Monday, September 7, 2009

Program Kepimpinan HPA Abrauf Network di Hotel Quality Shah Alam

Antara pemimpin yang turut bersama, PJS Mohd Aseri, PJS Syed Ageel dan PJ Yusoff.

Dr Syed Muhammad Halim turut serta mengikuti program ini.
Dr Salman bin Amiruddin sedang membentangkan slotnya.

GM Al Wahida Marketing, Encik Faisol bin Abd Rahman ketika menyampaikan slotnya.

PJS Puan Munirah dan PJS Puan Norlia, antara pemimpin muslimat yang banyak membantu program.

Sebahagian dari peserta yang hadir.

Rangkaian Abrauf Network di bawah pengendalian PJS USt Mohd Zahir bin Ghazali telah mengadakan program “Membina Kepimpinan MLM HPA Cemerlang” telah berlangsung dengan begitu jayanya selama sehari suntuk pada 19 hb Julai 2009 bertempat di Hotel Quality Shah Alam Selangor.

Program anjuran Abrauf Network ini, menghimpunkan 150 orang pemimpin-pemimpin yang terpilih di bawah rangkaian brauf Network sekitar negeri Selangor serta Lembah Klang juga Negeri Sembilan dan Melaka.

Di dalam ucapannya,PJS Ust Mohd Zahir telah menggariskan beberapa matlamat yang digarapkan melalui program kepimpinan diadakan tersebut yang mana katanya akan terus diadakan secara berkala dan berterusan .Ianya bermatlamat untuk melahirkan pemimpin-pemimpin yang berdisplin dan bershaksiah mulia, mempunyai kemantapan dari sudut keilmuan berkaitan sejarah ,perjuangan dan perkembangan HPA di samping menguasai ilmu produk,herba,perawatan,plan pemasaran,MLM serta melahirkan pemimpin yang bersedia menghadapi cabaran dan mempunyai daya juang yang tinggi.
Antara modul pengisian program sepanjang program tersebut adalah:
1-Ceramah :Menyusuri sejarah perjalanan HPA –Oleh PJS Ust Mohd Zahir bin Ghazali
2-Ceramah :MLM Syariah-Satu Pemahaman-Oleh PJ Profesor Madya Dr Ishak bin Sulaiman
3-Ceramah :Mendasari Plan Pemasaran HPA-Oleh PJS Sdr Mohd Aseri bin Hanapiah
4-Ceramah:Memahami Sistem anatomi dan fisiology tubuh-Oleh Dr Salman bin Amiruddin
5-Ceramah :Seni Dalam Perniagaan MLM HPA-Oleh GM HPA En Mohd Faisol bin Abd Rahman
6-Ujian dan peperiksaan menguji kefahaman pemimpin berkaitan dengan perniagaan HPA yang dikendalikan oleh PJS Ust Mohd Zahir sendiri.

Program turut dibantu oleh beberapa pemimpin yang turut serta dari utara seperti PJS Sdr Norhyzad Kassim,PJS Sdr Mohd Faizal Azmi,PJS Sdr Mohd Zaidi Ghazali,PJS Tuan Syed Salahaddin b Syed Mahayaddin,PJS Sdr Syed Agel Syed Mahayaddin,PJ Puan Norhasyimah Hasyim ,PJ Sdr Yusof Ahmad,PJ Ust Mohd Sobhi Hassan juga PJS dari Lembah Klang iaitu PJS Ust Sapuan,PJS Puan Norlia dan PJS Puan Munirah.

Peserta-peserta di dapati mengikut program tersebut dengan begitu bersemangat walaupun jadual program yang agak padat bermula dari jam 9 pagi sehinggalah jam 10 malam.Ramai di kalangan mereka amat berharap agar PJS Ust Mohd Zahir dapat meneruskan program seperti ini terutama kepada mereka yang bergelar pemimpin baru yang amat memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar dari pemimpin yang lama dan mempunyai banyak pengalaman membangunkan kerjaya sebagai usahawan HPA.

Wassalam..PA Abrauf Network

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Live Traffic Maps

NASYID fm

Blog ini adalah hak milik persendirian. Segala cerita adalah dari idea penulis sendiri serta maklumat-maklumat yang diperolehi.
ABRAUF NETWORK 2009

  ©Template Blogger Green by ABRAUF NETWORK.

ABRAUF