menjayakan program Tadarus yang diadakan.

Antara pemimpin dan pengedar HPA yang bersama.Begitu asyik mengalunkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.

Program Tadarus Al-Quran KPU telah berjaya diadakan seperti yang dirancang.Program yang bermula dengan solat fardhu Isya' secara berjamaah, diikuti dengan solat sunat tarawih dan diakhirkan dengan tadarus Al-Quran beramai-ramai itu diadakan pada 17 hb September 2009 bertempat di Dewan Seminar Muhammad Mujahid,Stokis Daerah PJS Ust Mohd Zahir. Beberapa orang PJS yang turut serta melahirkan rasa syukur kerana di tengah-tengah kesibukan dengan berbagai aktiviti tersendiri, pemimpin-pemimpin KPU masih dapat meluangkan masa untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.Menurut PJS En Sobri bin Jaafar yang turut bersama sepanjang program, beliau mengharapkan pada masa-masa akan datang program seperti ini perlu diberikan sambutan dan keutamaan oleh pemimpin-pemimpin KPU. Ini memandangkan Al-Quran adalah senjata dan benteng kita sebagai usahawan Muslim HPA.

Beliau juga melahirkan kekesalan dengan sikap segelintir pemimpin yang tidak hadir dengan alasan tidak mampu membaca Al-Quran dengan baik.Kata beliau lagi,sepatutnya inilah di antara medan bagi para pemimpin untuk bermuhasabah dan memperbaiki prestasi masing-masing di dalam bacaan Al-Quran.Sambung beliau lagi,amat menyedihkan sekiranya pemimpin-pemimpin yang hebat menggerakkan HPA sebagai wadah perniagaan umat Islam, dengan slogan Islam,Produk Halal tetapi tidak melihat kepentingan mempelajari dan membaiki bacaan Al-Quran masing-masing.Dan di akhir sekali, beliau mengharapkan pemimpin-pemimpin bukan sahaja mengutamakan program-program yang melibatkan pembinaan ahli dan jaringan serta yang dihadiri oleh prospek, tetapi perlu memberikan keutamaan kepada program-program pembinaan iman serta pembangunan taqwa.
Oleh:Panel Editor BahteraJuang

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Live Traffic Maps

NASYID fm

Blog ini adalah hak milik persendirian. Segala cerita adalah dari idea penulis sendiri serta maklumat-maklumat yang diperolehi.
ABRAUF NETWORK 2009

  ©Template Blogger Green by ABRAUF NETWORK.

ABRAUF