Sunday, September 6, 2009

TERKENANG SEMASA DULU

Jarum masa yang berputar menghadiahkan kita deretan cerita yang kita tinggalkan sebagai limpahan kenangan dan juga himpunan pengalaman. Alhamdulillah..tanpa terasa dah lebih 11 tahun bersama perjuangan HPA.Jika usia ini dinisbahkan kepada seorang anak, pastinya sudah hampir memasuki gerbang pengajian di peringkat menengah. Rasa bangga dan kepuasan yang teramat sangat, melihat perkembangan HPA di tika ini.Terkadang rasa pilu dan sedih bila mengenangkan masa-masa lalu yang penuh cabaran dan ujian sepanjang perjalanan di dalam perjuangan ini.Bagaimana hebatnya kuasa Tuhan..membenarkan HPA mengukir segunung kejayaan dengan tinta dugaan yang hebat.HPA kita bangun setelah jatuh, kita bangkit selepas tersungkur..kita berdiri gagah setelah rebah. Alhamdulillah... Hari pertama bersua muka dengan Pengarah Urusan HPA di Airport Kaherah pada awal tahun 1998, setelah hanya menatap wajah beliau di dada majalah, meletakkan satu harapan yang selangit luas bahawa mungkin inilah insan dan perniagaan umat Islam yang kami cari selama ini.Di kala ramai di kalangan lepasan Al Azhar ketika itu yang mula mengalih laluan kerjaya di tanahair.Ada yang terlibat dengan berbagai bentuk perniagaan bahkan ada yang sanggup menjadi benteng perniagaan ekonomi kuffar. Syukur, apa yang diwacanakan dalam pemikiran kami mahasiswa-mahasiswa Al Azhar pada ketika itu, bahawa HPA yang kami kenali adalah alternatif perjuangan ekonomi muslim yang menjanjikan satu kecemerlangan dan ikon ummah, sememangnya satu realiti yang pasti.
Nukilan:PJS Ust Mohd Zahir bin Ghazali.
1998-MENEROKA BUMI MESIR UNTUK MASA DEPAN PERJUANGAN INI.
BERSAMA PENGARAH URUSAN HPA TUAN HJ ISMAIL B HJ AHMAD DAN PENGURUS BESAR HPA EN MOHD FAISOL BIN ABD RAHMAN DI DEWAN ASRAMA NEGERI SEMBILAN HAYYU SABIEK, MADINAH NASR, KAHERAH,MESIR
MELAWAR TEMPAT BERSEJARAH BERSAMA UST AHMAD ADNAN BIN FADZIL DAN ENCIK MOHD FAISOL BIN ABD RAHMAN DI KOTA KAHERAH.

BERSAMA PENGARAH URUSAN HPA DI LOKASI AHRAMAT, KAHERAH 1998
USTAZ...PERJALANAN KITA MASIH SUKAR, BAHTERA JUANG KITA ENTAH BERTEMU BADAI GANAS..OMBAK MENGGUNUNG...ATAU PULAU EMAS.KATA PENGARAH URUSAN.


Stokis-Stokis HPA di Mesir pada tahun 1999




Setelah terpaksa melintasi sahara tandus yang terik..Mungkin kita akan bertemu taman indah dengan bunga-bunga harum semerbak.Yakinlah..Kita hanya merancang sedangkan penentunya adalah Tuhan Maha Esa

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Live Traffic Maps

NASYID fm

Blog ini adalah hak milik persendirian. Segala cerita adalah dari idea penulis sendiri serta maklumat-maklumat yang diperolehi.
ABRAUF NETWORK 2009

  ©Template Blogger Green by ABRAUF NETWORK.

ABRAUF