HPA Gegarkan Ibu Pejabat Jabatan Pengairan Dan Saliran Di Padang Merbok Kuala Lumpur
PJS Ust Mohd Zahir sedang menyampaikan ceramahnya yang begitu bersemangat
Kaunter jualan mendapat sambutan yang cukup baik dari kakitangan JPS
Program ceramah agama Sempena Bulan Rejab menghimpunkan lebih kurang 200 orang pengarah dan pegawai JPS negeri Selangor juga wakil-wakil JPS dari negeri-negeri seluruh semenanjung telah diadakan dengan jayanya pada 20 hb Julai 2009 bertempat di Madrasah Bustanul Ulum ,Kuala Lumpur. Program dianjurkan oleh Puspanita dan juga Pakat Resouses yang dikemudikan oleh PJ Encik Rosli bin Che Ros dengan kerjasama Tuan Hj Shahimi bin Syarif yang merupakan .Ceramah disampaikan oleh PJ Ust Khairuddin bin Ramli, Pegawai Agama Hal Ehwal Islam UTM Jalan Semarak dan juga PJS Ust Mohd Zahir bin Ghazali.Dengan tajuk ceramah “Bencana Pemakanan Umat Islam Masa Kini Dan Penyelesaiannya” PJS Ust Mohd Zahir bin Ghazali telah berjaya membuka minda hadirin dengan berbagai isu pemakanan yang melibatkan umat Islam. Penceramah juga telah membuka minda hadirin dengan pendedahan tentang perjuangan HPA dan mengapakah umat Islam perlu bersama HPA .Program turut dihadiri oleh Datin Norhayati , isteri kepada Ketua Pengarah JPS Malaysia Datuk Ir Zulkifli .
Menurut Encik Rosli bin Che Ros ,selaku pengarah program tersebut juga seorang aktivis HPA di Lembah Klang, mereka sedang merancang untuk menyusun program seumpama ini di setiap pejabat JPS negeri-negeri seluruh Malaysia dan mengharapkan PJS Ust Mohd Zahir dapat membantu untuk menjayakan program yang dirancangkan itu. Beliau yang memimpin Pakat Resouses juga telah mengadakan pameran dan jualan produk HPA yang ternyata mendapat sambutan yang begitu baik dari hadirin dan hadirat.

Oleh: Panel Abrauf Network
Post a Comment