PROGRAM KEPIMPINAN KPU BERJAYA DIADAKAN
Antara pengisian program adalah ceramah oleh PJS En Azizan bin Ahmad yang menyampaikan pengisian berkaitan dengan "Pembinaan Jaringan Yang Berkesan". Seterusnya peserta berpeluang melakukan perbincangan di dalam bengkel kecil berkisar dengan perkembangan setiap peserta di dalam perniagaan HPA dan masalah-masalah yang dihadapi oleh para pemimpin. Para pemimpin dapat berkongsi pengalaman bersama PJS dan meluahkan masalah dan cabaran mereka yang tersendiri.
Manakala untuk sesi petang pula,majlis diisi dengan pembentangan Kertas Kerja MLM Syariah: Satu Kefahamana.Pembentangan disampaikan oleh tokoh yang tidak asing lagi Prof Madya Dr Ishak bin Sulaiman, Timbalan Pengarah Akademi Islam Universiti Malaya dan merupakan salah seorang ahli panel syariah HPA.Para peserta didedahkan dengan maklumat yang lebih mendalam tentang perbezaan MLMS berbanding sistem-sistem yang lain yang tidak dibenarkan dari sudut syarak.
Program diakhirkan dengan pembentangan dan ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan yang merupakan juga penceramah Islam yang dikenali ramai Dr Jamnur Azhar bin Mulkan.Dengan tajuk H1N1 ,Satu Kefahaman Dan Terapi Islam. Tajuk ini dibawakan khusus bagi memberikan pemahaman kepada pemimpin-pemimpin HPA berkaitan dengan penyakit H1N1 yang menjadi isu negara dan dunia pada hari ini.Sekurang-kurangnya para pemimpin didedahkan dengan pemahaman tentang penyakit tersebut dari sudut saintifik.Tahniah kepada semua pemimpin yang hadir.
BENGKEL DIJALANKAN UNTUK BERSAMA BERMUHASABAH PENINGKATAN DIRI MASING-MASING DI DALAM PERNIAGAAN BERSAMA HPA.PJS CIKGU ZAINUDDIN SEDANG MEMBERIKAN SEMANGAT KEPADA PEMIMPIN-PEMIMPIN BARU KPU UNTUK MELANGKAH LEBIH JAUH.
PJS UST HELMI ABD KADIR, ANTARA PJS YANG TURUT SERTA MEMBANTU PROGRAM
PJS CIKGU ABD RAZAK BIN HUSSAIN MENGENDALIKAN BENGKEL KUMPULAN
Post a Comment