Tuesday, September 8, 2009

KPU MEMBANTU SEKOLAH AGAMA INTEGRASI FAIZIN

Ust Musoddaq menerima sumbangan daripada wakil KPU PJS saudara Mohd Aseri
Beg sekolah para pelajar turut terbakar


Hangus..kelas pengajian dijilat api

KPU sekali lagi tampil di medan amal sempena Ramadhan apabila berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM15000.00 daripada pemimpin dan pengedar HPA di sekitar utara.Kali ini ,beberapa orang pemimpin KPU diketuai oleh PJS Encik Mohd Aseri bin Hanapiah telah mengunjungi Sekolah Agama Integrasi Faizin,Guar Chempedak yang telah hangus dijilat api pada 17 hb Julai yang lalu. Di dalam kejadian tersebut, pihak sekolah telah mengalami kerugian dianggarkan sebanyak RM500 000 .

KPU turut merasai kesedihan dan kepiluan di atas tragedi tersebut dengan menggerakkan tabung bantuan SAIF di dalam program-program PBC yang dijalankan dan alhamdulillah di peringkat awal sebanyak RM15 000 telah berjaya dikutip.Menurut PJS Encik Mohd Aseri bin Hanapiah, KPU mengharapkan sumbangan yang tidak seberapa ini ,dapat mengurangkan sedikit sebanyak bebanan yang terpaksa dipikul oleh pihak pentadbiran sekolah.KPU juga akan berusaha mendapatkan sebanyak mungkin lagi bantuan untuk disampaikan kepada pihak sekolah. Sumbangan disampaikan oleh PJS Encik Mohd Aseri bin Hanapiah kepada Ustaz Musaddaq bin Hj Ahmad yang merupakan pengerusi lembaga tadbir SAIF.Majlis tersebut juga dihadiri oleh PJS Encik Noorhyzad bin Kassim,PJS Mohd Faizal bin Azmi,PJS Ust Zamri bin Bakar,PJS Mohd Zahir bin Ghazali dan PJ Sdr Nazrul Akmal bin Zamri. KPU juga mengalu-alukan sumbangan seterusnya daripada seluruh pengedar HPA.Sumbangan anda boleh dibuat melalui akaun kebajikan KPU-BIMB-02020020568433

KPU mengucapkan terima kasih kepada semua pengedar yang sudi memberikan sumbangan tersebut juga kepada PJS yang yang memberikan sokongan walaupun terlalu banyak komitmen sumbangan dan derma yang lain yang terpaksa diselesaikan.Terima kasih kepada penyumbang..

1-PJS Ust Zamri bin Jusoh
2-PJS Ust Zamri bin Bakar
3-PJS Abd Razak Ibrahim,
4-PJS Syarifah Sulaiman
5-PJS Mohd Zaidi Ghazali
6-PJS Mohd Nadzri Ahmad
7-PJS Ismail Osman
8-PJS Mohd Aseri Hanapiah
9-PJS Abd Jalil Zainol
10-PJS Asnah Mustafa
11-PJS Noreda Abd Hamid
12-PJS Md Ali Ismail
13-PJS Helmni Abd Kadir
14-PJS Mohd Zahir Ghazali
15-PJS Salehuddin Remly
16-PJS Shaari
17-Mohd Radhi Shuaib
18-PJS Noorhyzad Kassim
19-PJS Azizan Ahmad
20-PJS Faizal Azmi
21-PJS Jamaliah Omar
22-Bonda kepada PJS Abd Razak Ibrahim

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Live Traffic Maps

NASYID fm

Blog ini adalah hak milik persendirian. Segala cerita adalah dari idea penulis sendiri serta maklumat-maklumat yang diperolehi.
ABRAUF NETWORK 2009

  ©Template Blogger Green by ABRAUF NETWORK.

ABRAUF